Angin di luar seolah menghempas segalanya. Langit yang dilihat biru kini bertukar kelabu. Tingkap di setiap sudut rumah memang aku biarkan terbuka kerana nyaman apabila terkena tempiasnya angin dingin semulajadi daripada hanya bergantung kepada angin ciptaan manusia ini. Tidak puas. Tetapi pagi ini, aku memutuskan untuk menutup kesemua tingkap yang aku biarkan tersadai semenjak naiknya matahari.
Aku melihat suasana di luar. Terlihat darinya segelintir insan yang kelam kabut berlari anak untuk ke perhentian bas berdekatan, ada juga yang berjalan santai sambil payung membumbungi dirinya daripada gerimis halus yang mula membasahi dataran bumi, juga ada yang masih berjalan santai tanpa memikirkan cuaca ketika itu, mungkin fikir mereka bukannya mati jika terkena hujan.
Melihat suasana gerimis ini, mengingatkan aku kepada kata-kata Bob Marley yang pernah aku baca di laman sosial.
“Some people feel the rain. Others just get wet.”
Hal ini sedikit sebanyak menyedarkan aku untuk sentiasa mengambil sesuatu peluang dan memandang sesuatu itu dengan melahirkan perspektif yang baik. Walaupun sesuatu yang berlaku dilihat sebagai buruk, namun ianya tetap indah jika dilihat dan percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Pfftt .. apa yang aku fikir ni, nonsense."
Kadang kala aku kecewa dengan diri sendiri. Kononnya ambil tahu setiap prinsip dan adat-adat kehidupan, namun aku sendiri sering kecewa dengan apa yang terjadi ke atas diri sendiri, sering menyalahkan diri, merasa rendah dan pelbagai. Ya, kadang kala aku kecewa.
Aku membuat keputusan untuk kembali semula ke dalam kamar kecil ku untuk melayan perasaan yang kian sunyi tatkala lama merenung ke hujan. Jarak yang di ambil hanyalah 10 langkah dari tempat asal untuk ke kamar. Rumah kecil ini amat sesuai untuk golongan bujang yang tinggal bersendirian seperti aku. Semua ruang hanya mengambil masa kurang 1 minit untuk dituju. Mudah.. mahu kemas juga mudah.
Aku segera mencapai earphone yang berpintal-pintal di atas katil. Wayar nya aku leraikan perlahan-lahan untuk memastikan tiada wayar lain yang tersangkut yang bakal merumitkan lagi keadaan.
" *Guitar* my ship when down, In a sea of sound.
When I woke up alone I had everything:
A handful of moments I wished I could change...........""And a tongue like a nightmare that cut like a blade." Sambung ku. Lagu Therapy dendangan All Time Low sememangnya menjadi kegemaran sepanjang masa sehinggakan aku menggunakannya sebagai nada dering.
" Shit! Call! Where's my phone?!" Ya memang itu nada dering.. boleh pula Aku menyambung liriknya.
Aku memandang ke sekeliling ruangan kamar untuk mencari keberadaan bunyi telefon ku. Aku melihat cahaya muncul disebalik bantal. Ya .. Telefon. Mungkin terselit ketika aku tidur. Aku pula sejenis yang lasak. Memang tidak sah jika telefon atau earphone aku bakal ghaib ke dunia lain atau terselit di mana-mana ruangan sulit.
Nama Dian tertera pada skrin telefon. Malang, aku gagal menjawab panggilannya. Dengan harapan dia menelefon ku kembali. Selepas beberapa detik telefon bimbit berdering semula. Panggilan Dian memecah kesunyian gerimis pagi.
"Hello, B kau dekat mana? Memang tak tahu angkat call ke macam mana? Baik buang sahaja telefon kau ke tingkat bawah." Bebel Dian. Marah kerana aku lambat menjawab panggilannya. Walhal baru lambat tidak sampai seminit.
YOU ARE READING
FRIENDzone
ContoSeseorang yang sudah penat namun tidak tahu bagaimana cara untuk berhenti. ©2018 Ilalilac Bukan karya sempurna. Tatabahasa darjah lima. Spontan keluar dari kepala. Maaf tidak sempurna.