** 21 Jun 2012
"Cepatlah sini! Dia ada dekat situ.." dengan nada berbisik Pheobe memanggil Max sambil menunding jari ke arah Ema yang sedang khusyuk membaca.
"Ala..... Aku malu lah.. kau sahaja lah pergi pass surat ni!" Begitu juga dengan Max yang berusaha untuk mendesak Pheobe namun terpaksa merendahkan nada suaranya kerana berada di perpustakaan.
Tiba-tiba Ema berpaling ke arah mereka. Kedua-dua mereka kelam kabut dan berpura-pura sibuk. Max kononnya sedang membaca buku bersebelahan rak-rak buku, manakala Pheobe berpura-pura menyusun buku pada rak tersebut. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ema hairan, namun tidak dihiraukan tingkah laku pelik yang dilakukan oleh mereka berdua. Lantas Max menarik tangan Pheobe dan membawanya ke rak buku lain yang agak jauh dari tempat itu.
"Apahal kau ni! Lepas lah!" Pheobe menyentap semula tangannya yang dipegang erat oleh Max.
"Dengar, dengar.... Aku nak cakap.. nanti dia perasan pula." Jelas Max.
"Tak payah lah tarik-tarik. Cakap jelah elok-elok." Dahi Pheobe berkerut tanda marah sambil lengannya di usap-usap.
"Okay, fine sorry. Aku cuak tadi.. haih." Jelas Max.
"Ahhhh! Dah kau nak cakap apa." Pheobe masih panas.
"Aku nak kau sahaja pass surat ni... Aku malu tau..sumpah! At least kalau kau yang bagi tak adalah nampak awkward sangat." Max menjelaskan hasratnya.
"What?! Aku dah bagi kau idea nak tulis ni, sekarang aku pula kena bagi pada Ema? No way." Pheobe menolak.
"Alaa. Tolong lah B! Emm.. okay, okay aku janji kalau kau yang buat, Aku belanja kau balik sekolah nanti. Hari ini birthday kau kan? .. please." Sambung Max lagi sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Pheobe, memujuk supaya rakannya itu memberikan surat yang ditulis kepada Ema.
"Ish! Ye, ye okay aku pergi bagi." Pheobe setuju.
"Ha! Macam ni lah baru aku sayang!" Max teruja lalu memeluk rakannya itu.
"Eiiii! Kau apahal! Rimas lah! Tepi, tepi aku pergi bagi." Pheobe menolak badan Max dengan kasar dan berlalu pergi menuju ke meja Ema.
Max hanya senyum-senyum seperti kerang busuk dan mempersilakan rakannya untuk pergi. Max melihat dari celah-celah rak buku tingkah laku Pheobe dan Ema. Dia melihat Pheobe memberikan sepujuk Surat kepada Ema dan mereka berbual-bual kosong. Surat itu pula diterima oleh Ema dan diletakkan ke dalam kocek coat nya. Setelah beberapa minit, Pheobe dilihat melambai kecil kepada Ema dan bangun daripada tempat duduk untuk pergi.
"Yes! Dia terima" ujar Max sendirian. Dia menunggu Pheobe kembali semula ke tempat dimana dia berada. Namun, Pheobe hanya terus keluar daripada perpustakaan.
Max lantas menyusup keluar senyap-senyap agar tidak di diketahui gerak-gerinya oleh Ema.
Max melihat Pheobe yang sedang santai berjalan menuju ke kaki lima blok tersebut. Max berlari meluru ke arah Pheobe.
"B, B, B! Tunggu!" Max menjerit memanggil Pheobe.
Pheobe menoleh kebelakang lalu memberhentikan langkahnya.
"Fuh... Kenapa nak bla terus tak bagi tahu?" Max termengah-mengah.
"Lepastu kau nak nampak obvious kat situ? Fikir lah.." Pheobe membalas bersahaja.
YOU ARE READING
FRIENDzone
Short StorySeseorang yang sudah penat namun tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti. ©2018 Ilalilac Bukan karya sempurna. Tatabahasa darjah lima. Spontan keluar dari kepala. Maaf tidak sempurna.