Berita mengenai Zeera dan suaminya dihukum penjara selama 6 tahun di Lusia berserta denda $30 000 menggemparkan rakyat Malaysia. Selain itu tular di laman sosial voice record di mana Zeera menghina keluarga diraja Lusia.
'Artis paling bodoh jatuh kepada Zeera.'
'Baiduri dan Zeera , elok lah tu dumb and dumber malaysia. Dua2 bodoh tapi bodoh Zeera ni tak boleh bawak bincang laa..'
'Dasar bimbo !! Suami dia pun sama bodoh siut !'
'Seram duh cari pasal dengan keluarga raja , orang bodoh je berani cari psal.'
Dan netizen terus terusan mengutuk Zeera di internet. Masing-masing rasa Zeera lah pelakon paling bodoh di abad ini.
Syariff tersenyum puas saat lawyer mengkhabarkan kepadanya yang Zeera tidak akan terlepas daripada Lusia. Kes ini menjadi kes besar memandangkan melibatkan dua negara. Pihak Malaysia ingin membawa kes ini ke Malaysia tetapi Syariff yang menjangka akan perihal ini awal-awal lagi sudah pesan pada lawyernya yang dia nak kes ini start di Lusia dan tamat di Lusia. Kalau bawa ke Malaysia , setakat dua tiga tahun jelah laki bini tu meringkuk dalam penjara lepas dah hina anak dia.
"Seronok nampak ?" Tegur Adelia apabila dia melangkah masuk ke bilik kerja Syariff.
Adelia mendekati Syariff , melihat Adelia mendekatinya , dia menarik Adelia agar duduk di atas ribanya.
"Sayang , jom kita honeymoon nak ?" Cadang Syariff.
"Honeymoon ? Nak ke mana ?" Soal Adelia. Tangannya melilit di leher Syariff.
"Kita pergi Switzerland nak tak ?" Ajak Syariff.
"Ermm bila ? Dalam masa terdekat ni memang tak boleh. Bulan 11 , 12 boleh lah.." Kata Adelia.
"Bila-bila sayang free.. Dah lama kan kita tak jalan berdua. Rindu lah nak spend time dengan sayang jer." Kata Syariff. Dia mencium sekilas bibir Adelia. Tergelak Adelia mendangar kata-kata Syariff.
"Ni tak kira spend time berdua ke ?" Soal Adelia.
"Sayang , kita spend time berdua tak lama pun if kat rumah ni.. Baru nak berdua nanti si ke—"
'TUKK TUKK TUKK'
ketukan di muka pintu mengejutkan mereka berdua.
"Nampak si kenit tu dah datang." Kata Syariff. Adelia tergelak kecil melihat muka masam Syariff. Dia memeluk sekejap leher Syariff dan mencium bibir Syariff sebelum dia bangun dari riba Syariff untuk membukakan pintu kepada Tariff.
"Tariff.." Panggil Adelia apabila pintu dibuka.
"Mamma , malam ni Tariff nak tidur dengan mamma dan babah boleh ?" Soal Tariff.
Syariff yang dengar dari tempat duduknya sudah melepaskan keluhan berat. Lagi sekali anak dia jadi tukang kacau daun. Dia bangun dari duduknya untuk mendapatkan mereka berdua.
"Tariff , sejak bila ni tidur nak babah and mamma teman ?" Tegur Syariff.
"Alah babah , boleh la.. Bilik babah and mamma best ! Bilik Tariff tak best." Kata Tariff.
"Apa yang tak bestnya ?" Soal Tariff.
"Katil Tariff sempit."
"Tapi katil babah pun lagi sempit dengan Tariffnya kat tengah." Balas Syariff.
Tariff memandang Syariff dengan muka tak puas hati. "Babah ni , ingat Tariff tak tahu ke babah jealous ? Eee... Dengan anak sendiri pun nak jealous !" Ejek Tariff.
Terbeliak besar mata Syariff , dia memandang ke arah Tariff dengan muka tak percaya. Baru dia nak menggeletek tubuh anaknya , Tariff melompat ke arah Adelia.
YOU ARE READING
Adelia Humaira
RomanceAdelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seorang puteri memang tidak kena dengannya ! Tapi jadi puteri tak semestinya dia tak boleh jadi dirinya y...