Jungkook memegang erat pisau tersebut. Perlahan lahan dia mendekati joongki dari belakang. Joongki menjerit namanya berulang kali. Dia menunggu masa yang sesuai untuk menikam orang gila tersebut.
"Jiae!!!"
"Unnie buat apa dekat sini?!! lari unnie lari!!"
Jiae menyuruh sunmi melarikan diri tetapi sunmi mengelengkan kepalanya pelan. Dia mula melutut lalu merayu.
"Jebal lepaskan kawan saya tuan song"
Joongki hanya mengabaikannya sambil tersenyum sinis. Dia mahukan jungkook sekarang ini.
"Argh!!"
Belakangnya ditikam lalu jiae melarikan diri ke arah sunmi. Joongki menolak jungkook dengan kasar. Bahu jungkook dipijak. Jungkook menjerit kesakitan tak terhingga.
"Argh!!!!!"
"Budak bodoh!!!"
Sunmi mula berlari ke arah joongki ingin mencapai pistol tersebut sebaliknya dia ditampar kuat sampai dirinya tersungkur jatuh.
"Tak guna punya manusia jahanam macam kau hidup!!!" Kerana emosinya terlampau marah tanpa berfikir jiae meluru ke arah joongki. Dia ingin mencekik orang tua itu sampai mati.
"Argh!!!"
Joongki memijak bahu jungkook dengan kuat sampai dia tak berdaya lagi menanggung kesakitan lalu pengsan. Dia melihat ke arah jiae lalu pistol miliknya diangkat.
BBANG!!
"Unnie!!!!"
Jiae berlari lalu menyambut sunmi. Darah membuak buak keluar dari perutnya. "Unnie!! jangan lah macam ni" dia mula menangis tidak sangka sunmi sanggup menyelamatkan dirinya. Melihat jungkook tidak sedar joongki menolak tubuh jungkook menggunakan kakinya sahaja ke tepi.
Dia mula menghampiri jiae. Rambutnya ditarik kasar.
"Gila! dasar tak guna!!"
"Kau cakap aku apa perempuan!"
"AKU CAKAP KAU ORANG GILA!"
"AKU TAK GILA!" Tengkingnya lalu menampar wajah jiae dengan kuat. Jiae ketawa sinis. "Kau gila kau tak nak akui?" perli jiae dan itu menimbul kemarahan besar joongki.
Dia mula menumbuk jiae sepuas yang mungkin sampai jiae pengsan. Baru puas hati dia melihat gadis itu penuh dengan lembam disebabkannya.
"4 selesai! 5 orang lagi belum"
Pisau yang berada dibelakangnya ditarik.
"Argh!! tak guna!!"
Dia boleh tahan lagi luka tikaman tersebut. Baginya tikaman ini biasa kerana tidak mengena abdomen yang penting. Dia pernah kena lebih teruk lagi sebelum ini. Lupa dia kan gila. Dia tak peduli darah itu mengalir pun.
Yang penting dia mahu pengsankan atau membunuh semua orang dalam rumah ini. Ya kejadian 15 tahun lepas berulang semula.
Dia mula pergi dari situ mencari mangsa baru."Andwae..."
Jimin menghampiri jungkook lalu mengerakkan badannya. Tetapi tiada respon. Dia pergi ke arah jiae. Jiae pun sama pengsan tidak sedarkan diri. Apabila dia melihat satu tubuh tidak jauh dari jiae.
"Sunmi?" panggilnya perlahan.
Walaupun dalam gelap jimin pasti itu adalah darah. Dia memegang perut sunmi perlahan. Tangan dia mengeletar teruk. Air matanya mula jatuh dan kepalanya digeleng perlahan.
"Andwae! sunmi ahhh"
Dia menarik tubuh sunmi lalu memeluknya erat. Dia menangis sepuasnya.
"Jangan tinggalkan saya jebal!! saranghae sunmi ahh"
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Fanfiction" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...