** 23 Jun 2012
"Pheobe." Ema menyapa Pheobe yang sedang duduk bersendirian di kantin sekolah sambil menyedut minuman berkarbonat.
"Hei, Ema. Tak balik lagi?" Sedutan dan lamunannya terhenti. Dia membalas mesra sapaan Ema yang datang tiba-tiba entah dari mana.
"Em, belum. Aku baru habis revision dekat library. So aku baru je nak balik ni." Jelas Ema.
Pheobe hanya mengangguk faham dan menyambung menyedut minumannya dengan santai.
"Mana Max? Selalu korang berkepit seperti belangkas. Hari ini seorang pula?" Tanya Ema tentang keberadaan Max. Dia cuma hairan mengapa Pheobe ditinggalkan sendirian di sini kerana mereka selalunya akan bergerak kemana-mana bersama.
"Ouh, Max dah balik tadi. Aku malas nak balik awal, so lepak lah sorang. Kejap lagi aku balik." Jelas Pheobe.
"I see. So, alang-alang kau ada dekat sini, Aku nak bagi something." Ema meletakkan begnya di atas meja lalu dibuka zip yang paling hadapan. Diseluk tangannya untuk mencari sesuatu.
"Nah," Ema menghulurkan sepucuk surat kepada pheobe.
Pheobe seolah-olah kenal dengan bentuk dan warna sampul surat tersebut. Dia teragak-agak untuk mengambil surat itu.
"Ini surat yang kau beri dekat aku 2 hari lepas. Ambil lah." Ema memaksa Pheobe untuk mengambil semula surat yang ditulis oleh Max. Patutlah dia seakan-akan kenal dengan surat itu.
"Er.. ouh, kau balas balik dalam ni ke? Kau pergi bagi sendiri lah pada Max. Aku malas nak campur urusan korang berdua." Ujar Pheobe selamba. Dia menyedut kembali air minumannya. Surat yang dihulur langsung tidak diambil.
"Kau suka Max juga kan Pheobe?" Tiba-tiba Pheobe diserang tanpa amaran.
Air yang asyik diminum tersembur keluar. Mujur Ema berada di sebelahnya. Pheobe terbatuk-batuk teruk akibat tersedak.
"Eh kau apahal ni! Okay tak?" Ema kaget melihat adegan itu sambil menepuk dan mengusap belakang Pheobe.
"Okay." Pheobe kembali normal selepas belakangnya ditepuk beberapa kali oleh Ema. Nafasnya tercungap-cungap seperti berlari marathon.
"Kau gila ke?!" Pheobe dengan tiba-tiba sahaja memarahi Ema. Ema bingung.
"Mana mungkin lah aku suka dengan Max. Dia kawan aku dari kecil kot!" Pheobe menambah lagi. Nadanya semakin tinggi.
"Kalau kau tak suka kenapa kau perlu beria marah-marah aku ni?" Ema menjawab dengan tenang. Dia malas untuk bertengkar dengan Pheobe.
"Tak adalah, soalan kau ni macam soalan paling bodoh yang pernah aku dengar dalam hidup aku. Tak pernah lagi orang tanya aku soalan macam ni." Jelas Pheobe. Dahinya masih berkerut. Botol minumannya ditolak ke tepi. Dia sudah tiada hati untuk meneruskan sedutan tadi.
"Orang tak tanya, sebab orang tak perasan. Dan aku selalu perhatikan kalian." Ujar Ema lagi.
"Stalker? Function apa sampai nak perhatikan aku." Pheobe membalas kata-kata Ema. Dia mula merasakan bahang dek kata-kata yang keluar daripada mulut Ema. Kotnya dibuka dan diletakkan di atas meja.
"No bukan stalker.. Aku tak tau why, but aku akan kerap berjumpa dengan korang, and dari situ aku nampak cara kau layan Max, the way you staring at him, and macam mana rapatnya korang." Jelas Ema panjang sambil tersenyum.

YOU ARE READING
FRIENDzone
Short StorySeseorang yang sudah penat namun tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti. ©2018 Ilalilac Bukan karya sempurna. Tatabahasa darjah lima. Spontan keluar dari kepala. Maaf tidak sempurna.