"Ish unnie ni! asyik aku je yang kena beli barang! pemalas!" Bebel jiae dan mulutnya tidak habis menyumpah seranah dan mengutuk kedua-dua sahabat baiknya itu.
Dengan perasaan geram dia mengambil lalu mencampak dengan kasar barang-barang yang diambilnya daripada rak ke dalam bakul.
Selesai sahaja dia mendapatkan semua barang keperluan. Dia semak semula barang-barang di dalam bakul tersebut. "ok! semua ada!" ujarnya bersemangat lalu pergi ke kaunter pembayaran. Dia menunggu gilirannya dengan sabar.
Seorang lelaki juga menuju ke kaunter pembayaran yang sama. Dia beratur di belakang jiae. Dia seperti kenal akan figura seorang wanita berada di hadapannya. Apabila dia melihat jiae meletak satu persatu barang-barang di atas kaunter pembayaran baru dia dapat melihat dengan jelas wajah wanita tersebut.
Hal itu membuatkan dia tersenyum lebar. Dia merindui wanita yang bernama song jiae setelah lama dia tidak bertemu dengan jiae di sekolah menengah dahulu.
"Semuanya 126won" ujar pekerja itu lalu menyimpan semua barang-barang jiae ke dalam beg plastik. Jiae mengangguk kecil lalu mencari dompetnya di dalam beg kecilnya.
Dia berasa pelik kenapa dia tidak menjumpai dompet duit miliknya. "Setahu aku ada dalam beg ni? mana dompet aku ni?"puas jiae mencarinya dan menyelongkarnya.
Tetapi malangnya dompet duitnya tiada di dalam begnya. Dia cuba mengingatinya kembali. "aish! tak guna!" jiae memejam matanya lalu mengeluh.
Dompet duitnya terletak di meja sebelah katilnya. Akibat terlalu marah kerana disuruh sunmi dengan ara tadi untuk membeli barang. Dia sampai terlupa mengambil dompetnya tadi. Dia menyesal.
Jiae memandang pekerja itu dengan wajah yang kelat dan dia terpaksa memulangkan semula barang-barang tersebut.
"Saya tak ja---" Belum sempat jiae menghabiskan kata-katanya tadi tiba-tiba lelaki tadi memotong percakapannya.
"Saya bayarkan dan tolong kira sekali dengan barang-barang saya" senyumnya lalu mengeluarkan kad kredit miliknya.
"Hoseok?"
Jiae hanya melihat hoseok melakukan pembayaran. Apabila mereka berdua keluar dari kedai itu. Segera jiae mengambil plastik barang-barangnya yang dibawa oleh hoseok dari tadi.
"Gomawo hoseok"
"Mari saya hantar awak balik"
"Eh! tak mengapa. Saya boleh naik bas" tolak jiae lembut. Baru jiae hendak pergi dari situ hoseok menarik tangannya lembut.
"Biar saya hantar awak jiae. Lagipun saya tahu awak tak larat nak angkat barang-barang ni semua ni kan? Lagipun saya ada banyak benda nak borak dengan awak" pujuk hoseok.
"Baik lah"
Akhirnya jiae menyetujuinya.
________________________
Malam itu minho baru sahaja keluar daripada balai polis setelah mengambil file yang diperlukan. Sedang dia berjalan menuju ke kawasan kereta yang diparking olehnya dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengikutinya daripada belakang.
Dia dapat melihat bayangan seorang lelaki yang misteri disebabkan cahaya lampu yang dihidupkan pada waktu malam. Minho tersenyum sinis lalu membuka langkah melarikan diri dahulu dengan pantas.
Dia ada rancangan. Dia mula meluru lelaki itu ke kawasan lorong yang sunyi. Tanpa lelaki itu sedar dengan satu tendangan kuat dari belakang mengena tubuh badannya. Lelaki misteri itu tumbang.
"Siapa upah kau! jawab!" minho mula menarik kasar kolar baju lelaki tersebut. "Tuan aku pesan jangan masuk campur dalam kes keluarga song kalau tak mereka semua akan kena bunuh" balasnya sambil ketawa sinis.
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Hayran Kurgu" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...