meet him

668 69 8
                                    

  "Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil tersenyum lebar.
 

   "Waktu pertama kan Sejarah." Ujarnya teruja. Gadis di birai katil tadi menggelengkan kepalanya.

    "Chewy... Chewy... Sejarah pun kau minat. Biol apa? Boring gila. Kalau akulah, Sejarah tu dah boleh dklasifikasikan sebagai ubat tidur terbaik, tahu?" Bebel gadis tadi. Tzuyu membuat muka bersahaja. Keningnya dijongket berkali-kali.

    "Suka hatilah. Ei... Tak sabar nak jumpa Cikgu IU. Minggu lepas dah lah tak ada kelas sebab dia MC. Minggu ni barulah nak berseri." Tzuyu berlalu. Nampak sangat kegembiraannya hingga jalannya pun terlompat-lompat. Sekali tengok seperti kanak-kanak riang pun ada.   ●●●●●
  

    "What the..." Tzuyu mula memuncung. Mana tidak muncung, Cikgu IU kesayanganya telah ditukar dengan seorang cikgu baru. Itupun dia dapat tahu dari rakannya yang bising bercerita tentang cikgu lelaki itu. Muda lagi dengarnya...
 

   Tzuyu membuang pandang ke padang sekolah bersebelahan kelasnya. Sebelah keningnya terangkat melihat lembaga serba hitam berjalan di tengah padang itu menuju ke kelasnya. Seluar slack hitam, baju kemeja hitam, tie dan kasut pun hitam! Eh, Eh! Nasib Kulit die putih klu tak....

   Lelaki tadi sudahpun berdiri di hadapan kelas. Pasti dialah cikgu baru yang disebut-sebut itu.
 

   "Hello dan selamat pagi. Saya cikgu sejarah baru kelas ni menggantikan cikgu IU.
 Nama saya Kin taehyung ." Ujar lelaki itu sambil menulis namanya di papan hitam. Uisy! Nampak macam tegas.

 "Boleh panggil saya cikgu tae atau mester V." Matanya meneliti satu-persatu wajah anak muridnya sebelum terhenti pada Tzuyu yang berwajah selamba.on

 
Senyum tidak, masam pun tidak. Itu mesti beranganlah tu. "Sebelum saya mula, saya nak kenal kamu semua dulu. Mula dari kanan."

    Satu demi satu murid tingkatan 4 A-2 itu bangkit lalu memperkenalkan diri hinggalah tiba giliran Tzuyu.

"Nama saya Chou Tzuyu. Semua panggil saya Chewy." Ringkas sahaja pengenalannya.

 Baru dia mahu duduk semula, Cikgu tae terlebih dahulu bersuara. Berkerut juga dahi Tzuyu dibuatnya.

 Tadi punya ramai anak murid lain memperkenalkan diri, kenapa dia seorang sahaja yang disoal.

    "Chewy... Saya suka nama Chewy." Gulp! Fuh... Bergetar juga jiwa mendengar pengakuan ikhlas cikgu kacak. Kacak ke? Bolehlah tahan...

 "Awak suka sejarah?" Soalnya.    Mendengarkan soalan itu, Tzuyu apa lagi... Dia yang sememangnya hantu Sejarah itu terus membuat wajah bersemangat.

"Suka gila!" Jawabnya teruja.
  

  "Really?" Soalnya lagi. 

  "Really! Really!" Jawabnya yakin sambil tersengih lebar.

    Cikgu Tae tersenyum gembira. Sukalah tu ada anak murid yang sukakan subjek yang bakal dia ajar. Rakan-rakan sekelas Tzuyu sudah menahan ketawa melihat gelagatnya.   ¤¤¤¤¤ 
 
 
   "Korang... Dah siap bahan nak present kejap lagi?" Soal Jungkook kepada rakan sekumpulannya. Tzuyu mengangguk laju.

 Tak perlu ditanya pun, kalau pasal subjek sejarah sudah tentu-tentu beres. Gila sejarahlah katakan. 

   "Eh... Cikgu dah datang." Dahyun yang duduk di sebelah Tzuyu memberi amaran supaya Jungkook kembali ke tempatnya.

Dia dan Tzuyu sememangnya pemantau tidak bergaji.
Asal sahaja ada guru yang datang mereka dahululah yang berbunyi seperti siren rosak memberi amaran agar-agar rakan-rakan mereka bersedia.

 Almaklumlah, meja mereka berdekatan dengan pintu belakang.
 

   Cikgu Tae melangkah masuk. Tzuyu menghela nafas panjang. Fuh... Sesak juga nafas.
 Almaklumlah, kumpulannya adalah kumpulan pertama yang akan membentangkan tentang Tamadun GEO. 

   Segalanya berjalan lancar tapi.... Tapi apa? Apa lagi kalau bukan Cikgu Tae seperti sengaja memainkan Tzuyu.

Selesai sahaja penerangan Tzuyu, Cikgu Tae menyuruhnya mengulangi semula hujahnya.

Bukan sekali...




















Bukan dua kali...




















Tapi, berkali-kali......


Be continue...

Best ke tak kalu best jangan lupa vote tau ☆★ k terima kasih kerana sudah membaca k bye

hello mister. Vampire (Completed)Where stories live. Discover now