20🥀

1.8K 247 13
                                    

Jihyo mula keluar dari bilik jimin setelah keadaan jimin semakin membaik. Dia melihat sunmi yang masih lagi berdiri di luar.

"Sunmi kenapa masih lagi berdiri dekat luar ni? masuklah jimin dah mula okay sikit tapi dia sedang tidur" ujar jihyo.

"Unnie boleh saya tanya?"

"Apa dia?"

"Sebenarnya jimin tahu ke siapa pembunuh mendiang tuan song dulu? bukan apa sunmi tanya sebab sunmi pelik kenapa dia tadi sebut nama appa beberapa kali"

Jihyo mengeluh lalu menceritakan segala galanya pada sunmi.

Flashback

Jihyo yang baru sahaja balik bersama dengan jungkook dan taehyung tiba-tiba berasa pelik melihat terdapat banyak kereta polis berkumpul di depan rumah agam milik keluarga tuan song.

"Nuna kenapa polis ada dekat rumah kita?" tanya taehyung ingin tahu. "Nuna pun tak tahu lah tae. Jom kita masuk sekarang"Jihyo memegang erat tangan kecil jungkook dan juga taehyung masuk ke kawasan tersebut.

Tiba-tiba dihalangi salah satu pegawai polis yang bertugas menyiasat tempat tersebut.

"Maaf cik ni siapa?"

"Maaf tuan ni song jihyo. Dia anak kepada pembantu song. Dua orang budak ni anak kepada tuan song" ujar driver yang menghantar jimin balik tadi.

"Apa yang berlaku pakcik? kenapa polis ada dekat sini?"

"Mari ikut pakcik masuk dalam. Nanti jihyo akan tahu" ajaknya. Dia sendiri tidak sanggup memberitahu jihyo apa yang terjadi sebenarnya.

Jihyo menarik jungkook dan taehyung mengikutinya. Jihyo melihat beberapa pegawai polis membawa sesuatu seperti mayat yang dilitupi dengan kain hitam meletakkannya di hadapannya.

"Jungkook dengan taehyung mari dengan pakcik berdiri dekat sini" mereka berdua hanya mengangguk dan berdiri jauh sedikit daripada jihyo.

Apabila salah satu pegawai polis membuka kain hitam itu membuatkan jihyo terkedu. Ibu bapanya yang berbaring kaku dan pucat langsung tidak bernyawa. Dia terduduk lemah dan meraung kuat.

"Tak! tak mungkin!!! omma!! appa!!! jangan tinggalkan hyo!!!" Jihyo memeluk erat mayat kedua dua ibu bapanya dan menangis dengan kuat.

Taehyung dan jungkook pun terkejut. Mereka berdua hanya diamkan diri. Jungkook yang tak dapat menahan tangisannya itu mula menangis. Sama seperti taehyung.

Pembantu song sememangnya begitu rapat dengan keluarga song. Jihyo meraung dengan kuat dan dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibu bapanya pergi meninggalkannya begitu cepat.

Tiga lagi mayat dibawa keluar. Jungkook dan taehyung berlari ke arah ibu masing-masing.

"Omma! omma!! bangun lah ni kookie!!" Tangan kecil jungkook menyentuh wajah ibunya yang pucat itu dengan lembut.

"Omma! tae dah balik!! omma!! bukalah mata ni!! tae ada dekat sini!!" digeraknya bahu ibunya dengan lembut.

"Kook sayang omma! janganlah buat kookie macam ni. Omma sayang kook kan?" Jungkook mula menangis dengan kuat dan memeluk erat tubuh ibunya yang tidak bernyawa itu lagi.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now