Di pejabat milik Song Joongki. Joongki hanya menatap sedih ke arah bingkai gambar dia bersama dengan abang kandungnya Song Jaehan yang sedang tersenyum bersama. Dia mengusapnya dengan lembut.
Dia rindu dengan mendiang abangnya. Dia juga sudah berjanji dengan Jaehan yang dia akan menjaga baik-baik ketiga-tiga abangnya itu.
"Hyung.. anak-anak hyung semua sihat tapi aku tahu mereka semua rindu sangat dengan hyung.."
Joongki mengeluh kecil. Banyak bebanan yang dia tanggung sejak Jaehan meninggal dunia. Dia kena uruskan segalanya. Tetapi nasib baik Jihyo ada menolongnya menguruskan rumah lagi-lagi memantau pergerakan Jimin, Taehyung dan Jungkook di rumah.
🥀🥀🥀
Jiae melihat sebuah bingkai gambar yang besar yang tergantung di sebuah bilik yang agak lama. Di situ dia dengan Ara ditugaskan untuk mengemas bilik itu. Jiae melihat gambar itu dengan lama. Ada tiga orang budak lelaki yang masih kecil di dalam gambar itu. Dia kenal juga Puan Song yang berdiri di sebelah seseorang yang dia tidak kenal.
"Jiae dahlah tu! Tolong lah unnie sini!"
Ara yang sibuk menyusun teratur barang-barang antik tersebut di dalam kotak yang besar. Segera Jiae datang dan menolong Ara memasukinya.
"Ara unnie.."
"Hmm?"
"Kenapa ada Puan Song seorang sahaja dalam rumah ni? Tapi dalam gambar tu mereka semua tu siapa unnie?" tanya Jiae lalu menunjuk ke arah gambar yang besar yang tergantung itu kepada Ara.
Ara pun pelik juga. "Manalah unnie tahu? kan kita baru je kerja dalam beberapa hari" Jawab Ara semula. "Ara Unnie rumah agam ni misteri sangat lah. Teringin Jiae nak tahu sejarah keluarga song ni".
Ara menampar lembut bahu jiae "Kau ni Jiae jangan sibuk nak tahu pasal hal orang lain boleh tak?! Buat kerja tu" Tegur Ara. Masih banyak lagi perlu disusun.
"Tapi kan unnie. Jiae ada nampak sesuatu yang pelik lah?" berkerut dahi Ara mendengarnya.
"Pelik? Apa dia?" soal ara ingin tahu.
"Ada lelaki ke dalam rumah ni? Hari tu Jiae tengok ada lelaki dekat taman belakang rumah. Tapi kan unnie lelaki tu siap senyum dekat Jiae siap lambai lagi! Jiae terus lari. Ingatkan hantu!" Jiae masih ingat lagi kejadian tersebut. Tak cukup tanah dia lari.
"Lelaki?"
Ara pun sama seperti Jiae. Dia juga sering nampak kelibat lelaki di dalam rumah ni. Tetapi dia tidak menghiraukannya. Ara yakin lama kelamaan dia dan bersama yang lain pasti tahu pasal rumah agam milik keluarga song ini.
Ara pergi ke bilik sebelah untuk melihat Sunmi. Jiae dibiarkan kemas apa yang sepatutnya. Dia melihat Sunmi sedang menyusun beberapa kotak. Dia pun datang dan menolongnya. Melihat Sunmi hampir siap lagi bagus dia bantu. Boleh dia dengan Sunmi pergi ke bilik tu semula menolong Jiae.
Mereka berdua mula kepenatan dan duduk sementara untuk berehat. Ara mula teringat perbualannya dengan Jiae tadi. "aku rasa tak sedap hati lah unnie" luah Ara. Sunmi yang ingin minum air mula berhenti seketika.
"Kenapa pula ni Ara?".
Dia mula membuka botol mineral itu dan meminumnya. Menunggu balasan dari Ara. "Macam ada orang perhatikan kita semua dalam rumah ni" Sunmi yang mendengar hal itu mengeluh kecil.
Dia tahu Ara dengan Jiae sering mengadu kepadanya. Dia pun rasa begitu tetapi dia tidak mahu Puan Song akan menghalau mereka semua disebabkan perkara ini.
"Imaginasi kamu jer tu"
Sunmi mula bangun lalu diikuti Ara.
"Ta-tapi"
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Fanfiction" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...