"Tae, tolong omma belikan barang dapur kejap"
Aku mengangguk laju..
"nah ni list barang kamu kena beli.. Ni duitnya sekali.. Kalau ada duit lebih beli la apa yang kamu nak" aku angguk lagi..
"jangan lupa bawa payung.. Kalau kalau balik nanti hujan ke"
"baik omma" terus aku keluar tak lupa untuk membawa payung..
+++
"semuanya 5000 won cik"
"alamak! tak cukup 50 won la.. macam mana ni?"
aku menunggu giliran aku untuk membayar bahan basah..
"ish lama nya minah ni bayar" dengus hati aku..
"maaf puan, bayar sekali boleh?" sampuk aku..
"baik encik" penjaga kaunter tersebut mengangguk dan mengescan barang aku..
"semua nya 10000 won.." kata penjaga kaunter tersebut..
Aku menghulurkan mata wang dan mengambil baki..
Sesudah selesai membayar, aku terus melangkah keluar dari pasar raya dan mrninggalkan perempuan tersebut..
"Encik! Tunggu!" panggil perempuan itu..
Tanpa menghiraukan perempuan 'gila' itu, aku terus keluar dari dunia pasar raya..
"nampak macam nak hujan je" aku terus buka payung dan berjalan beriringan dengan hujan yang lebat..
Dalam perjalanan, angin teramat kuat.. Hampir sahaja aku terbang tapi nasib baik aku terlalu berat untuk ditiup angin..
Tetapi ia bukan nasib untuk payung..
Tanpa sempat aku memegang payung dengan erat, angin terlebih dahulu mengambil si payung..
Maka, terbanglah payung aku dengan sadisnya..
Aku pun berlari untuk mendapatkan payung..
Tanpa sempat aku mengejar, payung terlebih dahulu mendarat pada seorang penunggang basikal yang menggunakan jalan yang sama..
"ARGHH" dan si penunggang basikal tu pun jatuh..
Aku berhenti..
"apalah aku nak cakap dengan dia nanti?" aku menggaru kepala yang sememangnya tidak gatal..
Aku mendekati dia dan menyoal soalan yang memang selalu orang akan tanya..
"awak okay? Sakit tak?" aku tersenyum kekok..
Aku menjenguk sedikit kerana satu badan dia dilitupi dengan payung..
Dia alihkan payung tu dan aku terpaku.. Rupa rupanya dia seorang perempuan..
Aku bow banyak kali..
"maaf cik saya tak sengaja.. Sakit ke?" kalini aku senyum lebih kekok..
"gila tak sakit.. Saya nak awak bayar ganti rugi basikal saya!" dia marah sambil menunjukkan basikal dia yang hampir tercabut tayar gara gara sekaki payung..
"eh kau la perempuan tak cukup 50 won tu kan?" aku menunjukkan jari aku apabila teringatkan perempuan tadi..
"eh, sape bagi kebenaran pada awak panggil saya macam tu ha?!" dia memarahi aku..
"eh eh.. Aku nak kau ganti duit aku tau.."
Aku berjalan menghampiri basikal nya dan aku keluarkan note 50000 won untuk membayar ganti rugi..
"lain kali bawak basikal tu elok elok!" aku memberi amaran keras..
"eh saya tak akan jatuh kalau awak tak terbangkan payung awak tu"
Aku menggulingkan biji mata..
"ingat, bayar 50 won aku!" aku memberi amaran dan capai payung aku dan berjalan pulang..
"eh Encik, Arghh!" aku toleh ke belakang dan melihat dia sedang terkebil kebil untuk berlari..
Jelas sekali kaki kanan nya luka..
Aku mengeluh, kenapa la aku jumpa perempuan ni hari ni? Dah la hujan..
"nak apa lagi cik 50 won?" dia menjeling aku tajam..
"hantarkan saya balik boleh? Kaki saya luka, hujan lebat ni, basikal saya pulak rosak" dia umpan aku dengan muka comel lah sangat dia tu..
Disebab kan aku yang rosakkan basikal dia, aku dengan rela hatinya, menghantar minah 50 won ni pulang..
+++
"terima kasih hantar saya balik" ucapnya ikhlas walaupun aku tahu hatinya sedang membara saat ni..
Kenapa? Sebab aku payung aku sorang je..
Dia? Lantak lah basah mane pun..
"sama sama, jangan lupa 50 won aku"
"ye saya ingat lah!" terus dia hempaskan pintu..
Aku gunakan peluang ini untuk pulang..
Nasib baiklah rumah aku dan dia, tidak jauh..
+++
Kringg
Loceng berbunyi menandakan telah masuk nya waktu persekolahan Seoul High School..
Aku memegang jawatan sebagai guru displin dan memang tugas aku untuk menghukum pelajar pelajar yang lewat tiba di sekolah..
Aku berjalan menuju ke pagar besar dan kelihatan ramai pelajar pelajar yang lambat..
"semua pelajar buat satu barisan!" terus semua berbaris..
Kuasa guru..
Aku meronda dari barisan hapadan hingga belakang untuk menanda nama nama yang lewat..
Aku bermula dari depan..
"nama" kata ku tegas..
"Eumji, Kim Eumji" jawabnya sopan..
Aku melihat muka pelajar yang bernama Eumji..
"cik 50 won?"
"encik payung?"
TBC
YOU ARE READING
MATEMATIK [KTH]
ФанфикMengisahkan seorang gadis yang sering menjadi buah mulut para guru kerana dia salah seorang daripada tokoh pelajar di Seoul High School.. Dialah ratu dalam segala subjek.. Sains, sejarah, geografi, English, semua dia mahir.. Namun, dia juga sering...