69 - Devil

12.7K 734 20
                                    

Masuk hari ini sudah tiga hari Syariff sedar tetapi Tariff masih lagi tidak dibenarkan ke hospital. Ahli keluarga yang lain ada juga nasihatkan Adelia untuk bawa Tariff ke hospital dan mereka rasakan yang Syariff perlu tahu mengenai Tariff tetapi jawapan Adelia tetap sama. Syariff belum bersedia.

Tiga hari itu juga , masa yang Adelia luangkan di istana sekejap sahaja kerana banyak dihabiskan di hospital.

Tariff dalam diam mula terasa hati dengan Adelia. Hampir setiap hari dia ternanti-nantikan Adelia untuk balik malam itu tetapi bayang Adelia langsung tidak kelihatan. Kenapa mamma selalu cakap babah tak sedia lagi ? Babah sakit apa ?

Masuk hari ke-empat Tariff nekad , apa pun berlaku hari ini dia akan berjumpa dan lihat sendiri keadaan babah.

Pada pagi itu , selepas bersarapan. Suasana di istana sepi seperti biasa. Semua orang dalam istana sedang sibuk membuat kerja mereka dan sebentar sahaja lagi Loki turut akan sibuk.

Tariff yang sedang duduk di hujung katil melihat Loki yang sibuk menguruskan jadual hariannya untuk hari ini. "Tuan muda , hari ini tuan muda ada kelas violin dan juga kelas etika diri."  lapor Loki sambil melihat tab di tangannya.

"Cancel , saya tak nak pergi." arah Tariff.

"Tuan muda , ini arahan Puteri Adelia." balas Loki dengan tegas. Tariff merenung dengan malas ke arah Loki.

Dia melepaskan keluhan kecil.

"Saya takkan pergi."

"Tuan muda—"

"Loki." Tariff membalas pelayannya dengan sepatah. Walaupun sepatah tetapi besar maknanya.

"Atas alasan apa tuan muda tidak mahu hadir ke kelas ?" soal Loki apabila Tariff masih berkeras tidak mahu ke kelasnya.

"Saya tak ada mood. Buku kegemaran saya hilang." terang Tariff. Terjongket kening Loki mendengar alasan Tariff ? Siapa sangka hanya kerana buku kegemaran tuan muda hilang dia boleh sampai hilang mood ?

Loki ingatkan Tariff berbeza dengan kanak-kanak lain tapi nampaknya dia silap. Selama ini dia sangkakan hanya di hadapan kedua-dua ibu bapa Tariff sahaja yang tuan mudanya akan berperangai seperti kanak-kanak seusia dia tapi akhirnya hari ini di hadapannya , Tariff bersikap seperti kanak-kanak lain.

Tariff perasaan akan perubahan pada Loki. "Kamu dah kenapa ?" soal Tariff dengan serius.

"Tuan muda , jangan risau saya akan cari  buku baru yang sama seperti buku kegemaran tuan muda." kata Loki dengan bersemangat , mana taknya tuan muda yang dijaganya sejak mula bertatih bersikap keanakan di hadapan dia. Patut ke dia rekod hari ini di dalam diary-nya ?

"Saya tak nak buku baru. Saya nak buku saya yang itu. Kamu jangan berani nak beli baru." kata Tariff dengan serius.

"Jangan risau , saya akan arahkan kesemua kundang dan pelayan untuk mencari—"

Tariff tersenyum sinis mendengar kata-kata Loki. Cepat-cepat dia mengawal riak wajahnya. "Saya nak kamu seorang sahaja yang cari. Tidak perlu nak kerahkan semua orang untuk cari." potong Tariff.

Terkejut Loki mendengar kata-kata Tariff. "Tuan muda , tugas saya adalah sentiasa berada di sisi tuan muda." balas Loki.

"Selagi kamu tak jumpa buku saya , selagi tu jangan masuk langsung ke dalam bilik saya. Jangan jumpa saya langsung sampai kamu jumpa buku tu." kata Tariff bersama renungan tajam.

"Baik tuan muda."

Loki yang baru sahaja hendak melangkah keluar menoleh ke arah Tariff. "Apa lagi ?" soal Tariff.

"Tuan muda , tuan muda ingat tak kali terakhir tuan muda pegang buku itu di mana ?" soal Loki.

Tariff menggosok-gosok dagunya sambil memandang kiri dan kanan. Selepas seketika dia memandang tepat ke arah Loki bersama senyuman lebar. Melihat senyuman si kecil itu membuatkan Loki naik seram , nampak sahaja senyuman comel yang mampu mencairkan hati semua orang tapi Loki kenal senyuman itu. Senyuman yang sentiasa membawa dirinya kepada satu hari yang penuh dengan kesengsaraan. "Tuan muda ?" tegur Loki dengan teragak-agak. Rasa nak lari je sekarang.

"Saya tak ingat pula. Mungkin di taman bunga ? Ke di perpustakaan ? Ruang permaisuri ? Ke di sekolah ? Padang sekolah ? Tak ingatlah pula kali terakhir di mana... Ke di Malaysia ?" soal Tariff , dia memandang ke arah Loki dengan muka terkejut.

"Malaysia mungkin ! Nampaknya kamu akan perlu terbang ke Malaysia untuk mencari buku saya. Loki , jangan berani tipu saya dengan mengarahkan orang lain buat kerja kamu. Mata-mata saya ada untuk perhatikan kamu." kata Tariff bersama senyuman.

Loki tanpa sedar tergelak kecil , dia memandang ke arah Tariff bersama senyuman lebar. "Baik , Tuan Muda Tariff." kata Loki sebelum dia melangkah keluar dari bilik Tariff.

Tutup sahaja pintu bilik Tariff , Loki ketawa panjang dia hanya mampu menangis di dalam hati. Menyesal dia puji dan terharu yang Tariff berperangai seperti kanak-kanak lain. Sepanjang Tariff mengarah dia , langsung tiada rupa seorang budak kecil mengarah !

"Siapa seru devil ha !?" soal Loki dengan bengang pada pengawal yang mengawal bilik Tariff. Pengawal yang bertugas memandang pelik ke arah Loki yang tiba-tiba berubah personaliti.

Loki menarik nafas panjang , hari ini nampaknya akan jadi satu hari yang sangat panjang. Di hadapan bilik Tariff juga dia segera membatalkan segala kelas yang Tariff ada pada hari ini.

Dia memandang ke arah dua pengawal yang bertugas. "Awasi bilik tuan muda dengan ketat. Hari ini , saya ada urusan yang hendak diuruskan jadi saya tidak akan ada di sisi tuan muda. Ikut dia kemana sahaja dia pergi." arah Loki.

"Baik , tuan." balas kedua-dua pengawal yang bertugas. Loki mula meninggalkan bilik Tariff bersama keluhan panjang.

Tanpa Loki sedar , Tariff sudah bersedia untuk keluar secara sembunyi daripada istana.

Tariff tersenyum senang setelah pasti yang Loki tidak akan sesekali masuk ke dalam bilik dia. "Saya minta maaf , Loki." bisik Tariff. Dia sedar , kehilangan dia di istana pasti akan membuatkan satu istana mencari Loki.

Harap nenda tak mengamuk. Amin.











×××
Hahahaha habislah Loki

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now