Chapter kali ni Wauthormelon cuba gambarkan suasana seperti di MAMA, tapi sikitlah hehe
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑫𝒓𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒊 𝑫𝒂𝒑𝒖𝒓 𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08
Umpama dilayan oleh paparazi, sayur-sayuran ini mula memperkenalkan diri mereka apabila berada di atas kain pengelap tersebut. Kumpulan hijau menghijau ini terdiri daripada kobis, timun, kucai, asparagus, paku pakis, daun sup, daun kesum dan lain-lain.
"Ada peminat kumpulan Generasi Wanita tak di sini?"
"Heyyo, kumpulan Pemenang di sini!"
"Apa habaq semua? Kami kumpulan Ekso!"
"Hai kami dari kumpulan Dapat7!"
"Hi, we're A Merah jambu!"
"Kumpulan Dua Kali di sini guys!"
"Nae, onionhasayur Merah Baldu ibnida!"
"Halu kitaorang Tujuhbelas!"
"5,6,7,8 Hello kami dari kumpulan Raksasa X!"
"Uhui, kitaorang (gadis)-idle!"
Kalau tidak ada kumpulan anda yang sangat minati, boleh senaraikan di ruangan komen 💬
"Hai semua! Kami dari kumpulan Awek" Bangtan Sayeoran tercengang sebentar sejurus kumpulan wanita ini memperkenalkan diri.
"Jap jap kenapa awek? I don't get it" soal Suga cuba mempertikaikan nama kumpulan tersebut.
"Hello, bawang putih pucat! In English, we're G-friend. You still don't get it?" ibu jari dan jari telunjuk dibentuk seperti 'O' oleh Suga, tanda sudah faham.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kali ini, kumpulan junior ini pula menonjolkan diri di hadapan mereka.
"Hi senior sekalian, kami dari kumpulan TXT" Jinnie si bawang merah mengurut dagu seperti tertanya-tanya dengan nama panjang kumpulan itu.
"Apa maksud TXT tu sebenarnya?"
"Maknanya, Tak X(tak) Tak" lidah bawang merah berbahu lebar ini terkelu setelah Yeojun si jagung kecil memberitahu maksudnya. Bangtan Sayeoran pun turut menghadiahkan pandangan i-can-not-brain.
Setelah beberapa kumpulan menunjukkan wajah berkhasiat mereka, akhirnya satu-satunya kumpulan bukan sayur-sayuran melangkah penuh gah di atas kain pengelap.
"Nae, annyeonghaseyo! We're Acheese!" kelapan-lapan keju pelbagai jenis menunduk hormat. Kedatangan mereka disini mendapat tepukan gemuruh oleh penonton ekoran mereka merupakan produk tenusu.
"Boleh sorang-sorang perkenalkan diri? Sebab korang ni lain dari yang lain"
"Boleh sangat-sangat! Ni Hongcheese, Mozzarellhwa, Yunhavarti, Yeoswiss, Briegi, Woocoota, Jongiago dan saya sendiri, Parmes-eh mana yang lain?" melilau ekor mata mereka mencari kelibat sayur-sayuran yang lain. Tiba-tiba mereka lesap dari pandangan Acheese.
"Dorang menyorok sebab buat suprise kot"
"Utak mung, look!" satu tangan gergasi mengambil kelapan-lapan keju yang menikus ketakutan.
• ────── ✾ ────── •
"Aigoo, macam manalah semua barang bersepah atas ni? Ni mesti tak lain tak bukan-" Nis terus mencerlung pada Luxa yang menikmati hidangannya, iaitu sebekas Power Cat.
Sambil-sambil itu, Nis meletakkan semula sayur-sayuran ke dalam bungkusan plastik sebelum meletakkan keju-keju dibelinya ke dalam peti sejuk.
"Luxa, kau sepahkan lagi atas para ke?" soal Nis sambil bercekak pinggang, geram apabila kucing baka Snowshoes buat tak endah akan persoalannya.
"Ouh tak nak mengaku ye? Sini kau, makhluk berbulu comel!" badan gebu milik Luxa dipeluk penuh geram oleh Nis.
"MEOW!"
Maka, Luxa pun terkorban dalam insiden pelukan maut yang didakap oleh Nis. EH TAK, melawak saja.
• ────── ✾ ────── •
Bangtan Sayeoran menarik nafas lega berikutan sempat melarikan diri daripada disumbat ke dalam beg plastik bersama mereka yang lain.
"Em, nak tolong bukakkan lagi tak plastik tu?" cadangan diberikan Seokie si kunyit hidup diterima sekeh daripada Suga si bawang putih .
"Tak payah nanti Nis balik, kita pula jadi mangsa dalam menu masakan dia" Joonie si bawang merah berkaca mata lantas menggeleng.
"Alo~ baru saja nak berkawan dengan dorang tu" wajah Chimchim si cili padi terus menjadi muram.
"Tak apa, akukan ada" terjungkit-jungkit kening sayuran itu membuatkan Chimchim menjeling tajam.
"Tak naklah kawan dengan sayur warna jingga macam kau, mulut tu tak berperikemanusiaan" segera dia menjauhkan diri daripada Kookie si lobak merah kecil. Kookie hanya mampu melemparkan pandangan eleh-mulut-kau-lagi-tak-berperikemanusiaan.
"Baik aku kawan dengan Taetae. Muka dia manis je, siap ada tahi lalat kat hidung" kembang kempis hidung si bawang merah ini apabila dipuji Chimchim. Kookie yang melihat kemesraan ChimTae terus menarik muka, cemburu barangkali.
"Dah dahlah buat drama kawan makan kawan korang tu. Sekarang ni jom balik ke karung guni, tidur dekat sa-" usul Seokjin tertangguh berikutan telinga epidermisnya menangkap satu suara yang tidak pernah didengari.
"Let's kill this vege!"
"Yeyyeyeyey~"
"Korang tengok dekat sana!"
🍉🍉🍉🍉🍉
Ada lagi satu kumpulan terselamat dari insiden tu kehkeh. Nak tahu selanjutnya, vomment la dulu yunk yunk sekalian 🦄🌶️