Dalam kereta Puan Song mereka semua berbual mengenai kehidupan yang pernah terjadi sebelum ini. Puan song tersenyum bila ketiga-tiga perempuan ni sentiasa bersama tidak kira susah ataupun senang.
Tidak sia-sia dia mengambil tiga orang perempuan ini bekerja bersama dengannya. Mereka masuk ke dalam perkarangan rumah agam milik keluarga Song.
"Wah cantiknya!!"
Ara bersama Jiae menjerit kecil.
" Mari keluar!"
Mereka bertiga mengangkat beg galas masing-masing masuk ke dalam rumah agam itu. Mereka bertiga kagum melihat rumah agam milik keluarga Song yang begitu cantik dan besar. Struktur rumah itu sangat mewah.
Mereka bertiga mula masuk ke dalam rumah agam tersebut. Jiae yang paling teruja sekali antara mereka bertiga.
"Wah besarnya rumah ni?! rumah ini istana ke apa?!!" tanpa Jia sedar jeritan dapat didengari membuatkan Puan Song tergelak kecil baginya Jiae amat comel.
Sunmi yang berasa malu itu terus mencubit lengan Jiae supaya bersopan sedikit bila masuk ke dalam rumah orang
"Jiae perlahankan suara kamu tu?! ni rumah orang lah. Maafkan kami ya Puan Song"
"Tak mengapa lah. Rumah ni agak sunyi sedikit. Saya pun rindu nak dengar bunyi bising macam dulu. Mari ikut saya. Saya tunjukkan bilik kamu bertiga dahulu"
Mereka bertiga mengikut Puan Song dari belakang dan naik satu persatu anak tangga. Puan song mengeluarkan kunci dan membuka pintu bilik buat mereka bertiga.
"Wah!! cantiknya!!"
Ara bersama Jiae berlari masuk ke dalam dan memilih katil masing-masing sambil itu mereka berdua melompat lompat di atas katil. Sunmi geram dengan perangai dua orang ini yang tak reti duduk diam. Buat malu dia sahaja.
"Maaf ya puan song"
"Tak mengapalah lagipun saya gembira tengok mereka berdua macam ni. Saya tak kisah pun Sunmi"
"Bila kami bertiga boleh mula bekerja Puan Song?"tanya Sunmi.
"Esok pagi pukul 8 tunggu dekat bawah"
"Baik lah Puan Song"
Mereka bertiga mengangguk faham.
"Hari ni awak bertiga berehatlah. Saya tahu awak semua penat. Kalau nak makan ke apa-apa ada dekat dapur ambil lah saya tak marah. Cuma saya nak ingatkan jangan naik ke tingkat 3 faham?"
Mereka bertiga mengangguk faham lalu Puan Song meminta diri untuk keluar.
"Kenapa kita tak boleh pergi ke tingkat 3 unnie?"
"Nak kena halau dari sini ke tak? Kalau tak nak dengar jelah cakap Puan Song tu"
Sunmi memberi peringatan lagi sekali kepada dua orang sahabat baiknya itu.
🥀🥀🥀
"Nuna nak apa jumpa kami semua dekat sini?" Tanya Jungkook dengan nada yang dingin. Jihyo hanya merenung tajam ke arah Hungkook. Renungan tajam Jihyo itu membuatkan Jungkook mengalihkan pandangannya tempat lain.
"Nuna cuma nak beritahu yang ada tiga orang akan bekerja dengan nuna mulai esok. Tolong nuna kemas rumah ni" Ujar Jihyo.
"Yeoja ke?"
Teka Taehyung dan Jihyo mengangguk kecil.
"Cuma satu sahaja nuna nak pesan. Jangan terkejut pula jumpa orang lain dalam rumah ni sedangkan nuna dah beritahu. Kalau apa-apa jadi dengan mereka bertiga. Kamu bertiga yang akan nuna cari dulu! faham?"
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Fanfic" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...