🌶️A🌶️

1K 142 90
                                    

𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 02

Guni-guni bawang terus diangkut keluar seraya enjin lori dimatikan. Dan tiba-tiba, diriku yang dikelilingi bawang-bawang yang lain terus dibawa ke sebuah kapal.

Melihatkan persekitaran yang mempunyai timbunan kontena dan kapal-kapal kargo, aku dapat simpulkan bahawa diriku berada di kawasan pelabuhan.

Nampak gayanya, geng bawang seperti aku dan lain-lain akan dieksport ke tempat lain. Yay, dapat juga melancong tanpa guna passport.

Setelah dibawa masuk ke bahagian penyimpanan stok bawang, akhirnya aku bakal berhimpit-himpit dengan saudara bawang yang lain. Ouh tidak, aku Claustrophobia.

"Uit tidurlah, lambat lagi nak sampai ni" tegur seulas bawang. Aku menoleh sekilas biarpun suasana dalam kotak gelap gelemat.

Aku pun perlahan-lahan melelapkan mata berupa epidermis bawang ni, cuba membayangkan diriku untuk berhibernasi seperti spesies mamalia di musim sejuk.

Lama-lama kelopak mataku kian memberat, dan aku pun dibuai mimpi.


• ────── ✾ ────── •

"Uit bangunlah, kita dah sampai!"

Deria penglihatan (yang sebenarnya tiada jika dilihat dengan mata kasar manusia) mula samar-samar kelihatan pabila aku mencelik mata.

"Kita kat mana sekarang ni?" soalku yang tak henti-henti memandang keadaan sekeliling, dimana kawasan kelihatan bersih dan penuh dengan barangan keperluan.

"Sekarang ni kita berada di satu tempat yang dikenali pasaraya, rasanya inilah tempat yang menjual diri kita pada manusia" bicara bawang berkaca mata itu telah memeranjatkan aku.

"Ha, jual? Takkan la kot? Tolong aku masih muda untuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia" tangan halusinasi terus berpaut pada lengan sasa bawang berkaca mata. Bukan main menggeletar aku sekarang.

"Kepala hotak kau, kita ni bawang bukannya orang. Eksport berupa rempah dan barang dapur macam kita ni sah di sisi undang-undang" tutur bawang bertahi lalat di bawah hidungnya.

Aku pun sekadar mengangguk faham. Lupa pula, sekarang ni aku seketul, eh seulas bawang.

"Sekarang ni kita nak buat apa?"

"Tunggu pelanggan datang beli kitalah, takkanlah nak main kad Uno pula" perli si bawang bertahi lalat comel tu, menyampah aku!

Baru saja ingin membuka mulut untuk membawang dengan mereka berdua, tiba-tiba guni yang diduduki kami terapung-apung atas udara.

Wow, keajaiban apakah ini?

🍉🍉🍉🍉🍉

Dapat agak tak, siapa dua ulas bawang tu 😹😹? Kalau tak dapat agak lagi, Wauthormelon akan dedahkan identiti dorang di chapter seterusnya jengjengjengg👻

【✔️BTS】𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓 • 𝓚𝓲𝓶 𝓢𝓮𝓸𝓴𝓳𝓲𝓷Where stories live. Discover now