3-2-1_2_3

238 48 3
                                    

"Siapa warden bertugas hari ni?"
________________________

"Habislah kita kalau cikgu Summi yang jaga pintu." Wajah mereka semua ketakutan.

Terbelit usus perut mendengar nama Cikgu Summi yang sememangnya terkenal dengan sifat garang singa betinanya itu.

"Tzuyu... Dah nak sampai ni. Kau paling tepi, so kau keluar cepat-cepat ambil kad kitorang sekali.
Barang-barang shopping serahkan pada kitorang." Ujar Sana, juga merupakan rakan sebilik Tzuyu.

"Beres!" Ujar Tzuyu bersemangat. Enjin sudah dipanaskan. Tinggal nak pecut sahaja ambil kad mereka. Matanya merenung tajam pondok jaga yang sudah semakin jelas.

Tangannya menggenggam kejap pintu kereta. 3! 2! 1! Pecut!!!

Gulp! Tzuyu brek mendadak. Alamak! Kelihatan Mister Vamp berdiri di pondok jaga memegang kad-kad matrik mereka. Dia menjongketkan kening sambil menayangkan kad itu di hadapan Tzuyu.

"Chewy! Kad kitorang!" Jerit Dahyun. Mendengarkan suara Dahyun itu, Tzuyu terus melompat tinggi, merampas kesemua kad dalam tangan Mister Vamp.

Memanglah kena lompat, dia pendek, Mister Vamp pula tinggi lampai. Sebaik kad di dalam tangan, dia terus memecut seperti di kejar anjing.

Tapi, sempat juga telinganya menangkap bunyi ketawa Mister Vamp. ●●●●●

Skip...

Tzuyu bersembunyi di sebalik pohon bonzai di tepi jalan sebaik ternampakkan Mister Vamp.
Lama juga dia mengendap Mister Vamp di situ. Kelihatan Mister Vamp seperti berwajah risau dan terbongkok-bongkok seperti mencari barang.

    "Hoi! Mengendap!" Sergah Dahyun dari belakang.

Melatah Tzuyu dibuatnya. Habis patah ranting pohon bonzai itu menampung tubuh Tzuyu yang dengan selambanya melompat ke atas pohon itu. Mengekek ketawa Dahyun.

    "Tak guna punya kawan!" Marah Tzuyu.

   "Yang mengendap Mister Vamp tu kenapa? Kau suka dia, eh..." Telunjuk Dahyun di hala tepat ke wajah Tzuyu.

Tzuyu menepis tangan Dahyun itu.

    "Eiii! Tak hadap la!" Nafi Tzuyu. Auta je lebih tu. Padahal jantung memang dah bekerja terlebih masa setiap kali melihat senyuman Mister Vamp. Ada hatilah tu...

    "Hmph! Tak mengaku. Kau tak suka dia... Tapi, aku rasa dia suka kau." Dahyun cuba menarik minat Tzuyu.

 Tzuyu buat tidak tahu, pura-pura menilik kuku pendeknya itu.

  "Ingat tak masa study group hari tu?"
  
 "Emm..." Tzuyu menjawab malas.

   "Dia tak nampak dah kitorang. Kau sorang je yang evil tu tegur." Ujar Dahyun. Nampaknya, Cikgu tae memang sudah terkenal dengan panggilan Evil.

 Tzuyu pun merupakan salah satu penyumbang idea untuk panggilan itu. Uisy! Banyak betul dosanya pada Mister Vamp. Kalau minta ampun tujuh tahun berturut-turut pun belum tentu habis dosanya.

    Tzuyu membulatkan mata. Dia ingat sangat wajah teruja Mister Vamp menegurnya. Rakan-rakannya yang lain seolah-olah tidak wujud di situ. Uik? Biar betik???  

Be continue...

Hhmmm... Bosannye cuti panjang ni... Tapi bila sekolah terasa bosan pulak nk belajar.....

hello mister. Vampire (Completed)Where stories live. Discover now