Toleh-toleh sahaja semua tergamam,terkedu dan terdiam.
"Allahu apa mereka buat dekat sini ?" Bisik Aulia kepada Rawdha.
"Ya Rabbana,Aulia aku lagilah tak tahu." Jawab Rawdha geram dengan si Aulia Al-Aesya ni.
"Aasiffah Rawdha,Ana ingat anti tahu sebab Ustazah Raisyah kan kakak anti,kot-kot lah Ustazah ada bilang anti." Balasnya perlahan.
"Aulia Aulia Aulia,walaupun Ustazah Raisyah merangkap kakak aku tapi 1 benda pun dia tak bagitahu aku,Aasiffah jugak ya Aulia andai aku tersalah kata." Balasnya sedikit lembut.
"Allahu tak ada apalah Rawdha,Ana faham."
Ustazah Raisyah merangkap kakak kepada RawdhatusSumaiyyah itu sebenarnya adalah guru disiplin Ma'haad Tahfiz Lilbanats dan disebabkan itulah apabila Rawdha tegur pelajar-pelajar semua patuh dan taat terus,bukan apa sebab takut masuk dalam catatan disiplin punya pasal.
Banin,merekalah asbab Aulia dan sahabat-sahabatnya itu terkejut beruk.Bukan apa takut-takut dengan adanya lelaki di Mahaad ini akan mengakibatkan Zina hati dan zina mata.Faham-faham sahajalah perangai manusia di akhir zaman ini,fitnah kan sudah berleluasa bila ditegur melenting pula jadinya.Hailah Manusia!!!
"Eh kalau saya tak silap itu banin dari Pusat Tahfiz Itqan lilbanin,sebab Akhi saya belajar dekat sana,dan baju mereka sama." Beritahu Huda kepada mereka.
Jubah hitam,serban putih confirm Pusat Tahfiz Itqan,siap ada logo dia.(yang dah syahadah tahu!!!)
"Akh Azra kamu ke Huda ?" Tanya AdlinyaDzakiyya polos.
"Lah iyalah Zakiyya!! Dah itu sahaja akhi yang saya ada,pulak dah tanya yang mana satu." Benggang dia menjawab,dah tahu ada 1 abang boleh tanya pula aduhai AdlinaaDzakiyya ni.
Dengan perasaan yang bercampur baur,mereka berenam pun meneruskan perjalanan mereka menuju surau,entah berapa jam agaknya mereka ambil masa semata-mata sebab terkejut ada banin.Biasalah 'The MP(s) lilbanats.' mestilah jaga ikhtilat,tunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.Bukan hanya cakap "couple haram" tapi diri sendiri buat,itu buat naya sahaja kalau jadi MP sungguh tidak bertauladan.
Setelah 89 langkah akhirnya mereka berada benar-benar dihadapan tangga surau.
-Hadapan surau-
Seperti biasa,mereka terlebih dahulu akan menyimpan kasut mereka di tempat yang disediakan.Jangan sesekali simpan kasut di merata tempat,kalau hilang mahu nangis 100 baldi,sebab kemungkinan besar Mak Cik Zalehah lah yang akan kutip kasut tersebut dan secara automatis akan dibuang ke pusat penghapusan kasut sekolah.Ini semua adalah idea bernas Mudirah(guru besar) supaya kami-kami yang nakal ini mendengar kata.
Hendak dijadikan cerita semasa kami tingkatan 2 Aulia Al-Aesya dan MardiyanaAsfiya pada waktu itu hendak pergi ke tandas,dan kami pun pergi tempat letak kasut.Kasut aku berada pada rak manakala kasut Mardiyana berada di lantai berhadapanan dengan tiang hilang.Punyalah Yan menangis sampai kecoh surau jadinya mana tak nangisnya dahlah kasut baru,pada awal bulan Januari lagi,dan yang hebatnya,boleh pula mudirrah yang pujuk dia,bangga Ana pada waktu itu.Disebabkan itulah,sehingga hari ini kasut kami tersusun rapi dalam rak-rak yang disediakan.Taubat Nasuha wehhh kena simpan dalam pusat penghapusan.
Tangga surau dinaiki sambil berborak panjang,tak semana-mana Auni Qhalila yang bertubuh kecil itu boleh terlanggar tiang utama surau tempat Mardiyana simpan kasut dia dulu.Punyalah tiang tu tinggi,tapi dia main terjah sahaja terus mana tidak terlanggarnya.
"Allahuuuuuu aduh kepala aku!!! terkeluar semua hafalan dan ilmu aku,sakit giler weh." Adunya kuat,sakit sangat lahtu gamaknya.
"Auni Qhalila ni,cuai sungguh mari sini ana check dahi anti itu takut-takut benjol nanti,habis kami berlima kena dengar ceramah free dari uncle Amsyar." Cakap Aulia Al-Aesya prihatin disertakan juga dengan ayat sinis kerana mereka tahu uncle Amsyar tu sayang sangat dengan anak perempuan yang seorang ini,maklumlah yang lain semua anak lelaki,tinggal si Auni ini sahajalah yang ditumpahkan dengan lebih kasih-sayang.
