🥔A🥔

844 147 129
                                        

𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04

Dengan derapan yang sengaja disenyapkan, kami berenam tiba di karung guni yang menghasilkan bunyi dengkuran yang dahsyat kedengaran.

"Pergilah masuk" aku sengaja menolak tubuh Kookie si lobak merah kecil menghampiri lubang karung tersebut.

"Eh aku pulak, suruhlah cili kenit ni masuk" kalini Chichim si cili padi dipaksa memasuki gua berupa karung guni.

"Cili kenit kau panggil aku? Eee nak kena cili nih" tangkainya terus merentap tubuh si lobak merah kecil. Aku yang menyaksikan situasi tegang antara mereka berdua mengurut pelipis lapisan epidermis. Ha sudah bergaduh pulak dua ketoi sayur-sayuran ini.

"WOI MEMEKAK APA KAT LUAQ TU?" sergahan suara garau entah dari mana itu mengejutkan kami semua, sehinggakan Joonie si bawang merah melatah dahsyat.

"Siapa pula buat bising ni?" aku berdecit sebelum berpaling wajah pada mereka berlima.

"Bukan kami berdua" tergeleng-geleng Chimchim si cili padi dan Kookie si lobak merah kecil. Pandanganku mula menikam pada Seokie si kunyit hidup, Taetae dan Joonie si bawang merah.

"Bukan Taetae keyh!"

"Aku sedar aku antara paling bising dalam golongan sayur-sayuran, tapi tolonglah, kali ni bukan aku yang buat bising"

"Kau sendiri dengarkan aku melatah lepas-lepas dengar suara mamat garau baru bangun tido tu-"

"Em ye, aku memang baru bangun tido, kenapa?"

Kami berenam lantas menoleh ke belakang seolah-olah pemilik suara garau itu betul-betul dekat dengan kami.

Aku antara paling terkesima tatkala selabu bawang putih melompat keluar dari dalam karung tersebut. Rupa-rupanya ini karung guni yang menempatkan bawang putih.

"Siapa diantara sayur-sayuran macam kamu berenam yang telah mengganggu aku beradu, hah?" soalnya berbaur marah.

Kami berenam mula berpelukan berikutan berasa gerun dengan suara garau lagikan serak itu.

Namun, salah satu jenis sayur ini dengan beraninya melangkah pergi berhampiran bawang putih.

"Pakcik bawang putih, maafkan saya buat pihak mereka kalau-kalau dah buat pakcik terjaga, tapi saya yakin yang patut dipersalahkan si cili kenit tu ha" Kookie lantas kembali tempat kami setelah mempersalahkan Chimchim pada bawang putih tersebut.

"Cili kenit? MANA CILI KENIT TU? BIAR AKU GANYANG DIA KASI LUMAT!" bentak si bawang putih sambil tercari-cari Chimchim si cili padi.

"Kurang asam punya baby carrot, tunggu kau aku cabai mulut karotina kau sampai hilang zat" hamburnya sepuas hati sebelum membuka langkah longlai ke arah bawang putih.

Namun dalam hati, Chimchim sudah akur akan takdirnya. Biarlah dia jadi sebahagian sambal belacan nanti.

Apabila dia tiba di hadapan si bawang putih, Chimchim mula perasan sesuatu.

"La korang ni sekeluarga ke?" tebak Chimchim.

Ada beberapa ulas bawang dibaluti lapisan tebal, dimana mereka sekeluarga dianggap selabu bawang putih.

"Yeah kitaorang satu keluarga. Yang agak besar dan tinggi ni omma dan appa aku, yang kecil sikit adik-beradik aku" ujar si ulas bawang putih paling kecil pada Chimchim.

Perbualan mereka telah menarik perhatian sayur-sayuran yang lain.

"So nama kau apa?" soalku.

"Aku Min Yoongi kuasa 4, tapi diorang panggil aku Toongi" ramah Toongi si ulas bawang putih memperkenalkan diri.

"Tu yang tiga ulas lagi dah tak ada mulut ke nak cakap?" soal Chimchim bernada perlian. Fuh boleh tahan pedas mulut si cili padi ni.

"Ouh dorang agak pendiam sikit, tapi tak apa biar aku perkenalkan buat korang"

Setelah 5 minit mendengar Toongi berbicara, aku diserang kebosanan. Lama bebenor budak bawang putih bercakap, tak kering air liur ke?

"So yang mengamuk tak ingat dunia tadi tu Min Yoongi kuasa mana satu?" Joonie si bawang merah mula meraut dagunya.

"Ouh tu Min Yoongi kuasa 3, a.k.a Yoonji"

Semua sayur-sayuran ternganga luas mulut sejurus mengetahui gerangan seulas bawang putih berjantina perempuan itu yang mengamuk mengalahkan ketua gangster.

🍉🍉🍉🍉🍉

Setakat sini saja Wauthormelon update untuk malam ini. Doakan che boleh jawab exam esok 💕

【✔️BTS】𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓 • 𝓚𝓲𝓶 𝓢𝓮𝓸𝓴𝓳𝓲𝓷Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang