Adelia merenung lama buku latihan matematiknya. Vince yang berdiri tidak jauh daripada Adelia melepaskan ketawa kecil melihat gelagat sang puteri. "Tuanku , tuanku nak patik panggilkan guru matematik tuanku ke marikah ?" soal Vince.
"Tak perlu." balas Adelia.
Dia melepaskan keluhan berat. Hampir dua jam dia menghadap soalan-soalan matematik , hanya beberapa soalan sahaja dia dapat jawab dengan sendirinya. Kan best kalau pandai macam Syariff.
"Ha ! Syariff !!" kata Adelia dengan teruja. Dia terus mencapai telefonnya. Di sekolah apabila tiba waktu mentor-mentee , dia memang selalu belajar dengan Syariff memandangkan Syariff mentornya. Apa salahnya diluar waktu sekolah dia meminta Syariff untuk mengajarnya.
"Vince kalau saya belajar di luar boleh tak ? Saya dah bosan belajar dalam bilik saya." kata Adelia.
"Tuanku nak belajar di mana ? Di bilik bacaan ? Perpustaakan istana ? Taman istana ? Dew-"
"Luar istana." sapuk Adelia. Dia terus menghubungi Syariff. Baru sahaja Vince hendak menyapuk terus terbantut niatnya.
"Hello , nerd !" tegur Adelia.
"Ada apa tuanku." sahut Syariff. "Rindu ke ?" soal Syariff lagi.
"50 - 50." balas Adelia.
"Yelah , aku seorang je yang rindu." kata Syariff dengan nada merajuk. Tergelak Adelia dibuatnya. "Hey , tu pun nak merajuk ke. Mestilah aku rindu." kata Adelia.
"Kenapa call ?" soal Syariff.
"Ajarkan aku matematik." pinta Adelia.
"Aku kena ke istana lah ni ?" soal Syariff. Dia bukan tak suka cuma yelah , bila dekat istana tu banyak mata yang memandang maka dari bahasa hingga ke perangai kena jaga.
"Tak tak tak.. Aku pergi rumah kau." kata Adelia.
"Rumah aku ?"
"Kenapa tak boleh ke ?" soal Adelia.
"Siapa kata tak boleh cuma saja nak kepastian. Betul ni ?" soal Syariff dengan teruja.
"Ya , betul. Aku nak ke rumah kau." ulang Adelia.
"Alright , pukul berapa ? Sekarang ?" soal Syariff.
"Sekarang." balas Adelia.
"Baiklah tuanku , patik nak mengemas. Dah sampai call. Bye." kata Syariff.
"Bye." balas Adelia. Panggilan terus ditamatkan.
"Jom." ajak Adelia pada Vince. Dia mengemas buku-buku yang hendak dibawanya.
"Kemana , tuanku ?" soal Vince.
"Rumah Laksamana Amar Bakti." jawab Adelia.
"Baiklah tuanku. Patik pinta diri dahulu." pinta Vince. Dia segera melangkah keluar dari kamar Puteri Adelia untuk khabarkan kepada pelayan dan pemandu istana akan kebarangkatan Puteri Adelia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Pelik Syariff melihat orang gaji keluarganya yang tiba-tiba sahaja semua bersungguh-sungguh mengemas rumah.
Tidak lama selepas itu , abahnya juga tiba di rumah. Boleh dikatakan semua ahli keluarganya ada di rumah. Rasanya tadi hanya dia dan mamanya sahaja di rumah.
"Abah dah kenapa balik awal ? Kata tadi pergi kelab kuda ?" soal Syariff pada Laksama Amar.
"Kundang diraja call abah. Katanya Puteri Adelia akan datang ke rumah kita." kata Laksama Amar.
Syariff menepuk dahinya tanpa sedar. "Bah , Puteri Adelia tu dah bagitahu Syariff dah fasal dia nak datang sini. Syariff yang izinkan dia datang. Kami berdua nak belajar sama-sama." terang Syariff.
YOU ARE READING
Adelia Humaira
RomanceAdelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seorang puteri memang tidak kena dengannya ! Tapi jadi puteri tak semestinya dia tak boleh jadi dirinya y...