#3

66 5 0
                                    

Badan dan tulangku seperti mahu patah. Lenguh semacam. Oleh itu aku membuat keputusan untuk berehat sebentar di kamar untuk setengah jam. Baju yang aku pakai ketika berjumpa Max masih belum aku tukar. Malas. Penat. Mungkin sebentar lagi. I really need a rest. Aku bingkas merebahkan badanku ke atas katil. Segala bunyi retakan tidak aku hirau. Yang aku bayangkan hanyalah keindahan alam jika aku mampu memejamkan mata untuk seketika dan melupakan segala masalah. Aku tahu aku tidak bakal mampu untuk menutup mata dengan rapat dan mencipta mimpi-mimpi indah. Namun, aku sering mencuba dan tidak pernah berputus asa.

        "Please... Just sleep, even for a while. I really need a rest."

Aku cuba menutup mata. Perlahan-lahan fikiran ku melayang. Jari ku terjentik seolah sesuatu menepis. Minda ku semakin kosong seolah di bawa pergi. Akhirnya ---~

                         *       *      *      *

        "Hi guys, sorry late." Max bersalaman dengan ahli DearDelilah. Dengan keadaan yang agak janggal, tetapi dia masih berusaha menyesuaikan diri dengan pelajar paling famous di kolejnya.

        "It's okay lah bro, kami pun bukan sudah lama, baru juga sampai ni. Duduk lah." Shin, Salah seorang ahli DearDelilah menjemput Max untuk duduk dan menyertai mereka.

Max hanya akur sahaja dengan arahan Shin. Dia segera meletakkan beg yang berisi guitar bass di atas meja bulat yang luas dan duduk di atas sofa kulit berwarna merah di bilik latihan itu.

        "Apahal muka kau cuak ni bro? Hahahaha. Chill, chill sudah lah. Malam ni kita practice santai sahaja. Janganlah tertekan sangat. Lagipun, kita akan perform lagu cover sahaja. Sebab lagu kami belum official release lagi." Carl pula bersuara dan gelak besar melihat muka Max yang sememangnya seperti pelajar baharu yang baru berpindah sekolah. Carl merangkap vokalis utama band tersebut merupakan ketua band DearDelilah.

Max tersengih-sengih menanggung malu. Mana tidaknya, lepak semeja dengan band yang sedang mencanak naik namanya di media sosial. Walaupun belajar di kolej, dan mengambil bidang yang sama, hubungannya dengan ahli band DearDelilah ini tidak lah begitu akrab kecuali dengan Mika. Mika merupakan kenalan lamanya kerana pernah menjadi roommate ketika semesta pertama program asasi. Manakala Shin dan Carl baru sahaja menapakkan diri bagi program ijazah sarjana muda di kolejnya.

        "Dia ni cuak sebab dia kata dia tak layak jadi bassist kita malam nanti. Dia kata dia noob. Hahahahaha." Mika cuba menambah perasa bualan malam itu sambil menepuk-nepuk bahu kanan Max.

Muka Max sudah merah padam. Jika boleh dia ingin memasukkan dirinya ke dalam beg menggantikan gitar bass yang dibawa. Tindakan Mika membuatkan Max makin janggal untuk berada di situ.

        "Eh bro, jangan lah fikir macam tu. Kau hebat kot! Kitorang banyak kali nampak kau perform semasa event kolej kita. Okay gila! Sumpah! Mika pun suggest kau. So kitorang memang setuju sangat lah." Tambah Carl yang cuba menepis kata-kata mengarut Mika.

Shin mengangguk setuju

'what... Mika yang suggest!!! Bullshit apa ni Mika.. cis!' jerit Max di dalam hati. Memang itu sahaja yang mampu dia lakukan ketika itu. Tidak pula dia menyangka bahawa Mika yang menjual namanya untuk acara ini. Mati-mati dia bersangka bahawa Sir Arnold punya angkara. Sudahlah dia acah-acah merajuk dengan sir Arnold dan miss Julie.

         "Betul Max, time sir Arnold offer job ni, kami betul-betul perlukan bassist baharu. Dan kami memang tak tahu nak pilih siapa. Sir Arnold suruh kami berbincang. Then, Mika cadangkan kau, and kitorang berdua pun teringat kau, and yeah kau je kitorang rasa layak.. akhirnya kami semua setuju. So jangan lah malu-malu." Tambah Shin pula.

FRIENDzone Where stories live. Discover now