"Check dalam surau lah Aesya takut kalau ada banin datang sini,nanti free-free sahaja dia dapat tengok aurat si Auni Qhalila ni." Tegas Mardiyana berkata,dia ini bab hukum-hakam,dosa-pahala memang lagi UP tegas dia daripada si RawdhatusSumaiyyah itu.
"Ya Allah cik kak,MardiyanaAsfiya bintu kepada Harith memanglah kita check dekat dalam Ya Allah bantulah hambamu ini." Balas Aulia pula,naik angin dia dengan si Mardiyana ini buat pertama kalinya dan mungkin terakhir kali.
Sudah semestinya aurat itu harus dijaga rapi,dipelihara dari ajnabi,kerana ianya adalah Mahkota paling berharga buat diri.Terutama sekali perempuan,memang penat hendak jaga semuanya stokin mesti pakailah,handsocks lah(tak pakai handsocks tak apa,pakailah lengan panjang tapi kalau selalu terselak-selak itu apalagi pakai sahajalah handsocks itu,dah dipermudahkan nak lagi disusahkan)tudong bawah dadalah apa semua(ni penting,walau nakand berfesyen sekalipun,haruslah ikuti perintah itu,kita tidak tahu apa erti sebenar pandangan mata lelaki kalau kita perempuan tak reti nak jaga aurat sendiri,ini bukan lagi zamannya yang lelakinya pandai menjaga pandangan sudah berkurangan lelaki sebegitu,jadi kita bidadari-bidadari ini pandai-pandailah pelihara diri)Walau penat dan kadangkala terasa panasnya pun,kita mesti taati semua perintah yang diberikan oleh Ilahi,kerana setiapa apa yang disuruh pasti tersirat kebaikannya.Semua tentang aurat ada tertera dalam surah An-Nur ayat 31,jadinya apalagi peliharalah dirimu,auratmu,tubuhmu,dari tatapan nafsu ajnabi.
—
Pintu surau ditolak perlahan,maka terasalah angin yang menyamankan dari penghawa dingin yang sentiasa dibuka.Aulia dan Sahabat-sahabatnya pergi ke satu penjuru surau dan duduk disana.
Auni pula,Aulia pereksa dengan telitinya Alhamdulillah tiada apa yang berlaku cuma kena simpan ais saja,supaya tidak terasa sakit.Auni Qhalila Bintu Amsyar ini selalu cuai haritu terjelepok ke dalam longkang lah apalah adududu.
"Yan boleh teman ana keluar kejap tak ?"
"Iyaa boleh saja demimu Aesya ana sanggup meredah lautan yang dalam,ecewah."
"Iyelahtu Yan." Sambil mengulingkan mata.
Mereka berdua pun membuka langkah untuk pergi ke pintu surau.
"Ehh asal pintu ni keras semacam Sya?" Hanya MardiyanaAsfiya sahaja yang panggil Aulia dengan gelaran Aesya atau sya yang lain,pakat-pakat panggil Aulia.
"Allah yeke,ana cuba buka ya In Shaa Allah." (Ditariknya tetapi tidak juga dapat dibuka hampanya.)
-Luar pintu-
"Hoii syad kau pesal lemah sangat ni?"
"Allahu,keras sungguh pintu surau MTLB ni." Inikan yang lelaki tak boleh buka,apalagi perempuan yang lemah-lembut tu.
Mana lah maunya,dah yang seorang tarik pintu yang seorang pun sama-sama tarik pintu macam manalah pintu itu boleh terbuka.Yang menyedihkanlah pintu ini,kita tak boleh nampak kalau ada insan dalam Musolla ni,sadisnyalah pintu.
"Syad cuba tolaklah pintu." Azraie beri cadangan.
"In Shaa Allah ana cuba."
-dalam surau-
"Yan!!!!!! apalah punya pintu keras sekali!!! bijak sungguh contractor yang bina pintu ni,dahlah tak nampak luar,sadisnya." Akhirnya Aulia Al-Aesya yang tidak pernah mengeluh itu,mengeluh buat pertama kalinya.
"Apakata anti tarik lagi sekali." Suruh Mardiyana terpaksa tanpa rela,dah dia pun tak bermaya nak tarik pintu itu.
"Thoyyib mari cuba lagi sekali."
Dengan berkat Bismillah Aulia Al-Aesya pun pergi tarik pintu surau itu dan pada masa yang sama Irsyadi yang berada diluar pintu surau itupun pergi tolak pintu surau yang keras semacam tu.
-Bersambung-
Assalamualaikum,tak lain dan tak bukan cuma hanya menyeru semua untuk bersholawat ke atas Rasulullah SAW demi meraih cintanya dan syafaatnya kelak.
Lots of Du'aa ,your sister in Imaan.
YOU ARE READING
Mr Serban,Mrs Purdah
RandomTemuilah Fathi Al-Irsyadi,seorang hifzul Qur'an dan Aulia Al-Aesya si gadis purdah,yang sedang mencari erti sebenar cinta haqiqi.