Pintu pun terbuka seluasnya.Aulia dan Mardiyana terpana sebentar manakala Irsyadi dan sahabat-sahabatnya merasa sedikit sangsi dengan apa yang berlaku.Rupanya selama ini mereka berdua main tarik-tarik pintu,patutlah tak boleh buka tadi,penat sahaja si Aulia itu mengomel sebentar tadi.
Kepala masing-masing memainkan peranan untuk tunduk,dan itulah tarbiyyah yang hebat yang sepatutnya ada pada setiap insani.Jangan pula kalau nampak imam-imam handsome terus sahaja mata itu memandang tanpa sedar mula puji "handsome bakhang imam tu." Itu tak boleh,kerana boleh menaikkan rasa cinta yang sebenarnya fitrah kepada rasa cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata,kenapa nafsu? Sebab kita hanya pandang rupa sahaja tapi bukan dari segi agama dan akhlak,dan ini semestinya salah.
"Akhi Azra." Ucapnya gembira.
"Huda Syauqiya!!!." Balasnya teruja.
"Anta kenal dia ke Azra ?" Soal Raihaan kehairanan,mana tak hairan sebab tak pernah-pernah lagi si Raihaan ni tengok si Azra bersapaan dengan perempuan ajnabi,dahlah mesra habis.
"Huda ni ke akhuki yang selalu anti cerita tu?" Soal Mardiyana pula.
"Na'am inilah my one and only akhi.Akhi Azra tu" Jawabnya teruja.
Aulia pula hanya terdiam sedari tadi,memendam rasa sesama sendiri.Dia kenal suara itu,suara yang didengarinya sewaktu di musolla pada waktu itu.Orang yang membayarkan bukunya.
Memori demi memori menerjah kuat otak Irsyadi.Dialah wanita berpurdah sewaktu dia jadi imam express di surau.Dialah yang Irsyadi tolong bayarkan buku.Dialah orang yang berbual dengan kak Qihah,dialah miss Purdah.
"Fathh,kenapa diam semacam,anta kenal ke perempuan tadi itu,wajah anta berubah sangat lepas kamu berdua terpandang sesama sendiri." Bisik Saadiq perlahan.
"Takde apalah Saadiq,terkenangkan Ummi Abi itu je,janganlah risau." Tuturnya penuh sopan.
'Seretttt' pintu surau berbunyi,terus mereka pandang siapa empunya badan yang ingin memasuki Musolla itu,cara mereka pandang usah ditanya serius sungguh muka-masing.
Bunyi derapan langkah semakin kuat dan terus....
"Assalamualaikum."
Ma Shaa Allah, bagai terkena panahan petir,terus mereka semua pergi ke 1 penjuru surau dan berdiri tegak.Riak wajah masing-masing tampak tenang,tapi dalam hati mereka tiada siapa yang tahu.
"Waalaikissalam Wa Rahmatullah Wa Barakatuuh." Balas mereka semua berjemaah.
RawdhatusSumaiyyah yang berada di hujung belah kiri hanya tersengih panjang,mentang-mentanglah kakak dia,dahlah rupa iras-iras,tegas pulaktu,memang patut pun adik-beradik.
"Alhamdulillah di pagi yang berkah ini marilah kita,sama-sama membacakan surah Al-fatihah yang akan diketuai oleh Yang Dipertua penuntut Itqan."
Irsyadi pun memulakan bacaannya dengan alunan yang merdu dan tajwidnya yang terjaga rapi.
'Allahu,kenapa suara dia mendayu sangat ni,Astaghfirullah.' Hatinya mula berkata sambil matanya terkatup rapat menghayati bacaan si yang dipertua penuntut itu.
Selesai sahaja bacaan Al-Fatihah,Ustazah Raisyah pun memulakan perbicaraannya.
"Baiklah,selaku guru disiplin MTLBanats,saya mengucapkan selamat datang kepada banin-banin Itqan yang soleh dan beriman.Tujuan saya mengumpulkan kamu kerana pihak Ma'haad yakni MTLBanats dan Itqan memerlukan beberapa Fasilator untuk 1 program yang akan diadakan di Pusat Attarbiyyah Al-Islamiyyah selama 5 hari 4 malam."
"Bila harinya Kak Sya ?" Soal Rawdha tanpa segan silu,sedap-sedap sahaja dia panggil Kakak ketika di sekolah ewah-ewah.
"Bila,kalau USTAZAH tak silap 4/3 sehingga 9/3." Ujarnya sambil matanya melirik tepat kepada adiknya si RawdhatusSumaiyyah yang selamba itu.
"Sekarang ini,ustazah nak bahagi-bahagikan kumpulan kamu,dan setiap kumpulan fasilator akan diberikan tugas yang berlainan,dan Ustazah akan pilih 2 pelajar dari MTLBanats dan 2 pelajar dari Itqan."
"Berdebarnya Ana Yan,tak pernah-pernah lagi Ana rasa macam ni,Ana exam pun tak macamni." Cakap Aulia perlahan sambil tangannya mengamit MardiyanaAsfiya.
"Sebab kita jarang berkumpulan sesama lelaki sebabtulah ." Terang MardiyanaAsfiya pula,hatinya sendiri pun sebenarnya berdebar-debar macam orang yang lumba lari atas track tu.
"Thoyyib kumpulan pertama,adalah...."
-Bersambung-
Assalamualaikum,semua!! Alhamdulillah sudah pun kita berada di dalam tahun yang baru,jadinya apalagi mari kita sama-sama baiki diri,baiki solat,baiki imaan dan sebarkanlan risalah cinta kita kepada Rasul tersayang,Muhammad SAW.
Yang nak balik asrama,saya ucapkan selamat berjuang,selamat menghafal dan jangan mengeluh,Allah tengan pandang perjuangan kamu itu,In Shaa Allah dengan adanya usaha kamu dalam menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan kamu ke Syurga kelak Aamiin Ya Rahmaan☺️!!
Lots of Du'aa,your sister in Imaan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Serban,Mrs Purdah
De TodoTemuilah Fathi Al-Irsyadi,seorang hifzul Qur'an dan Aulia Al-Aesya si gadis purdah,yang sedang mencari erti sebenar cinta haqiqi.