Jungkook dan Alya singgah makan di gerai Nasi Lemak. Di situ hanyalah Ada gerai tetapi tuan punya gerai ni menambah beberapa kerusi dan meja. Jungkook sengaja breakfast di gerai pagi ni...selalunya dia makan roti sandwich dengan air coklat panas je pagi-pagi tapi hari ni tekak dia rasa nak makan makanan melayu
Alya hanya diam membisu dari tadi. Jungkook dah lama hairan tetapi dia malas nak tanya
Mereka berdua makan nasi lemak di meja sedikit hujung. Jungkook menarik mask nya ke bawah dagu,dia nak makan! Alya pula menyelak niqabnya sedikit,dia pun nak makan!
Jungkook habis makan dahulu,dia melihat Alya makan
"Awak nak saya hantar awak balik rumah?"
Alya menggeleng. Dia tak pandang Jungkook,dia sibuk makan
"Kalau macam tu awak nak balik macam mana?"
Alya melihat sekeliling sambil mulutnya sibuk mengunyah makanan
Alya menunjuk arah tepi nya...
Jungkook melihat ke arah yang ditunjuk
"Teksi?"
Alya mengangguk. Dia masih sibuk makan😅
"Ada duit ke?"
Alya menggeleng perlahan
"Habistu? Awak nak balik macam mana?"
Alya diam,dia sendiri tak tahu nak balik macam mana
"Apa kata awak call kawan awak suruh ambil awak di kedai Nasi Ayam semalam? Saya hantar awak!"
Alya mengangkat bahunya. Dia memasukkan suapan nasi lemak terakhir ke dalam mulutnya. Kemudian dia menghirup air nescafe ais nya sehingga habis
"Cepatlah call kawan awak..."
Kata Jungkook lembut
Alya diam smbil tengok bawah
"Kenapa tak call lagi?"
Alya diam
"Tak de fon?"
Alya mengangguk perlahan
Jungkook ketawa kecil. Kenapalah wanita di depannya ni tak cakap awal-awal?
Jungkook menghulurkan fonnya...
Alya ambil fon tu...tak sampai seminit dia bagi balik fon Jungkook
"Aik? Cepatnya guna?"
Jungkook membuka fonnya. Dia tersenyum lebar,ada password di fonnya
Jungkook membuka password dan menghulurkan semula kepada Alya
Alya mengambil fon Jungkook. Dia bangun dari meja makan dan pergi ke arah satu pokok yang jauh dari meja makan Jungkook. Dia tak nak Jungkook dengar suara nya
Jungkook membiarkan sahaja Alya. Dia pergi ke kaunter,nak bayar
Alya mendail no fon Aisyah
"Haih nasiblah aku hafal no Aisyah,kalau tidak aku nak call siapa? Ibu? Ayah? Sah diorang berleter dulu sejam"
Pada mulanya dia nak call no dia sendiri,tetapi dia takut nanti Jungkook tahu pula yang dia ni 'Alya'!
Alya: hello? Assalamualaikum?
Aisyah: waalaikumussalam,siapa ni?
Alya: Aisyah,ni aku Alya!
Aisyah: Alya?!! Kau kat mana ni babe? Puas aku cari kau semalam!
Alya ketawa kecil
Alya: kau ambil aku sekarang! Di kedai Nasi Ayam kita lepak semalam!
Aisyah: sekarang ke? Aku tak puas tidur lagi ni...
Alya: sekarang la...aku pun nak balik tidur jugak...
Aisyah: yelah-yelah...
Alya: kau delete tau ni ni lepas aku off!
Aisyah: ha?! Kenapa pulak?!
Alya: nanti aku cerita!
Alya menekan butang merah yang bererti 'end call'
Alya tersenyum sendiri
Alya pusing ke belakang dan...
"Ops,Jungkook!" Alya melatah
Jungkook ketawa
"Ingatkan awak tak kenal saya!!!"
Kata Jungkook lembut
Muka Alya merah,malu!
Jungkook membongkokkan sedikit badannya menghadap Alya. Alya hanyalah separas dadanya
Jungkook memandang anak mata Alya yang berwarna coklat pekat
"By the way,kita pernah jumpa ke sebelum ni?"
Alya menunduk ke bawah dan berjalan ke pintu kereta Jungkook
Alya memegang pintu kereta Jungkook. Tiba-tiba ada satu tangan asing yang memegang tangannya...tidak berlapik,siapa lagi kalau bukan Jungkook!
Alya yang terkejut terus menarik tangannya. Dia mengalihkan badannya ke arah lain. Jungkook pula menarik tangannya ke belakang lehernya. Dia cuma nak bukakan pintu kereta untuk Alya sahaja
Alya masuk ke dalam kereta Jungkook cepat-cepat
###bersambung...###
YOU ARE READING
View Of The Love #J.J.K
ActionDimulakan dengan dompet,disudahi dengan kisah cinta yang mengasyikkan Jungkook nama diberi,Alya si isteri bertatah di hati - "Izinkan abang meluaskan pandangan cinta kita"