10 - Third Wheel

18.6K 1K 28
                                    

Selepas sahaja maghrib , Adelia terus menyibukan dirinya di dalam bilik pakaian mencari pakaian yang sesuai untuk dia keluar malam ini bersama Syariff. Bunyi ketukan di pintu kamarnya membantutkan aktiviti mencari pakaian yang sesuai. Dia berjalan ke pintu utama, sebaik sahaja pintu dibuka , terkejut Adelia melihat Puteri Kasih di hadapan biliknya.

"Kenapa mommy cari Lia sampai ke bilik Lia ?" soal Adelia.

"Vince cakap dengan mommy yang Lia nak keluar malam ni. Dengan siapa ?" soal Puteri Kasih. Dia berjalan masuk ke dalam bilik Adelia menapak untuk duduk di ruang rehat.

"kawan Lia , mom." balas Adelia.

"Perempuan ke lelaki ?" Soal Puteri Kasih lagi.

"lelaki."

"Special ?"

"He is my one and only friend so special I guess.." jawab Adelia, dia rasa bukannya idea yang baik untuk memberitahu perkara sebenar mengenai hubungan dia dan Syariff yang tak sampai sehari pun lagi.

"Then take Hazreeq with you."

"mommy , tu memang tak." balas Adelia. Gila ke nak bawa Hazreeq , habis lah rosak date aku dengan Syariff. Bisik Adelia dalam hati.

"Then Lia kena benarkan bodyguard follow Lia. Mommy risau lah kalau Lia nak keluar without Hazreeq or bodyguard." kata Puteri Kasih dengan risau. Dia akan memujuk sehingga Adelia setuju , dia tak kira janji jiwanya tenang saat pasti yang keselamatan anaknya terjamin.

"Fine , Lia bawa Hazreeq." Putus Adelia.

"Good girl. Macam tu mommy suruh Haz siap-siap." Kata Puteri Kasih. Adelia melepaskan keluhan berat sebaik sahaja Puteri Kasih melangkah keluar dari kamarnya.

"NOOOOOOOOOO"

Sejam kemudian , tiba waktu yang dijanjikan. Adelia melangkah turun ke ruang menunggu istana untuk menunggu Syariff. Hazreeq yang baru sahaja tiba diberinya jelingan maut. "Nak marah pun bukan kat Haz , okay. Marah la mommy , mommy yang paksa Haz." Kata Hazreeq apabila dia perasan Adelia tidak habis-habis menjelingnya.

Vince berjalan mendekati Adelia yang sedang duduk menghadap fon bersama riak wajah masam mencuka. "Tuanku , pengawal keselamatan khabarkan bahawa sahabat tuanku telah tiba." kata Vince. Terus berubah wajah Adelia saat mendengar apa yang diberitahu oleh Vince. Hazreeq menggeleng kepala melihat riak wajah teruja kakaknya , tadi punyalah masam mencuka macam baru lepas kena siram asid, sekarang macam baru lepas kena tuang dengan gula sebaldi sahaja gayanya. Tidak sekali senyuman hilang dari bibir kakaknya.

Pintu utama istana dibuka dari luar oleh pengawal istana. "Tuanku Adelia , sahabat tuanku telah tiba." kata pelayan istana yang bertugas. "Jom." Kata Adelia pada Hazreeq. Mereka melangkah keluar daripada istana , sebuah kereta audi A7 berhenti di hadapan pintu utama istana. Pelayan membukakan pintu kereta untuk Puteri Adelia dan Putera Hazreeq.

Terkejut Syariff saat melihat seorang remaja lelaki yang muda daripadanya masuk ke dalam keretanya. Dia memandang ke arah Adelia dengan riak muka seperti bertanyakan 'siapa yang duduk di seat belakang.'

Adelia menoleh ke arah Syariff untuk menceritakan perkara sebenar tetapi sebaik sahaja dia melihat Syariff terlupa terus apa benda yang hendak dia sampaikan kepada Syariff. Betul ke ni Syariff yang dia kenal selama ni ? Kenapa handsome sangat ? Mana cermin mata tebal dia ?

