Serious talk, fanfic ni sememangnya dari hasil imaginasi Wauthormelon sendiri, so karoot tu pasti 😹
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07"Makhluk berbulu tu dah blah ke?" seram sejuk Seokie si kunyit hidup mengingati wajah bengis fenin tersebut.
"Itu kucinglah bingai, tak payah nak berfantasi sangat" dengan berani, Jinnie si bawang merah melangkah keluar dari tempat persembunyian.
"Eh-sekejap, mana Taetae?" Kookie si lobak merah kecil yang masih bersembunyi dalam karung guni melilau mencari bawang merah bertahi lalat itu.
"Bongoklah korang, kenapa tinggalkan aku hiks" Taetae yang masih trauma akan kejadian dahsyat tadi terus berlari lalu memeluk Seokjin. Tergigil-gigil dia dibuatnya.
"Itulah kau, hidup ni kena pandai jaga percakapan. Kalau cakap besar macam kau tadi, itulah akibatnya" ujar Chimchim si cili padi yang masih berusaha untuk keluar dari karung guni. Mereka yang berjaya keluar tidak mengendahkan Chimchim, melainkan,
"Meh tangkai separuh patah kau" satu tangan halusinasi dihulurkan pada Chimchim. Si cili padi terkedu untuk terima hulurannya.
"Cepat sebelum aku tukar fikiran tak nak tolong kau" cepat-cepat Chimchim menggapai tangan Taetae si bawang merah. Perasaan serba salah menyergah dalam diri cili padi ini.
"Terima kasih tolong, dan minta maaf terkasar bahasa. Mulut aku tiba-tiba rasa pedaih lain maciam" Chimchim menunduk sambil bermain tangkainya.
"Pfft tak apa lah, aku tak ambik hati pun" bicara Taetae si bawang merah sebelum mengorak langkah ke arah Bangtan Sayeoran yang lain. Maka, tinggallah si cili padi yang terkulat-kulat di situ.
Apabila menyedari ketiadaan si bawang merah bertahi lalat itu, Chimchim pun terkedek-kedek berlari untuk mengejar Taetae yang jauh di hadapan.
"Woit, tunggulah ak-" tutur Chimchim tergendala apabila terlihat satu beg plastik ingin menghempap atasnya, jadi cepat-cepat dia melajukan langkah.
Lantaran hempasan beg plastik tersebut, tubuhnya kini melambung jauh hingga ke tempat Bangtan Sayeoran melepak.
"Uishh Chimchim, macam mana kau boleh turun dari langit ni?" terlopong mulut kepoh Seokie si kunyit hidup sejurus kejadian aneh tadi. Mereka pun turut melemparkan pandangan benarin-apa-yang-ku-liat-tadi?
"Panjang ceritanya" Chimchim menggeliat kecil disebabkan rasa sengal-sengal pada tubuh.
"Pendekkan, macam ketinggian kau"
Chimchim dengan geram menghadiahkan tangkai belahan tengah pada Kookie si lobak merah kecil. Suka cari pasal!
"Weyh korang, ada berita panas lagi sensasi!" laung Taetae sebelum memberhentikan langkah. Dia menghembus nafas sedalam-dalamnya selepas penat berjalan.
"Hah, amendenya?"
"-sayur-sayuran segar dari kebun dah tiba ke dapur!"
Setelah mendengar khabar berita yang Taetae sampaikan, mereka pun terus menghayun langkah ke sana.
• ────── ✾ ────── •"Orang tak ada, maju~" Bangtan Sayeoran jalan berjengket-jengket menghampiri bungkusan plastik yang cukup besar. Mereka berasakan ada tetamu baru yang akan menwarnai dapur ini.
Mereka pun mengambil untuk meleraikan ikatan plastik yang terletak di puncak bungkusan ini. Namun untuk tiba ke sana, mereka perlu mendaki dahulu.
Setelah mengerahkan seluruh kudrat untuk mendaki, akhirnya Bangtan Sayeoran tiba di puncak bungkusan plastik itu dengan jayanya.
"Memandangkan dia antara sayur-sayuran yang nampak paling 'aktif', jadi kita mempersilakan Suga si bawang putih untuk membuka ikatan" Hoseok berucap ala-ala pengerusi memerli bawang putih itu.
Suga dengan longlainya meleraikan simpulan plastik tersebut. Apabila ikatan sudah terlerai, barang-barang dapur dari dalam plastik memancut keluar seperti gunung berapi.
"Fulamak, banyaknya awek-" Suga bersiul panjang mendapat jelingan daripada Bangtan Sayeoran.
"Apa? Betullah, dalam karung guni tu cuma ada selabu keluarga kami dan bawang putih generasi tua." mereka sekadar meng-oh-kan kenyataannya, patutlah dirinya digelar sebagai swag grandpa.
"Korang tengok sana" pandangan mereka terus beralih di bawah puncak bungkusan plastik. Melihatkan sayur-sayuran berjalan megah di atas kain pengelap berwarna merah umpama karpet merah di majlis berprestij, mereka terus beredar dari puncak.
🍉🍉🍉🍉🍉
Apa aque mengaroetkun niey? Bunoehla jerrlah aque 😹
YOU ARE READING
【✔️BTS】𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓 • 𝓚𝓲𝓶 𝓢𝓮𝓸𝓴𝓳𝓲𝓷
Short Story©2019 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [BANGTAN SERIES #5] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ Pabila dirinya tampan menjadi seketoi bawang merah ehek (feat. Bangtan Sayeoran) ALERT: Fanfic dikarang mempunyai unsu...