"Chewy!" Tegurnya.
"Buat apa sini?"
"Tunggu kawan." Mendatar suaranya. Sepi...
Tzuyu dah tidak senang duduk. Mister Vamp ni pun, pergi ikut tercongok peluk tubuh bersandar pada tiang depan Tzuyu buat apa?
'Tak ada kerja ke Mister Vamp ni?' Gerutu hati Tzuyu. Buntu mahu cakap apa.
Idea! "Pendrive dah jumpa?" Soal Ecah pura-pura prihatin. Drama betul! Mister Vamp mengangkat kening. Terharu nampak...
"Tak..." Jawabnya sedih. Kesianlah pula Tzuyu melihat muka sedih Mister Vamp. Gaya macam tak dapat hisap darah selama 1000 tahun. Eh, melampau nampak perumpamaan.
'Apasal mamat ni tak guna hard disk je?' Soal Tzuyu dalam hati.
"Hard disk saya rosak." Tzuyu membulatkan mata. Mister Vamp ni boleh baca hati orang ke apa ni?
"Nak tolong ke?" Ceh! Prihatin terlebih pula Tzuyu ni. Wajah Mister Vamp pula sudah berseri. Baru mahu membuka mulut, pengetua muncul entah dari mana, memanggil Mister Vamp. Perbualan mereka tamat begitu sahaja. ●●●●●
Sekolah itu sibuk dengan deretan kereta keluar masuk mengikut pagar sekolah. Maklumlah, hari graduasi para pelajar SPM. Logiklah satu keluarga mahu menyambut. Ada yang sehingga dua ke tiga buah kereta. Bawa satu kampung agaknya.
Sesi bergambar Tzuyu sudah selesai. Fuh... Rasa seperti artis pun ada. Tzuyu menghantar ibu bapanya ke pagar sekolah. Lah! Mister Vamp lagi. Mana sahaja Tzuyu pergi mesti dia ada. Jodohlah tu.
Tzuyu tahan ketawa melihat Mister Vamp yang sudah berpeluh-peluh berdiri di tengah panas seperti tiang lampu menjaga laluan trafik. Sewaktu Tzuyu bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya, Tzuyy perasan pandangan mata Mister Vamp yang mengekorinya. Sebaik ibu bapa Tzuyu pergi, Tzuyu pun mendekati Mister Vamp.
Hmm... Dah ada kemajuan nampak. Selalunya Mister Vamp sahaja yang sibuk menegurnya. Ini, Tzuyu pula yang berani mendapatkannya.
"Cikgu..." Tegur Tzuyu. Mister Vamp tersenyum manis. Pergh! Senyuman itu lagi. Tergugat iman....
"Tadi parents Tzuyu ke?" Tzuyu mengangguk.
"Malam ni study?" Tzuyu angguk lagi. Mestilah belajar. Dah nak SPM.
Nanti kandas, susah... Tak dapat masuk universiti, tak dapat kerja, tak dapat pinang anak teruna orang! Ceit! Serong punya fikiran."Malam ni saya ada dekat kubik." Tzuyu angkat kening. Okay... Dia memang belajar dekat kubik.
Sebelum ni pun memang macam tu. Kadang-kadang Mister Vamp join sekaki. Biasalah tu. Cikgu lain pun ada. Tapi, apa perlunya beritahu Tzuyu yang dia ada malam ni? ●●●●●
Be continue...
Sikit je lagi habis lh citer ni.... Hhhmmm.. Ok have fun jng lupa vote tau😊bey bey. 🤗🤗
YOU ARE READING
hello mister. Vampire (Completed)
VampireShort story.......... "hello mester. vamp" "Dah lama x jumpa hah" 😊☺ start :12-12-2018 end:15-12-2018 Cepat kan😂😂 Jangan menyesal tau baca ff ni cuz' i know ff ni bosan Top #taetzu -3 #tzukook -5 #once -4