ONE SEVEN

225 23 11
                                    

"annyeong puan" ucap aku lalu tunduk hormat pada Bae Irene..

"Eumji, datang juga.. Saya ada hadiah untuk awak memandangkan kau dah rosakkan peluang aku dengan Taehyung semalam!" tegas Bae Irene bercakap..

"m-maaf puan" ucap aku lalu tunduk hormat sekali lagi dan lagi..

"huh? Tiada maaf bagimu" katanya mendatar..

Aku hanya menunduk, tidak sanggup melihat muka gedik Bae Irene..

"kau, nampak baldi tu?" soalnya sambil menunjuk sebuah baldi dan kain buruk..

Aku angguk perlahan..

"kemas pejabat aku, aku nak makan.. Pastikan bersih!" katanya lalu pergi meninggalkan aku yang terpinga pinga..

Haihh kalau perangai dah buruk, memang buruk sampai ketua..

BUK!

Pintu dihempas dengan kuat tanda protes..

Masalah betul perempuan tu..

Aku mengeluh sekejap kemudian baldi aku capai sebelum memenuhkan ruangan kosong dengan air..

Sabun pencuci aku tuangkan sedikit bagi harum sikit bilik pengetua..

Seusai air penuh, baldi aku tarik dan mula mengemop, mengelap dan membersihkan apa yang perlu..

Mop aku capai dan rendam dalam baldi..

Aku perah sedikit agar ianya tidak terlalu basah..

Mop dilempar pada lantai lalu aku mula menggerakkan mop tersebut..

+++

Air aku tukar supaya tidak berbau hapak..

Kali ni aku cuba titiskan beberapa sabun pencuci yang berjenama Ajax kerana aku pernah tengok iklan Ajax dalam One HD haritu..

So, nak try la mana tahu wangi kalah downy ke kann..

Sehelai kain yang bercorak bunga yang hampir lusuh aku capai dan rendamkan dalam baldi kemudian aku perah kain tersebut..

Aku mula mengelap cermin tingkap, cermin, dan beberapa perhiasan yang mewah..

Puhh berhabuk gilosss..

Patut la mood pun macam tah apa apa..

Bilik berhabuk sangat, sampai hati pun turut berhabuk..

Aku berhenti di hadapan almari cermin yang mengandungi anugerah anugerah dan cenderamata dari luar negara..

"patut ke aku lap piala tu?" bisik hati aku..

Lap ajelah..

+++

Selepas 30 minit aku sebagai tukang cuci, akhirnya kerja aku sudah pun selesai..

Ucapkan selamat tinggal kotoran..

Selamat datang habuk yang akan datang..

MATEMATIK [KTH]Where stories live. Discover now