𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01Sambil mata terpejam rapat, hidungku kembang kempis menghidu sesuatu. Bau ini biasa dihidu di dapur, tapi kenapa tengik lagikan hapak bau disini? Aku cuba menekup hidung dengan tangan, tetapi aku tidak merasai tangan sendiri.
Lantas kelopak mataku yang dibuka perlahan-lahan. Tak lama kemudian aku memejam terus kerana mataku mulai pedih sebaik sahaja celik.
Aku di mana sebenarnya? Kenapa keadaan di sini umpama neraka bagiku? Nak hirup udara segar pun tak oleh apatah lagi nak mencelik mata.
Apa gunanya aku menyoal diri sendiri kalau sendiri pun tak tahu jawapannya? Agak odo kan di situ?
Baiklah, untuk tak membiarkan odo bersendirian, aku cuba menggerakkan badanku yang terasa dihimpit dengan sesuatu.
Ketika aku mengeliat liut seperti sotong, cahaya mentari menerobos masuk ke sini mula kelihatan. Aku pun cuba untuk keluar dari kawasan tak diketahui ini.
Setibanya di pintu keluar, aku pun terlompat riang. Dan ketika itulah, baru aku sedari, aku tiada kaki, tangan dan mulut.
Kenapa?
Kerana aku adalah seulas bawang merah.
Bagaimana dengan mata dengan hidung? Sebaik sahaja aku tahu kekurangan diri ini, deria bau terus lenyap. Mataku dapat melihat dalam keadaan samar-samar sahaja.
Tapikan kenapa aku, Kim Jinnie, jejaka kecil diminati ramai gadis kecik molek disumpah menjadi bawang merah? Apa pernah aku mengingkari mak sehinggakan jadi begini? Mak, maafkan Jinnie sebab tak sempat dengar cerita dongeng mak tadi...
Sementara aku bermonolog sendirian, aku memanjat ke puncak timbunan bawang merah. Baru aku sedar, aku kini berada di dalam guni bawang. Lokasi sebenar aku masih tak ketahui.
Berbalik kepada cerita tadi, aku melihat dua orang lelaki punjabi. Seorang memakai serban, seorang lagi memakan sireh. Habis merah mak ngah mulutnya.
"Guni-guni bewang yini semua mau taruk harga birapa?" soalan lelaki berserban polka dot. Pemborong agaknya.
"50 ribu rupee 50 sen" jawab penjual bawang yang tak habis-habis mengunyah sireh.
"Manyak mahal! Haritu, seya ada beli sama aney lah, tak sampai pun 40 ribu rupee" lelaki berserban mula merungut.
"Deyh, yang jual yitu bewang sama you adik ane. Dia memang biyoul dalam bab-bab mengira ni. So, don't blaiyme on me!" penjual bewang berpeluk tubuh lalu memalingkan wajah ke arahnya. Eh ane ni meniaga ke merajuk?
"Jangan mirajuk deyy ane, saya beli semua bewang ni dengan harga 55 ribu rupee 55 sen, amacam situju tak?" lelaki berserban cuba mengambil hati si penjual bawang. Pelik bebenor urus niaga orang sini.
Penjual bawang yang merajuk tadi terus menoleh ke arahnya dengan segaris senyuman. Beberapa not-not rupee dihulurkan kepada penjual.
"Terima kasih manyak-manyak ya tambi, saya juai!"
"Ya, saya beli aneq!"
Akhirnya guni-guni bawang diangkut di belakang lori. Selepas enjin dipanaskan, lori tersebut memandu keluar dari sebuah pasar pagi.
Dalam perjalanan ke suatu tempat, lori muatan bawang ini melalui lebuh raya. Aku baru menyedari diriku ini berada di Bombay, India.
Patutlah lenggok bahasa jauh menyimpang dari bahasa Korea. Tapi bagaimana aku disumpah menjadi seulas bawang ni?
🍉🍉🍉🍉🍉
Jin oppa kena sumpahan makcik bawang haha tiber. So ok tak chapter ni? 😜 Che tau fanfic kali ni sumpah mengarut, memang saja-saja ditulis muehehe 😝
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓 • 𝓚𝓲𝓶 𝓢𝓮𝓸𝓴𝓳𝓲𝓷
Historia Corta©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #5] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Pabila dirinya tampan menjadi seketoi bawang merah ehek (feat. Bangtan Sayeoran) ALERT: Fanfic dikarang mempunyai unsu...