Special Chapter - Mama

16.7K 621 3
                                    

Sebulan selepas perkahwinan dia dan Syariff.

Adelia melihat segunggus kunci ditangannya. Kata-kata putera Wafiq seminggu sebelum dia nikah mula terngiang-ngiang di telinganya. 

"Lia.." Panggil Putera Wafiq sebaik sahaja melihat Adelia melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Ada apa pa ?" Soal Adelia. Dia mengambil tempat di hadapan meja kerja Putera Wafiq.

Putera Wafiq meletakan segunggus kunci dihadapannya. "Kunci apa ni pa ?"

"Kunci apartment dekat penang. Ingat lagi tak rumah kita dekat penang ?" Soal Putera Wafiq.

"Ingat."

"Sebelum kita bertolak ke Lusia selepas kematian mama , papa arahkan orang untuk alihkan semua barang dalam rumah Lia dulu ke rumah penang. Papa tahu , Lia ada cakap yang Lia tak nak bawa barang-barang tu semua tapi papa tak rasa Lia betul-betul maksudkannya kan ?" Soal Putera Wafiq.

Adelia tergamam.

Mama..

"Kenapa papa buat semua ni ?" Soal Adelia , sesungguhnya dia sangat-sangat terharu.

"Lia sayang mama kan ?" Soal Putera Wafiq dengan lembut. Wajah anaknya yang sudah dibasahi dengan air mata dipandang dengan penuh kasih.

"Kalaulah mama tak ego , kalaulah Lia tak rahsia kan dari papa , mama mesti takkan pergi tinggalkan Lia..." Tangis Adelia.

Tangisannya semakin kuat.

Dia ingat lagi , saat mereka dikejutkan dengan berita yang mamanya menghidap barah otak tiga tahun sebelum mama meninggal , orang pertama yang terlintas di dalam fikirannya adalah papa. Tetapi saat dia cadangkan kepada mama untuk minta pertolongan papa , mama terus marah dia dan minta dia jangan sesekali ungkit tentang penyakit ini daripada papa.

Setiap kali dia merayu agar mama minta tolong pada papa , mama mula bising dan marahnya. Selepas itu mama akan menangis dan mengatakan yang bila papa tahu mama sakit , papa akan ambil dia daripada mama. Mama mula menghasut yang papa akan pisahkan dia daripada mama.

Oleh itu , Adelia sedaya upaya tak nak membebankan mama. Banyak duit dah habis untuk tanggung kos rawatan mama termasuklah duit belanja bulanannya yang telah diberikan oleh papa. Oleh sebab itu , di sekolah dia kutip duit dengan buat kerja sekolah bagi budak pemalas.. Duit yang sikit itu akan digunakan sepenuhnya untuk belanja makanannya.

"Lia , ajal maut ditangan tuhan."

"Tapi kita sebagai manusia perlu berusaha tapi mama , hari-hari dia racun otak Lia katakan yang papa akan pisahkan Lia daripada dia. Papa bayangkan , bila mama pergi depan mata Lia sendiri , Lia rasa dunia Lia hancur ! Bila Lia fikir balik tindakan mama , Lia rasa mama memang nak sangat agaknya Lia jadi anak yatim piatu !!" Luah Adelia.

"Lia , mama tak maksudkan macam tu pun.. Papa rasa papa faham kenapa mama macam tu—"

"Sebab nenda ? Pa , apa yang jadi antara papa , nenda dan mama tu dah lama berlalu ! Benda tu dah tamat sejak Lia 1 tahun , sejak perkahwinan papa dan mama berakhir lagi." Luah Adelia dengan bengang , setiap kali dia teringat kisah mama , ia hanya mengundang rasa kecewa di dalam hati.

"Lia tahu ?" Soal Putera Wafiq , setelah mereka bercerai dulu , hanya pada Puteri Kasih sahaja dia menceritakan apa yang berlaku sebenarnya mengenai pernceraiannya dulu.

"Nenda bagitahu Lia. Nenda selalu minta maaf pada Lia sebab dia salahkan dirinya sebagai punca mama dan papa bercerai.. Nenda tak approve perkahwinan papa dan mama kan ? Tetapi papa kahwin juga so mama di pressure untuk menggalas tanggungjawab puteri sulung diraja lusia." Kata Adelia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now