"pop kuiz?!" terlopong ku dibuatnya..
"kau kenapa? Macam tak pernah pulak" tegur si Jungna..
Aku jelingnya tajam..
Ya benar, bukan pertama kali cikgu buat pop kuiz mengejut, tapi faham faham la kan, dia ni Cikgu Kim, merangkup guru disiplin yang paling berjaya di Seoul..
Berkemungkinan besar juga yang aku akan cuci tandas untuk gantikan kerja sekolah aku harini..
Habis lah aku..
Cikgu Kim mengedarkan pop kuiz tersebut.. Aku masih lagi berdoa agar Tuhan melembutkan hati Cikgu Kim supaya tiada denda untuk aku..
"okay, kamu diberi masa 5 minit untuk siapkan 20 soalan.. Semua soalan ialah soalan objektif dan tiada istilah lambat siap!" kami mengangguk dan mula menjawab kesemua soalan yang disediakan..
"haihh tawakal je lah" gumam aku dalam hati..
+++
"masa dah tamat! Semua pelajar hantar pop kuiz sekarang!" arah Cikgu Kim..
Aku dengan teragak agak nak hantar pop kuiz tu sebab aku tahu aku tak berapa pandai sangat..
Tapi tak apalah aku tawakal.. Belajar dari kesilapan.. Semua orang buat salah dan silap..
Nobody perfect okayy
"bagi cikgu masa nak semak kertas kamu okay? Kamu boleh buat kerja sendiri.. Tapi jangan bising!" kami angguk dan aku apa lagi?
Terus keluarkan buku teks matematik untuk semak jawapan..
"alamak!" ha yee alamak kau..
Tak ada pun antara jawapan aku tulis tadi tepat dan sahih..
Ada la juga beberapa yang betul, tapi selebihnya semua nya fake..
"macam mana kalau aku kena denda?" gumam hati aku..
Aku tidak mahulah didenda hanya disebabkan oleh markah matematik aku teruk..
+++
Taehyung
Selepas 10 minit, aku dah siap tanda semua kertas pop kuiz tadi..
"baiklah pelajar, markah paling tinggi ialah Jeon Jungna dengan markah sebanyak 19/20.. Berikan tepukan" aku dan pelajar yang lain menepuk tangan kepada Jungna..
Tak sangka adik Jungkook pandai math ehh..
"dan markah yang paling rendah ialah Kim Eumji dengan markahnya sebanyak 3/20" aku berkata dengan muka yang kesian..
Jungna dengan semangat menepuk tangan untuk kawan baiknya..
Disambut oleh aku..
Dan barulah yang lain tepuk sekali..
Semangat je member..
Malu malu Eumji nak ambik kertas dia.. Aku tahu yang dia lemah subjek matematik..
Aku akan pastikan yang dia akan capai A dalam tangan..
Itu janji aku..
KRINGG
"baiklah memandangkan kelas cikgu dah tamat, maka sampai sini sahajalah pembelajaran kita pada hari ini.."
Semua pelajar bow dan ucap terima kasih..
Aku bow kembali lalu keluar dari kelas..
"ouh Eumji" wajah Eumji aku pandang..
"cikgu nak jumpa kamu lepas sekolah nanti ya? Cikgu tunggu kamu kat bilik guru cikgu" Eumji angguk dan aku berjalan ke bilik guru aku..
+++
Eumji
"kau okay tak?" tegur Jungna..
"entah la.. Aku takut la pulak nak jumpa cikgu Kim"
"alaa Cikgu Kim baik dengan kau kan"
"memanglah tapi aku kan dapat markah rendah, mesti cikgu sediakan denda yang mantap dengan aku" muka aku berubah sedih.."Eumji!" tegur Sana..
Aku pandang Sana..
"kau okay tak?" aku senyum dan angguk..
"aku dengar cikgu Kim tu nak basuh kereta dia, tapi tak jadi sebab dia selalu lepaskan pelajar yang datang lambat" sampuk si Jaera..
Tiba tiba aku rasa takut..
Takut nak jumpa dengan Cikgu Kim..
Sedang rancak kami berborak, tiba tiba ada seseorang masuk ke dalam kelas..
"Eh Jungkook?" dia senyum pada aku dan Jungna..
Ouh waktu sains la..
Semua pelajar yang berkumpul di meja aku terus kembali ke tempat duduk masing masing..
"selamat pagi semua.. Saya cikgu baru disini dan saya juga akan mengajar kamu subjek sains.." ucap Jungkook..
"cikgu hensem! Apa nama cikgu?" Jungkook terkejut bila Sana tegur macam tu..
Cehh tak habis habis menggedik..
"nama saya Jeon Jungkook" jawab Jungkook dan senyum pada aku dan Jungna..
"saya juga abang kepada Jungna" terlopong semua pelajar..
Manakala Jungna sudah berbangga diri oleh kerana abang nya yang hensem gitew..
+++
"nak aku temankan ke? Aku boleh je tunggu kat luar" pelawa Jungna..
"tak apalah.. Kau balik lah.. Jungkook pun nak balik awal kan tadi" aku hanya tersenyum hambar..
Tak nak lah susah kan Jungna hanya sebab aku didenda..
"Jungna jom balik" ajak Jungkook yang baru sahaja keluar dari pejabat..
Jungna angguk dan lambai pada aku..
"Eumji tak nak balik?" aku senyum nipis..
"tak apa lah, cikgu Kim nak jumpa Eumji.. Cikgu balik lah dulu" aku bow pada Jungkook..
"eishh jangan la panggil cikgu.. Panggil Jungkook ajela okayy?" Jungkook senyum pada aku..
"okayy" aku senyum balik..
"babai" aku lambai dorang..
Aku mengeluh dan pusing supaya berhadapan dengan bilik guru cikgu Kim..
"you can do this" aku mengetuk pintu bilik guru cikgu Kim..
Tiada sahutan..
"dia pergi mana? Dah balik ke? Boleh la aku terlepas" mata aku melilar mencari kelibat cikgu Kim..
Nasib baik tak ada..
Aku ambil kesempatan untuk lari..
"Kim Eumji"
TBC..
YOU ARE READING
MATEMATIK [KTH]
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang sering menjadi buah mulut para guru kerana dia salah seorang daripada tokoh pelajar di Seoul High School.. Dialah ratu dalam segala subjek.. Sains, sejarah, geografi, English, semua dia mahir.. Namun, dia juga sering...