"dan untuk subjek matematik, Cikgu yang akan ganti Prof. SeokJin" terlopong aku..
Sudahla aku sering gagal dalam subjek matematik, inikan pula guru disiplin yang ajar matematik..
Kalau aku gagal, kena cuci tandas lah gamaknya..
"kau yang terkejut sangat asal?" Jungna yang perasan akan perubahan muka aku terus menyoal..
"mana ada aku terkejut" terus aku palingkan muka..
Hmm macam mana ni?
+++
Taehyung
Aku menapak masuk ke dalam rumah..
Fuhh penat setelah seharian bekerja.. Nak diselesaikan pula kes kes disiplin pelajar..
Ada yang digantung sekolah atas kesalahan merokok..
Umur muda muda macam ni pun, dah pandai merokok.. Aku yang nak masuk usia tua pun tak pernah lagi pegang rokok, lagikan nak hisap? jauh sekali..
Sesekali aku teringatkan Eumji..
Apa masalah aku eh asyik asyik teringatkan dia?..
Cepat cepat aku halau bayangan Eumji daripada menerjah masuk dalam fikiran aku..
Aku dah lah mahu siapkan fail disiplin pelajar, boleh pula bayangan Eumji masuk? tak masuk akal betul..
Tiba tiba nama aku dipanggil omma..
"Tae sayang" sapa omma..
"ye omma, ada apa?" aku menyahut sapaan omma dengan sopan..
"omma dah fikir masak masak" omma pandang aku dengan penuh makna..
"apa dia omma?" aku jungkitkan kening..
Serious aku tak faham apa yang omma nak..
Omma capai tangan aku dan digenggamnya perlahan..
"Tae kan dah 20 tahun, tak akan la hidup membujang je" omma tersenyum nipis..
Aku masih dalam kebingungan..
"apa maksud omma?"
"omma nak kamu kahwin sayang" orang tua itu senyum dengan penuh harapan..
Manakala aku masih keliru..
"omma, Tae masih tak sedia" aku pula yang lemparkan senyuman nipis pada omma..
"tak apalah kalau kamu masih tak sedia.. Omma faham" orang tua itu berkata lalu berjalan keluar dari bilik aku..
"haishh!" aku meraup muka kasar..
Aku bukan tak nak kahwin, cuma aku tak nak perkara yang sama berulang..
Aku mengeluh seketika..
+++
Eumji
Aku berjalan menuju ke sekolah..
Sudah dua hari aku hanya berjalan untuk ke sekolah..
Sudah la jarak rumah aku dengan sekolah tersangatlah jauh.. Hampir 3 kilometer jauhnya..
Dan hanya basikal sahaja lah pengangkutan yang aku ada untuk ke mana mana memandangkan daddy aku busy..
Busy sebagai guru disiplin..
Terpaksa lah aku bangun awal untuk awal tiba di sekolah.. Tak ingin aku didenda oleh Cikgu Kim..
Disebab kan si encik payung tu jugalah yang menyebabkan aku lewat..
YOU ARE READING
MATEMATIK [KTH]
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang sering menjadi buah mulut para guru kerana dia salah seorang daripada tokoh pelajar di Seoul High School.. Dialah ratu dalam segala subjek.. Sains, sejarah, geografi, English, semua dia mahir.. Namun, dia juga sering...