45 - First Kiss

18.1K 916 37
                                    

+malu gila aku kat Ira Adelia tu , dia anak raja tapi gaya dia sempoi je tak over cam sesetengah orang.

+bagusnya Ira Adelia , dah lah puteri diraja Lusia pastu cantik and humble lagi.

+macam tak percaya Ira Adelia dah kahwin ! Sumpah aku terkejut gila bila Malissa and Saleha share kat ig fasal Adelia.

+nak panggil Ira Adelia apa lepas ni ? Ira Adelia lagi ke Adelia Humaira ke or Puteri Adelia ???

+aku dengar laki dia bukan kerabat diraja. Humble gile puteri Lusia ni , kahwin dengan orang biasa je.

+ada tak puteri yang nak jatuh cinta dengan rakyat biasa macam Adelia ?

+majlis perkahwinan dia penuh dengan adat melayu. Tak lain tak bukan memang  puteri diraja Lusia. Siapa tak kenal , keluarga diraja yang begitu sanjung adat-adat melayu ni.

+maknanya , malam hari keluarga diraja Lusia sampai kat Malaysia tu , Ira Adelia bukan wakil diraja tapi dia jemput ahli keluarga dia lahkan ?

+tetiba aku rasa nak jadi Fariz. Untung lah Fariz , se geng dengan Ira Adelia , Saleha dan Malissa.

+best lah Fariz , dah lah memang sebelum ni aku jeles sebab dia dapat berjumpa dengan keluarga diraja , lepastu segeng pula dengan tiga artis Malaysia yang paling cun , sekarang ni dapat tahu yang Adelia tu anak raja lagi lah aku jeles.

+boleh tak aku nak jadi Fariz.

Wajah Fariz sudah berubah masam saat dia terus menerus skrol ke bawah untuk baca komen netizen. Ni dah kenapa ramai kata nak jadi dia ni ? Apa tak ada sesiapa nak jeles dengan Malissa or Saleha ke ?

"Netizen ni memilih lah ! Benci aku !!" marah Fariz.

Malissa membaca beberapa komen yang dimaksudkan oleh Fariz. Tergelak kecil dia melihat reaksi Fariz.

"Kalau aku pun akan pilih tu jadi kau , setakat jumpa artis like kau , tak ada feel wey." kutuk Saleha.

'ZZUP' ke hati duh ! Fariz menjeling tajam ke arah Saleha. Bunyi tepukan orang sekeliling mengalihkan perhatiannya kepada pasangan pengantin baru.

Kedua-dua mereka kelihatan gembira saat memotong kek perkahwinan mereka. Tetamu yang hadir bagaikan terpukau melihat kegembiraan pasangan mempelai itu.

Adelia tersenyum manis melihat Syariff di sisinya. Syariff mengucup lembut ubun-ubun isterinya yang baru sahaja dinikahinya semalam.

Adelia mencubit kecil potongan kek untuk disuapkan kepada Syariff. Syariff juga turut membuat perkara yang sama.

"Can't believe that we are actually married." bisik Syariff lembut.

Adelia tersenyum kecil. Dia menggengam erat tangan Syariff bagaikan tidak mahu lepas begitu juga dengan Syariff.

Majlis kemudian diteruskan sehingga petang. Sebaik sahaja tamat majlis , Adelia sudah tergesa-gesa hendak bersiap.

Syariff yang baru sahaja masuk ke dalam bilik pengantin terkejut melihat Adelia yang sudah lengkap berpakaian casual untuk keluar.

"Nak pergi mana ?" soal Syariff.

"Kawan-kawan saya dah nak balik. Saya ingat nak hantar mereka ke airport." kata Adelia.

Syariff hanya diam.

"Saya nak keluar boleh tak awak ?" pinta Adelia.

"Saya ikut."

"Alright , saya tunggu awak dekat bawah." sebaik sahaja menghabiskan ayatnya , Adelia terus melangkah keluar dari bilik perkahwinan mereka.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now