Tariff melihat ke bawah dari tingkap biliknya. Tinggi tak payah cakaplah , tingkat biliknya adalah tingkat tiga tetapi biliknya menghadap kawasan pagar sesat jadi tidak akan ada sesiapa nampak dia turun daripada tingkap.
Kain yang diikat satu persatu agar menjadi panjang dicampak hujungnya keluar. Melihat hujung kain mencecah padang taman kecil yang menghadap biliknya membuat Tariff yakin untuk turun. Ikatan satu lagi diikat pada tiang katil konopinya.
Dengan berani dia turun perlahan-lahan sehingga kaki kecilnya mencecah padang. Tersenyum lebar Tariff saat dia berjaya keluar dari biliknya. Dengan beg galas di belakangnya , dia berlari ke arah padang sesat di hadapan taman kecil itu.
Tiba di jalan mati , dia menolak pagar sesat itu dan jalan sedikit ke hadapan , dia jumpa tembok yang memisahkan istana dan luar. Tariff terjumpa pintu rahsia di padang pagar sesat dan berjaya tiba di tembok istana ini adalah secara tak sengaja tapi siapa sangka hari ini dia akan panjat tembok tinggi ini.
Tariff cuba memanjat buat beberapa kali sehingga akhirnya dia berjaya duduk atas tembok itu. "Tak sangka aku ada skill memanjat." kata Tariff dengan bangga.
Turun sahaja daripada tembok istana , Tariff tahu keselamatan dia tidak terjamin dalam keadaan dia seorang diri jadi untuk tidak merisaukan mammanya , dia akan naik pengangkutam awam buat pertama kali.
Buat pertama kalinya juga , dia berjalan ditepi-tepi bangunan kedai. Sesekali matanya memandang ke arah kuih-muih dan makanan yang dijual di waktu pagi. Nampak sedap je.
"Berapa satu ?" soal Tariff pada perniaga kuih. "Empat , 1 $." kata perniaga itu. Ketika dia memandang hadapan gerai untuk melihat pelanggan dia , dia terkejut ! Mana datang suara tadi ?
"Bagi saya 1 $" pinta Tariff. Perniaga itu terus memandang ke bawah. "Baik ya dik." balas Perniaga itu.
Tariff tersenyum saat dia berjaya membeli kuih dengan sendiri. Dia kemudiannya sambung berjalan untuk ke pondok bas tetapi tanpa sengaja , seseorang telah terlanggar dia membuatkan kuih yang dipegangnya jatuh dan terkeluar dari plastik.
"Sorry." ucap lelaki yang terlanggarnya sebelum berlalu pergi. Tariff memandang kosong kuih yang baru sahaja jatuh.
Dia baru ingat nak bawa ke babah sikit. Melihat Tariff merenung kuihnya , salah seorang remaja di situ mula menegur Tariff.
"Kenapa ni dik ?" soal remaja lelaki itu. Tariff tidak membalas , dia mula bangun dan terus berjalan tanpa pedulikan teguran lelaki tadi.
"Dik , tunggu sekejap." arah remaja lelaki itu. Baru sahaja Tariff nak bersuara , lelaki itu sudah menghilang. Buat pertama kalinya Tariff mendengar arahan daripada orang luar. Arahan Loki pun dia tak dengar ni kan arahan budak remaja mana. Loki tahu mahu dia jeles sampai ke sudah dengan budak lelaki itu.
Tergelak kecil Tariff dalam hati apabila dia teringat akan Loki."Dik !" Tariff menoleh ke arah suara itu. Remaja lelaki itu kembali dengan plastik merah di tangannya. "Nah. Abang belanja kuih yang sama macam kuih adik tadi. Jangan sedih-sedih." kata remaja lelaki itu sebelum menyerahkan plastik kuih kepada Tariff.
Teragak-agak Tariff hendak mengambil kuih daripada remaja lelaki itu. "Jangan risau , abang beli dari kedai yang adik beli tu." kata remaja lelaki itu lagi. Dia menunjuk ke arah kedai tadi , kemudian dia bertukar lambaian dengan perniaga tadi.
"Terima kasih." ucap Tariff.
"Sama-sama. Adik nak pergi mana ni sorang-sorang ?" soal remaja lelaki itu dengan ramah.
"Hospital."
"Naik apa ?"
" Naik bas." jawab Tariff.
"Hati-hati berjalan." nasihat remaja lelaki itu sebelum mereka berpisah.
Tariff menyambung perjalanannya sehingga dia tiba di sebuah pondok bas. Ketika menantikan bas yang menuju ke kawasan hospital militari Lusia , Tariff meriba dan memeluk erat beg galasnya. Boleh lihat ada orang awam yang terpegun melihat kecomelan Tariff.
