MSMP(7)📿

1.3K 67 10
                                    

Jam menunjukkan tepat pada pukul 9.30 malam,segala perintah Allah telah dilaksanakan,surah Al-mulk telah dibaca,whudhu telah di cedok,minta maaf pada Ummi dan Walid sudah,minta maaf pada Akak dan akhi pun dah.

TAPI,mataku masih lagi terang terbuka,yang pada kebiasaannya sudah lena dibuai mimpi.Nak kata tugasan yang diberikan dari pihak sekolah belum selesai dibuat memang tidak patut,SEBAB Aulia murid berdisipilin kotttt semua kerja dah siap pada waktu terluang pada awal pagi lagi.Hmm Apa yang menjadikan aku tak boleh tidur ni hmmm.

"Esok kena sekolah mata tak beri kerjasama pulakkk,cehhh kacau betollll" bebel Aulia Al-Aesya seorang diri.

Diambilnya Iphone 7 hadiah pemberian Walid dan Umminya yang tersayang.Lalu terus dibukanya dan mula membuka aplikasi U-tube terus sahaja jarinya mengetik folder "liked videos" lalu terus mengscroll hingga terjumpa Qasidah Ya Rabbamma,yang dialunkan semasa majlis Mawlid Darul Murtadza.Leka dengan kemerduan qasidah tersebut,akhirnya Aulia pun mula lena dibuai mimpi nan indah.

📿📿📿

"Uliaaaa,bangun lah nak oiii kita nak solat subuh berjemaah,sayang hati pekarang jantung...Alaa bangun lah cepat" Afiyyah dah mula bersuara dengan lantangnya membangunkan AuliaAl-Aesya yang agak liat untuk dibangunkan pada hari ini,berbeza pada hari yang lain Aulia boleh bangun dengan sendirinya siap terus mandi lagi.Harini susah benar dia nak bangun,memang ada yang nak kena siram air sejuklah pagi-pagi buta ni.Ni semua akibat akhir tidur tadi malam lahni.

"Ye akak 5 minit-5 minit." Sambil menunjukkan lima jejarinya.

"Hishhh diani,ada yang nak rasa air hujan penangan Kak Fiyyah pagi-pagini"
(MOHON BERSABAR WAHAI AFIYYAH ADIKMU SANGATLAH MENGANTUK)

"Takpe Fiyyah,biar akhi Zhaff yang kejutkan Ulia,penat sangat lahtu dia,hah kamu pergilah ke Musolla dulu Okayyy"Kalini UmarZhariff AKA akhi fav Aulia dah datang,siap nak kejutkan adik 'KESAYANGAN' dia.

"Adik,bangun dik kita nak solat,nanti adik lambat solat and lambat pergi sekolah kan susah,bangun ye...Ummi ngan Walid dah tunggutu."

"Okay-okay,tunggu kejap Ulia nak ambik whudhu hehe,sabar ye Long" Pabilanya  Zhariff yang bangunkan sekejap je dia terbangun ye banyak cantik.(memang cantik pun ahaaa)

"Dah cepat-cepat,akhi tunggu kat musolla yer"Lantas UmarZhariff meninggalkan Aulia yang masih berwhudhu,lalu terus pergi ke Musolla.

Musolla Ar-Rahman

"Aulia lewat bangun harini,selalu awal Walid tengok Zahratul Aulia Al-Aesya ni bangun?"Soal Uwais kepada anak bongsunya itu.

"Tadi malam Aulia tak boleh tidur walid,tak tahu kenapa,tapi akhirnya tertidur jugaklah Ulia,tapi lewat sangat Walid,Tu yang mengantuk ni belum hilang" Jawab AuliaAl-Aesya dengan jujur.(Sifat jujur seperti Aulia tadi bolehlah kita contohi)

"Ohhh yeke ciannyeee dieee alolo"Usik Tan Sri Uwais, suka sangat menyakat!

"Hahhh apalagi tu walidnya,bolehlah jadi imam sekarang,nak solat ni" Kini Puan Ruqaiyyah memotong kata-kata yang akan disambung oleh suaminya itu.

"Hehe yelah Umminya,akan Walid mulakan sekarang jugaaa" Sakat Tan Sri Uwais sekali lagi.

"Allah apalah abangni,asyik-asyik nak kacau orang saja,nasib baik Qaiyyah ada whudhu masani kalau tak dah lama Qaiyyah piat abang tau." Tegur Puan Ruqaiyyah sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Mr Serban,Mrs PurdahWhere stories live. Discover now