"Ting .." bunyi loceng pintu pada kedai buku Fynn apabila aku menolaknya ke dalam untuk masuk.
Loceng buatan itu digantung pada atas pintu masuk sebagai penggera sama fungsinya seperti penggera pada pintu kedai serbaneka 24 jam.
Masuk sahaja kedai itu, bau kegemaran aku sudah masuk memenuhi ruangan hidung. Ya, bau buku. Entah mengapa bau buku-buku ini kadang kala memberikan ketenangan, Di tambah pula jika diletakkan pada rak kayu lama. Such a perfect match!
"Pheobe!...." Suara Fynn memanggil seakan-akan menyambut kedatangan aku ke kedainya. Pen yang digunakan bagi menyelesaikan kerjanya di selit dibelakang telinga. Aura arkiteknya dibawa-bawa walaupun sedang bercuti pertengahan penggal.
Aku hanya senyum dan melambai kepada Fynn teman lama ku. Aku mengorak langkah untuk berjalan ke arahnya dengan bersahaja. Fynn juga bingkas bangun dan menukar kedudukannya ke ruangan membaca bagi pelanggan yang ditempatkan hanya bersebelahan dengan kaunter juruwang.
Kedai buku Fynn bukanlah seperti kedai-kedai biasa yang menjual buku-buku baharu dan terkini. Namun, dia menyewakan dan menjual buku-buku lama dan terpakai yang pernah menjadi bualan masyarakat dan dunia. Selain itu, ianya juga berfungsi seperti perpustakaan mini yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membaca apa-apa sahaja buku di dalam kedainya. Bayaran hanya dikenakan jika buku tersebut dibawa keluar dari kedai. Oleh hal yang demikian, di kedainya terdapat satu ruangan membaca disediakan kepada para pelanggan.
Setelah mengorak beberapa langkah, aku tiba di tempat di mana Fynn beralih.
"Duduk B. Aku ambilkan kau kopi." Ajak jejaka ini mesra dan membancuh kopi panas untuk dua orang.
Nessun Dorma dendangan Luciano Pavarotti didengari halus oleh corong telinga. Terasa bagaikan kembali ke tahun 1986. Didorong dengan reka bentuk kedai buku Fynn yang beserba-serbinya adalah kayu, serta lampu kandil kecil yang malap ditengah-tengah siling kedai menambahkan lagi suasana klasik.
Fynn kembali dengan 2 cawan kopi panas. Dia meletakkan kopi itu diatas meja dan bangun semula serta mencapai 2 buah buku yang diletakkan di atas meja juruwang.
"Minumlah dulu B." Jemputnya tenang. Fynn sememangnya kelihatan lebih tenang mahupun dari luaran juga dalamannya.
"One of the very nicest things about life is the way we must regularly stop whatever it is we are doing and devote our attention to eating." Ujar Fynn lagi sambil tersenyum dan menghirup kopinya.
Pelik. Kata-kata Fynn masuk terus ke dalam hati seolah-olah dia tahu apa yang aku baru lalui harini ini. Atau .. riak wajah aku masih lagi tidak berubah selepas pergi meninggalkan cafeteria?
"Ayat siapa pula kau petik kali ni?" Aku tertanya-tanya mengapa harus ayat itu yang keluar dari mulutnya.
Fynn menunjuk ke arah siling dengan jari telunjuknya. Aku makin pelik. Aku yang bodoh atau Fynn yang berlagat bodoh.
"Pavarotti.." balas Fynn ringkas sambil tersengih. Baiklah.. jelaslah bahawa aku yang bodoh. Dia memaksudkan lagu itu bukannya sengaja mencucuk langit. Lembab... Lembab..
Aku hanya mengangguk dan mencuba untuk menghirup kopi panas yang dibikin oleh Fynn.
"Maaf, kat sini tiada ais. Hahaha" gurau Fynn.
"Pfft." Menjengkelkan. Bukannya mulutku terbakar jika minum air panas.
"Sebelum aku bagi apa yang kau nak, boleh aku tau kenapa dengan kau hari ini?" Fynn sengaja ingin memancing agar aku bercerita tentang apa yang berlaku. Tolonglah... Biar aku simpan sendiri, aku sudah biasa dengan semua ini. 10 tahun aku telan dan aku baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
FRIENDzone
Historia CortaSeseorang yang sudah penat namun tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti. ©2018 Ilalilac Bukan karya sempurna. Tatabahasa darjah lima. Spontan keluar dari kepala. Maaf tidak sempurna.