"Adik , adik ni sorang je ke ?" soal seorang makcik yang daripada tadi perhatikan Tariff. Dia tak nampak pula mak kepada budak kecil ini.
Tariff tidak membalas.
"Adik , adik hilang ke ? Nak makcik bawa ke balai polis ?" soal makcik itu. Apabila sedar yang niat makcik itu menegurnya kerana risau akan dirinya , Tariff tersenyum kecil kepada makcik itu.
"Tak perlu , makcik. Saya tahu ke mana saya nak pergi." balas Tariff.
"Adik nak ke mana ?"
"Hospital."
"Hospital ? Sama lah , makcik pun nak pergi hospital untuk check darah." kata makcik itu dengan ramah.
"Hospital mana makcik pergi ?" soal Tariff. Manalah tahu sama , boleh lah dia ikut je makcik ni.
"Hospital militari Lusia." balas makcik itu.
Terkejut Tariff. Dia memandang ke arah makcik itu dengan muka tak percaya. "Samalah." balas Tariff.
"Macam tu , kita naik bas sekali lah. Dah turun pun sekali." kata makcik itu dengan teruja.
"Okay."
Ketika masuk sahaja dalam bas , makcik itu tidak lah bertanya lebih mengenai dia. Tiba sahaja di hospital , Tariff terlebih dahulu meminta diri.
"Saya pergi dulu tau , makcik." kata Tariff.
"Ha , jaga diri."
"Terima kasih makcik." ucap Tariff lagi.
"Sama-sama." balas makcik itu dengan ramah. Wanita itu melihat bayang Tariff yang semakin jauh. Melihat dia ralit tengok Tariff , salah seorang doktor daripada sekumpulan doktor menegur wanita itu.
"Sri (Dato) Amuna." Wanita itu menoleh ke arah si pemanggil. Dia tersenyum ke arah doktor-doktor yang berada di hadapannya.
"Sri (dato) datang ke hospital secara sendiri lagi ? Sri tak boleh macam ni , Sri kena rehat." tegur salah seorang doktor berpangkat tinggi di hospital itu.
"Setakat duduk di dalam bas tak ada memenatkan langsung. Saya happy dengan cara saya." balas wanita itu bersama senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.
"Doktor nampak tak adik kecil tadi ?" soal wanita itu.
"Kenapa dengan budak tu Sri ?" balas doktor itu.
"Baik dan sopan santun budaknya. Melihat dia datang sendiri ke hospital , mungkin keluarganya orang susah. Sediakan doktor yang terbaik untuk keluarga adik kecil itu. Segala kos letak di bawah nama hospital ." arah Sri Amuna.
"Baiklah Sri." balas doktor itu dengan penuh hormat. Siapa dia nak katakan tidak. Hospital militari ini adalah hak milik wanita di hadapannya , Sri Amuna Ahmad , pengarah hospital militari Lusia. Sebelum menjadi pengarah , dia seorang doktor tentera terbaik di Lusia. Sekarang , anak lelaki Sri Amuna mengikut jejak langkahnya menjadi doktor tentera terbaik di Lusia.
Ketika itu , Tariff segera berlari ke wad Syariff. Apabila dia tiba di tingkat yang menempatkan wad babah , dia baru sahaja terserempak dengan Adelia yang sedang menunggu lif. Cepat-cepat dia bersembunyi di dalam sekumpulan orang ramai yang melangkah keluar dari lif.
Tengok Adelia turun lif dengan handbag di tangan, Tariff pasti yang Adelia tidak akan masuk ke dalam wad babah dalam masa terdekat ini.
Berlari Tariff untuk ke wad babah. Ketika tiba di pintu wad. Tariff mengintai di dalam terlebih dahulu , kelihatan tiada orang lain selain babah yang sedang duduk di atas katil. Matanya terpaku pada Syariff yang sedang duduk membaca surat khabar. Tanpa sedar dia berdebar hendak berjumpa dengan Syariff.
Pintu bilik wad dibuka luas , dia melangkah masuk ke dalam wad Syariff. Tariff tidak percaya yang dia melihat babahnya sedang duduk di hadapannya. Berlinang air mata Tariff menahan seribu satu perasaan.
Tanpa membuang masa , Tariff terus berlari ke arah Syariff.
"Babah !" tubuh Syariff dipeluknya erat bagaikan tidak mahu dilepaskan walaupun sesaat.
"Tariff rindu babah !" ucap Tariff lagi.
×××
Finally.
YOU ARE READING
Adelia Humaira
RomanceAdelia Humaira , pada awalnya dia hanyalah rakyat biasa tetapi bertukar status rakyat kepada Puteri Diraja Lusia sekelip mata sahaja. Kehidupan seorang puteri memang tidak kena dengannya ! Tapi jadi puteri tak semestinya dia tak boleh jadi dirinya y...