"Adelia ?" panggil Syariff.

"Syariff , macam mana selama ni aku tak perasan kau hensem gila ?" soal Adelia kepada Syariff. Syariff tergelak kecil mendengar soalan Adelia. Terlupa seketika persoalan yang bermain di mindanya. Hazreeq yang mendengar soalan kakaknya merasakan tekaknya kembang. Ada juga yang termuntah dekat belakang ni.

"Kak , jangan buat- buat lupa pula kewujudan Haz dekat sini." tegur Hazreeq dengan riak wajah menyampah.

Adelia terus melepaskan keluhan berat. "Syariff , sorry. My mom paksa bawa budak bawah umur ni." kata Adelia kepada Syariff sebaik sedar dari lamunannya.

"Cakap orang bawah umur , dia pun sama." Sapuk Hazreeq.

"It's okay. Bagus lah ada adik kau. Boleh elakkan makhluk ketiga menyelit antara kita." kata Syariff.

"Apasal aku rasa aku lah makhluk ketiga tu ? Ya Allah apalah nasib aku sampai terpaksa jadi third wheel dekat sini ?" keluh Hazreeq.

Syariff memandang ke arah Hazreeq yang duduk di belakang. Patutlah dia terniat nak bawa kereta ni daripada kereta couple seat. Kalau tak memang bonetlah tempat Putera ni.

Syariff memandu keretanya keluar dari kawasan istana. Dia perasan yang mata Adelia langsung tidak lari dari memandangnya. "Kau dah kenapa tenung aku ?" soal Syariff.

" Kau kata kau tak pakai contact lense , so mana spek tebal kau ? ke kau buat laser ??" soal Adelia.

"Aku tak rabun lah tapi saja pakai spek tebal tu." Terang Syariff.

"tapi kenapa ? kau tahu tak spek tebal kau tu buatkan kekacakan kau hilang." Kata Adelia.

Syariff melepaskan ketawa kecil mendengar pujian Adelia yang daripada tadi tidak berhenti memujinya. "Aku tahu tapi aku selesa macam tu , sekurang-kurangnya aku tak kena kejar dengan perempuan." Terang Syariff.

"sekarang ni tinggal nak ubah fesyen pemakaian kau je." Kata Adelia pada Syariff. Syariff hanya mengangguk. Keretanya laju sahaja membelah highway. Mereka tiba di MAX , salah sebuah shopping complex. Adelia mengajak Syariff masuk ke dalam butik beberapa jenama yang popular di kalangan remaja seperti mereka. Hazreeq yang turut serta menjadi rambang mata melihat pakaian-pakaian yang dipamerkan.

"Kak Lia , pilihkan Haz baju please." pinta Hazreeq kepada Adelia. Adelia menoleh ke arah Hazreeq yang teruja. "Haz kan pandai pilih baju sendiri , Haz pilih sendiri , okay. Kak Lia nak uruskan kawan Kak Lia." tolak Adelia. Terus berubah masam riak wajah Hazreeq.

"Tapi ada masa kak Lia pilihkan baju untuk Haz kan ?" kata Hazreeq dengan nada merajuk.

"Tuanku Adelia." Tidak jauh dari mereka berdua seseorang berdiri di hadapan pintu bilik persalinan memanggil Adelia. Hazreeq merenung tajam lelaki yang berjaya mencuri perhatian kakaknya.

"okay tak ?" soal Syariff apabila Adelia tiba di hadapannya. "Kau pakai apa pun masuk , nerd."

"terima kasih atas pujian tuanku." ucap Syariff.

"Kau suka tak baju ni ? If kau tak suka , kita boleh pilih yang lain." cadang Adelia.

"Aku suka apa pun baju yang kau bagi ke aku." kata Syariff.

Tergelak Adelia mendengar kata-kata Syariff. Tidak jauh daripada mereka berdua , seseorang memerhati dengan perasaan geli-gelama. Menyesal. Itu yang mampu dia ungkapkan sekarang gara-gara mengikut pasangan sejoli itu. Demi mommy tersayang , hadap jelah Haz. Bisiknya dalam hati.










×××

Do vote & komen ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now