Baiduri menoleh ke arah pasangan yang sedang elok duduk berdua sahaja di bawah khemah. Barisan crew bagaikan sengaja memberi ruang kepada pasangan itu.
"High class betul." kata Baiduri dengan penuh cemburu.
Dia mendekati khemah pasangan itu. Terkejut juga Adelia saat kelibat Baiduri menghampiri mereka.
"Hi , Adel.. Erh ? Hai awak. Kita jumpa lagi." tegur Baiduri dengan nada ceria. Adelia tanpa sedar mengukirkan senyuman sinis. Apa benda lagi si ular ni nak buat ?
Syariff agak terkejut melihat perempuan yang dia jumpa tadi menegurnya dengan baik. Baru sahaja dia hendak buka mulut , Baiduri terlebih dahulu membuka mulut.
"Terima kasih selamatkan saya tadi. Kalau awak tak ada tadi saya tak tahu la apa yang akan jadi dekat saya." kata Baiduri.
"Bila masa pula ak—" laju sahaja Syariff membalas tapi laju lagi Baiduri menyampuk.
"Awak jangan lah macam tu. Saya betul-betul maksudkan terima kasih." kata Baiduri. Dia dengan sangaja mengusap lembut bahu Syariff. Mencerlung biji mata Adelia.
"Kenapa ni !?" soal Adelia. Dia terlebih dahulu menipis tangan Baiduri di bahu Syariff.
"Entah , saya pun lost." jujur Syariff.
"Tak , tadi abang Adel tolong saya masa saya pengsan. Tak sangka baik betul abang awak Adel." sempat juga Baiduri melirikkan pandangan menggoda kepada Syariff.
Walaupun dia tahu Syariff tu suami Adelia tapi apasalahnya berlakon tak tahu.
"WAIT !" pekik Adelia dengan bengang. Dia memandang ke arah Syariff dan Baiduri silih berganti. Wajah Syariff yang tak faham dan wajah Baiduri yang penuh menggoda.
"Kau tahu tak , if kau buli aku , aku boleh sabar lagi tapi kau buli dan cuba ngurat laki aku , jangan harap aku biarkan !" kata Adelia dengan bengang.
"Vince." panggil Adelia.
"Ya , Tuanku." sahut Vince.
"Vince , apa kesalahan disrespectful toward royal family ?" soal Adelia dengan serius.
"Huh !?" Baiduri tergelak sinis mendengar kata-kata Adelia. "Setakat berdarah diraja like tengku and nik tu kau tak payah nak kecoh lebih lah !" balas Baiduri dengan berani.
"Kau cabar aku ?" soal Adelia dengan geram.
Syariff tergamam dalam masa bahagia. Mana tak bahagia bila isteri protect bagai nak gila. Rasa disayangi.
Syariff memeluk erat bahu Adelia.
"Aku tak faham satu apa pun yang kau cakap tadi. Fasal aku selamat kan kau ? Aku tak ingat langsung aku selamatkan kau selain aku ingat aku selamatkan perempuan sebelah kau tu dari kena lempang dengan kau." perempuan yang Syariff maksudkan adalah Aida , yang sentiasa mengikut je di belakang Baiduri.
"Kau pengsan ? Aku tak ingat langsung kau pengsan tapi apa yang aku ingat , kau buat-buat pengsan bila aku dah selamatkan dia daripada kena lempang." cerita Syariff satu persatu.
Semua yang berada di set pengambaran dengar dengan jelas setiap apa yang disampaikan oleh Syariff.
"Kenapa kau pengsan erh lepas aku selamatkan dia ? Kau takut aku bagitahu orang lain perangai sebenar kau ? Tapi nak buat macam mana erh ? Aku rasa semua orang dah dengar dah sekarang." kata Syariff dengan selamba.
Kini semua hanya mampu memandang ke arah Baiduri dengan muka tidak percaya.
Puas hati Adelia melihat Baiduri yang sudah terdiam kaku. Dah macam patung cendana dah aku tengok !
YOU ARE READING
Adelia Humaira
RomanceAdelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seorang puteri memang tidak kena dengannya ! Tapi jadi puteri tak semestinya dia tak boleh jadi dirinya y...