"okay deal" balas nya turut senada..
kami berdua sambung berjalan..
"cikgu, kenapa tak naik kereta?" soal Yeri..
"setakat hantar kau yang menumpang rumah orang yang duduk tak sampai satu kilometer dari rumah aku buat apa nak naik kereta? bazir minyak kereta aku je!" balas aku..
"penat la jalan kaki" rungut Yeri kasar..
"dah tu kau datang terbang ke?" soal aku kembali..
"eh mana ada, jalan kaki la" balasnya..
"haa dah tu? tak penat?" soal aku seakan memerli..
"hmm yela cikgu menang" balas Yeri malas..
kami berdua sekadar mendiamkan diri sehinggalah kami tiba di perkarangan rumah Eumji..
"dah sampai aku balik dulu" kata aku..
"okay, ingat tau janji tu!" pesan Yeri dengan bersemangat..
aku hanya tersenyum kemudian kepala dianggukkan tanda ya..
Yeri melangkah masuk ke dalam rumah sambil tangan melambai ke arah aku..
aku membalas lambaiannya sambil tersenyum..
tercuit juga hati aku dengan dia ni..
mata aku tercantap pada tingkap bilik Eumji..
Eumji sedang memerhati sekarang..
senyuman aku terus mati..
tanpa membuang masa, kaki aku terus melangkah menuju kerumah..
daripada aku buang masa kat sini, baik aku siapkan laporan aku..
+++
Eumji
aku mengeluh kecil..
anak mata aku hanya mengekori langkah cikgu Kim yang sedang menuju ke rumah..
dia tak senyum kat aku pun tadi..
muka dia beku
macam ais..
dan yang paling aku sakit, bila dia senyum dan lambai
pada Yeri..
kenapa dia?!
why?! why?! why?!
aku melabuhkan punggung aku di birai katil..
satu keluhan besar dilepaskan..
ya Allah serabutnya!
patutla Yeri tak ada kat rumah sepanjang hari ni..
rupanya Yeri pergi rumah cikgu Kim..
apa yang dia hasut kat cikgu Kim sampai cikgu Kim senyum kat dia?
+++
genap seminggu aku terperap di rumah..
nasib tak jadi jeruk je..
"daddy, Eumji dah siap" kata aku di hadapan pintu bilik daddy..
kemudian, kepala daddy terpacul di muka pintu dengan rambutnya yang serabut..
nampak sangat daddy baru bangun..
"daddy sakit perut la sayang, daddy tak pergi SOPA harini" balas daddy..
mata aku membulat..
"habis, Eumji nak pergi sekolah dengan siapa?" soal aku..
habis.. aku nak pergi sekolah dengan siapa pulak ni..
YOU ARE READING
MATEMATIK [KTH]
FanfictionMengisahkan seorang gadis yang sering menjadi buah mulut para guru kerana dia salah seorang daripada tokoh pelajar di Seoul High School.. Dialah ratu dalam segala subjek.. Sains, sejarah, geografi, English, semua dia mahir.. Namun, dia juga sering...