#8

47 5 0
                                    

*piano*
"There's an empty room full of memories,
And everywhere I look, it's where we used to be.
It's like a photograph, 
A moment froze in time,
I'm staring at your face, even when I close my eyes.

Oh oh, where'd you go?
I thought you'd never leave,
Oh oh, should have known, 
How much you mean to me.
Oh oh, where you are is where I wanna be,
So, it's a shame that you'll never really know.."

Nyanyian Max terhenti apabila sampai kepada baris korus terakhir.

        "Huh....." Dia bangun dari tempat duduknya dan menolak semula bangku kayu tersebut ke ruangan di bawah piano yang dimainnya tadi.

        "Knock, knock, knock." Pintu bilik latihan diketuk beberapa kali seperi menunggu jawapan penghuni yang berada di dalam.

        "Yes, masuk je." Ujar Max. Dia meninggikan nada suaranya kerana pintu masuk berada agak jauh dari tempat diamana dia berada.

Pintu bilik latihan ditolak perlahan.

        "Hai Max." Mei tersenyum-senyum menyapa Max. Hanya kepalanya sahaja yang kelihatan dari situ. Separuh lagi badannya berada di luar kawasan bilik latihan.

        "Hai Mei, kenapa?" Max membalas sapaan Mei, juga membalas senyuman manis yang diberikan oleh Mei. Lagat Mei seperti ingin meminta sesuatu atau sekadar ingin menyampaikan sesuatu.

       "Ada orang nak jumpa you." Mei menyatakan hasratnya.

        "Sinilah. Masuk je. Dia ada dekat dalam." Panggil Mei kepada seseorang yang berada di luar. Dia mengajak tetamu yang mencari rakannya itu untuk masuk berjumpa Max.

         "Siapa......" Belum sempat Max menghabiskan pertanyaannya, Sue masuk ke dalam bilik latihan tersebut sebaik sahaja di jemput oleh Mei.

        "Sue..." Max terkejut melihat Sue masuk ke dalam bilik latihan. Selama ini hanya Mei dan Pheobe sahaja yang selalu menemani Max di dalam bilik latihan sambil menyelesaikan tugasan masing-masing. Tetapi kali ini, insan baharu menapak ke dalam bilik latihan pada waktu-waktu begini. Lagipula Sue tidak memberitahu Max tentang tujuannya untuk ke sini selepas kelas habis.

        "Oh you kenal dia ke?. Okay lah I pergi dulu. Bye." Mei menutup pintu bilik latihan perlahan dan berdar dari situ. Dia tidak pula menyangka bahawa Max dan Sue saling mengenali antara satu sama lain.

Max masih lagi bergelumang dengan perasaan janggal dan pelik. Janggal kerana dia berdua bersama Sue di dalam bilik latihan. Pelik kerana tiba-tiba sahaja Sue datang mencari dia disitu seolah-olah mempunyai tujuan yang amat penting dan membuatnya terpaksa untuk menampilkan diri disitu.

        "Janganlah terkejut sangat. Macam nampak hantu je. Hahaha." Sue berasa geli hati melihat muka Max yang terpinga-pinga sejak melihat dirinya melangkah masuk ke dalam bilik latihan.

        "Err.. eh. Hahaha tak.. emm. Eh duduk lah.. Sue." Max gelabah mencari kerusi kosong. Akhirnya dia mencapai sahaja bangku khas piano yang digunakan tadi dan memberikannya kepada Sue.

        "Okay, okay. Thanks ya. Hahaha." Sue mencapai bangku yang dihulurkan oleh Max. Mulutnya masih tidak boleh berhenti ketawa lebih-lebih lagi melihat muka Max yang sudah kemerah-merahan menahan perasaan malu dan segan silu.

FRIENDzone Where stories live. Discover now