Telah tiba hari dimana semua Para Pencinta bergembira dengan hari kelahiranNya.Dimana pada masa itu,sungguh tenang harinya bulan purnama timbul dengan cahaya yang berlipat kali ganda,tetapi tidak boleh melawan CahayaNya yang terlebih indah sinaran nya.
Dimana pada hari itu,segala perkara yang BATIL telah dimusnahkan dan segala perkara yang HAQ didirikan dengan tegap.Cahaya bergelipan kerana kebenaran telah muncul.Burung berkicauan kerana hadirnya Dia sebagai sinar di muka bumi ini.
Berbahagialah sang pencinta.
-Ungkapanku BuatMu Sang Perindu-
Ku rasakan mata ini,tidak layak untuk melihatMu yang indah kerana ku akui mata ini terlebih banyak melihat maksiat,telinga ini tidak layak mendengar salapan salamMu kerana terlalu kerap mendengar perkara yang dikau tidak suka,tubuh ini tidak layak untuk memelukMu kerana kami tahu,kami berada di tempat yang sangat jauh dariMu.Aku tidak layak berada dekat denganMu,tetapi KAMI rindu padaMu Ya Habiballah,Habibna,Rasulina.YA RASULULLAH.
Kerana itu,kami hanya mampu untuk berdiri di atas landasan untuk sentiasa berselawat ke-atasMu kerana kami pegang kata-kataMu bahawasnya(melewati sabdaMu) siapa yang banyak berselawat kepadaKu dialah yang berada dekat denganKu.Dengan tujuan yang satu,iaitu kami akan tetap mencintaiMu.
اللهم صلى على سيدنا محمد.Dengan relanya,ku akui jikalau kami ini kaya—sudah tentu kami kami akan membina masjid yang besar,tetapi kami tidak mampu.Tapi ku ketahui walau secebis pun cinta kami kepadaMu,Engkau tidak pernah menyiakannya.
Cinta ummat kepada Rasul itu tidak boleh dilawan,kerana sayangnya kepada kita sungguh luas(tidak boleh di gambarkan)tapi kita—sungguh jauh perbezaannya.
Tapi tidak mengapa,semarakkanlah cinta kita,agar bisa masuk ke SyurgaNya bersama.
Kerana,ku ingin menatapMu di syurga.
—berlarianlan semua makhluk ke arah,Nabi-Nabi tersebut mengharapkan kan pembelaan tetapi—
-bertemu Nabi Adam
-Nabi Ibrahim
-Nabi Nuh
Alaihimussalam
-Nabi Musa
-Nabi Isa
Semua pun mengelak larilah kepada Nabi Muhammad,sungguh ku harapkan pembelaanMu di hari kiamat.
Disaat para nabi,menyebut nafsi-nafsi hanya diriMu yang terus memanggil Ummati.-namaMu kan terus terpahat di hatiku wahai Muhammad,moga lisanku terus sholawat,hingga saat dijemput malaikat
-Hanya Allah maha menyaksi jadikan rindu meninggi dahagakan kasih Nabi bekalku selepas mati.
-Malaikat jadilah saksi,ku bercinta dengan jangan diseksa tubuh ini diciptakan Demi Nabi.
-Jangan Ruhku dikasari ia pernah rindukan Nabi,buat pertama Kali seper-empatnya ku menyaksi.Salam Maulidur Rasul💛
إن الحبيب الصطفى✨Lots of love and du'aa
YOU ARE READING
Mr Serban,Mrs Purdah
AléatoireTemuilah Fathi Al-Irsyadi,seorang hifzul Qur'an dan Aulia Al-Aesya si gadis purdah,yang sedang mencari erti sebenar cinta haqiqi.