71 - Tariff sayang babah !

14K 867 29
                                    

Syariff yang sedang leka menyelak surat khabar terkejut apabila pintu wadnya dibuka secara tiba-tiba. Langsung tiada ketukan.

Apa yang lebih memeranjatkannnya bila seorang budak lelaki datang berlari memanjat katilnya dan memeluk lehernya.

"Babah !"

"Tariff rindu babah !"

Terkejut Syariff mendengar kata-kata budak ini. Belum sempat Syariff bersuara , Tariff terlebih dahulu mencium pipi Syariff berkali-kali. Naik rimas Syariff dibuatnya. Syariff menahan kepala Tariff dari menciumnya , jari terlunjuknya menolak kepala Tariff.

Wajah si kecil di hadapannya dipandang dengan seribu satu tanda tanya. "Babah ni dah kenapa pandang Tariff macam tu !?" soal Tariff.

"So budak kecil , kau lah Tariff ?" soal Syariff.

"Yelah , Tariff. Takkan babah tak ingat Tariff ? Hero comel babah ni. Sebabkan dah setahun babah tido. Tariff bagi can babah cubit pipi Tariff." nak tergelak Syariff mendengarnya.

"Babah ?" soal Syariff.

"Yelah , babah. Tariff rindu babah tapi mamma tak bagi datang jumpa babah so—"

"Tariff panjat tembok istana ?" teka Syariff terlebih dahulu.

"Babah jangan bagitahu mamma tau yang Tariff datang sini sendiri." kata Tariff bersama sengihannya.

Syariff tersenyum kecil ke arah Tariff. Kepala Tariff diusapnya lembut. Sampai hati Adelia buat anak mereka macam ni. Dia pasti Tariff anak mereka , sekali pandang sahaja dia boleh rasakan perasaan itu.

"Tariff naik apa datang sini ?"

"Tariff naik bas. Babah , Tariff ada kuih untuk babah !" kata Tariff dengan ceria , dia mengeluarkan kuihnya daripada beg galasnya. "Nah." hulu Tariff.

"Thank you , Tariff." ucap Syariff. Tersentuh dia melihat kesanggupan Tariff datang ke hospital untuk berjumpa dengannya. Melihat Syariff yang menyandar di kepala katil , Tariff terus mengubah posisinya dengan duduk bersandar di dada Syariff.

"Babah , kan babah dah sihat. Lepas ni kita balik Malaysia kita keluar berdua tau. Macam babah janjikan masa birthday Tariff haritu." kata Tariff dengan bersahaja.

Syariff diam buat seketika. Dia langsung tak ingat janji mereka walaupun dia cuba untuk ingat.

"Birthday Tariff ?"

"Yelah , babah kan dah janji masa dalam call nak bawa Tariff keluar jalan." kata Tariff dengan bersungguh-sungguh.

Syariff pening mendengar kata-kata Tariff ,tadi kata dia berjanji masa birthday Tariff. Kali kedua , Tariff kata dia berjanji dalam call. Kenapa dalam call ?

"Tariff , masa birthday Tariff babah tak balik ke ?" soal Syariff.

"Tak , tapi babah akan balik esok but masa call tu ada emergency berlaku dekat lab babah." terang Tariff.

Syariff menarik Tariff agar duduk menghadapnya.

"Babah ada lab ?"

"Ada. Dekat pulau khazanah. Babah lupa ke ?" soal Tariff dengan risau.

"Ha'a babah terlupa sikit." balas Syariff bersama senyuman kecil.

Tariff diam. Dia memandang Syariff tanpa langsung bersuara membuatkan Syariff rasa serba salah.

"Babah tak ingat Tariff." kata Tariff dengan wajah yang tidak beremosi. Mukanya yang tadi tersenyum ceria kini berwajah kaku.

Syariff terkedu mendengar kata-kata Tariff. "Tariff , babah—"

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now