#9

35 3 3
                                    

Gambar pada bingkai ditatap lama. Dia tersenyum sendiri. Melihat peace yang mereka gayakan bersama seperti tiada gaya lain yang bersesuaian dan tampak elok. Dia mengusap perlahan gambar itu. Kenangan lalu bermain difikirannya.

** 21 Jun 2012

        "Cepat B masukkan duit dalam tu." Max mengarahkan supaya Pheobe memasukkan wang kertas pada ruangan mesin gambar untuk memulakan sesi photograf bersama.

       "Kejap lah... Dia tendang balik ni. Hoi! Masuklah! Tak nak duit ke.. mesin tak guna!" Pheobe berusaha sedaya upaya memasukkan wang kertas di dalam ruang tersebut, namun sudah lebih 3 kali percubaannya gagal. Kini Pheobe mengetuk-ngetuk mesin tersebut. Lagaknya seperti vandalisme.

        "Woi! Rosak lah nanti. Cuba jelah lagi." Max memarahi Phoebe atas tindakannya yang kasar. Dia tidak mahu sahabatnya dilabel sebagai perosak harta benda awam.

Akhirnya, percubaan kali ke - 5 membuahkan hasil. Wang yang ditala di sedut masuk ke dalam.

        "We dah boleh! Dah boleh!" Pheobe teriak kegembiraan.

        "Okay, okay nice. Nah ambil balik cotton candy kau ni." Max menghulurkan gula-gula kapas gebu bewarna merah jambu campuran biru muda kepunyaan Pheobe yang dibelikan olehnya sebentar tadi.

        "Okay, cepat! Cepat! Nanti terlepas." Pheobe yang dilihat agak tidak keruan, melompat kegembiraan dan menyentap leher Max dengan lengannya membuatkan kepala mereka rapat bersama.

        "Adehh, adeh sakit lah tak guna! Sabarlah." Max merungut kesakitan apabila Pheobe menyentap lehernya bersahaja sehinggakan badannya seakan-akan mahu jatuh.

        "Cepat! Cepat! Buat peace!!!"

Max hanya akur dan menggayakan apa yang di arah oleh sahabatnya itu. Manakala Phoebe menunjukkan barisan giginya yang rapi sambil kedua-dua tangannya menggayakan peace yang diletakkan di atas bahu Max dan sebelah lagi sambil memegang gula-gula kapasnya.

        "Chak!" Gambar di ambil selepas 3 detik pengiraan. Gambar diproses untuk dicetak. Selepas 2 minit, gambar yang ditunggu-tunggu keluar daripada ruangan mesin tersebut.

        "Yeayyy!!! Jadi! Jadi!" Pheobe sekali lagi berteriak kegembiraan. Kakinya dihentak-hentak tanda teruja.

        "Eh, eh.  Aku punya mana? Bagi sini." Max meminta bahagiannya. Gambar yang diambil dicetak 2 keping supaya dimiliki oleh mereka berdua.

       "Nah." Pheobe menghulurkan sekeping lagi gambar kepada Max.

        "Handsome jugak aku." Ujar Max seorang diri.

        "Sebelum aku ludah dekat sini baik blah cepat." Pheobe memerli dengan wajahnya memandang serong kepada Max. Bingit rasanya mendengar Max memuji diri sendiri.

        "Hahahaha. Kau pahal? Jealous? Muka kau dah tak ganas lah sebab pegang cotton candy. Tak payah acah sangat." Max membalas perlian Pheobe. Kali ini dia agak kasar. Ayatnya di akhiri dengan jentikan padu ke dahi Pheobe.

        "Sakit lah!! Kau nak gaduh ke!!" Pheobe mengusap dahinya yang sudah dilihat kemerah-merahan akibat di jentik oleh Max. Jarinya yang runcing ditambah pula dengan kudrat kelakian jelas menampakkan kesakitan yang dialami oleh Pheobe.

        "Dah, dah jom blah. Dah senja ni. Nanti mak kau marah pula balik lambat." Max mengarahkan Pheobe untuk segara meninggalkan tempat itu kerana matahari sudah melambai untuk meninggalkan hari siang. Pheobe akur. Max menyelak kain yang menutupi ruang mesin foto itu. Manakala pheobe membuntuti langkah Max. Dahinya masih lagi diusap-usap dek sakit angkara Max.

FRIENDzone Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang