FIVE

335 36 7
                                    

"Kim Eumji" langkah aku terhenti..

Alamak..

Aku lambat lambat pusing belakang..

Dan kelihatan cikgu Kim sedang berpeluk tubuh sambil bawa dua bungkus makanan..

"nak ke mana tu? Lari eh?" solanya sinis..

Cis macam tahu tahu je..

"dah jom masuk" pelawa cikgu Kim..

Nak tak nak memang kena ikut lah..

Huii appa help me..

Aku menanggalkan kasut aku dan masuk mengikut langkah cikgu Kim..

"duduklah" pelawa cikgu Kim lagi..

Aku duduk dan hanya berdiam diri..

Cikgu Kim duduk di kerusinya dan mengambil sebungkus nasi goreng rasanya..

"aku ada beli makanan tengah hari untuk kau sekali, kau nak?" soal cikgu Kim..

Aku nak angguk tapi takut la pula..

Aku memang lapar.. Bau dia pulak menusuk kalbu..

"aku tahu kau lapar.. Dah makan ni" arah cikgu Kim..

Aku dengan teragak agak nak makan..

"kau takut sangat tu kenapa? aku bukan nak makan kau pun, aku dah makan" bidas cikgu Kim..

Aku pun mengambil makanan tersebut dan makan..

"sedap tak?" cikgu Kim menyoal tatkala melihat aku yang makan dengan berselera..

Aku angguk perlahan..

Kemudian, kami diam buat sementara.. Tiada topik untuk dibincangkan..

"ah ye cikgu panggil saya kenapa?" soal aku dengan nada perlahan..

"aku nak denda kau sebenarnya" membuntang mata aku..

Cikgu Kim tergelak..

"mana ada la, aku nak bincang pasal pop kuiz kau tadi" dia tersenyum..

"seems like kau kena belajar lebih sikit"

"macam tuisyen ke?"

Aku terdiam.. Memang tak la daddy nak izinkan aku untuk ke tuisyen..

"daddy saya tak bagi" cikgu Kim tergelak..

"i mean, aku akan ajar kau math.." aku terlopong..

Tak nak!

Tapi aku perlu gunakan peluang ni untuk belajar matematik..

Ini peluang keemasan untuk aku buktikan bahawa Kim Eumji dah comeback bersama ilmu matematik di dada..

"nanti saya tanya daddy saya"

"no need to tanya daddy kau, cakap je kau balik lambat sebab ada kelas ganti" aku mengangguk..

"so nak start harini ke esok?" cikgu Kim menyoal..

"cikgu busy ke harini?"

"aku nak siapkan laporan pasal kes disiplin untuk bulan ni" jawab cikgu Kim lembut..

"tapi kalau untuk ajar kau, aku free je" tambah cikgu Kim..

"serious lah cikgu? Thanks" kata aku lalu aku bangun dan bow banyak kali..

"dah tugas aku, kau tak yah la bow banyak kali.. Aku bukan hebat sangat pun" jawab cikgu Kim lalu flip rambut nya yang tak berapa nak lebat itu..

Aku tergelak dan sambung makan sambil borak kan tentang kehidupan masing masing..

+++

Taehyung

"terima kasih cikgu sebab hantarkan saya balik" ucap Eumji dengan ikhlas..

"mm sama sama, jangan lupa study dan siapkan kerja yang aku bagi tadi.. Tak siap, aku denda kau basuh kereta aku" jawab aku lalu aku pecut meninggalkan perkarangan perumahan Eumji..

Naik darah aku dibuatnya..

Mana tak nya 5 darab 5 dia jawab 10?..

Memang mengamuk lah aku..

Macam mana nak maju kalau tambah dan darab masih tidak boleh dibezakan?

Aku mengeluh..

Walaupun sukar bagi aku, namun aku tetap berusaha untuk mengajarnya matematik sehingga mahir..

Buat malu jela tokoh murid gagal matematik..

+++

Eumji

Aku mengeluh..

Susah la subjek matematik nii..

Kenapa wujud subjek ni?

Tak pasal pasal aku titiskan air mata depan encik payung tu..

Eee memalukan!

Mana tak nya, aku mana tahu yang tambah dan darab tu berbeza..

Tanpa melengahkan masa, aku turun ke bawah dan ternampak susuk tubuh appa sedang ralit membaca surat khabar sambil menyisip kopi panas..

"daddy" tegur aku..

"oo anak aku baik" nasib sahaja kopi yang diminum tidak dikeluarkan kembali..

"uishh kamu ni Eumji, kalau daddy tersembur tadi macam mana?" aku tersengih..

Bagi aku benda ni kelakar..

"ishh kamu ni, macam mana sekolah?" soal daddy sambil menurunkan surat khabar yang dibaca..

"ermm lambat lagi harini.. Tapi nasib baiklah cikgu Kim tu baik" jawab aku sambil bermain dengan rambut sendiri..

"hahahaha.. Ada kerja sekolah?" aku mengangguk laju..

"jom kita buat sama sama" aku terus pecut untuk kebilik mengambil buku latihan matematik aku..

Memang aku tak akan sia siakan peluang jika orang sendiri yang offer nak tolong..

Itu cukup memadai..

"nah soalan ni" kata aku sambil menunjukkan soalan yang susah bagi aku..

"err daddy lupa nak siapkan fail untuk esok" terus daddy tinggalkan aku..

Emm lari la tu..

Tadi kata nak tolong..

Cehh terpaksa la aku buat seorang diri..

Aku membaca segala doa yang aku ingat untuk memudahkan aku menyiapkan kerja sekolah..

"okay Eumji, let's start!" kata aku dengan penuh semangat..

TBC..

MATEMATIK [KTH]Where stories live. Discover now