6🥀

2.7K 359 25
                                    

"Sunmi unni--"

Ara melihat Sunmi yang sedang berlari anak melimpasinya tanpa teguran dan tanpa balasan apabila dia menegur Sunmi. Ara pelik melihatnya.

"Dah kenapa dengan Sunmi unnie ni?"

Soalnya dan tanpa membuang masa Ara menuju ke bilik muzik dengan segera kerana telefon bimbit kepunyaan tertinggal semasa dia mengemas bilik tersebut bersama dengan Jiae pagi tadi.

Ara membuka pintu tersebut perlahan dan dia melihat Taehyung yang sedang tidur lena di atas sofa berhampiran dengan meja. Dia melihat telefonnya berada di atas meja. Tapi dia takut menuju ke arah sana, takut yang Taehyung terjaga.

Ara cuba menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Dia mula berjalan dengan perlahan dalam keadaan senyap supaya Taehyung tidak terjaga disebabkan dia. Ara menekup mulutnya sendiri memastikan mulutnya tidak mengeluarkan apa-apa bunyi.

Baru sahaja dia hendak mencapai telefonnya itu tiba-tiba tangan seseorang menangkap pergelangan tangannya. Ara terjerit kecil lalu jatuh terduduk kerana terkejut. "aduh sakitnya punggung aku.."rungutnya.

Taehyung tergelak kecil lalu bangun dan menolong ara untuk bangun. "mianhae.. saya ingatkan ada orang cuba curi barang-barang ada dalam bilik ni" ujar Taehyung. Ara tersengih " Eh saya tak mencuri lah. Saya cuma nak ambil telefon saya yang tertinggal dekat atas meja ni"

Taehyung melihat telefon Ara yang jatuh di atas lantai lalu mengutipnya. "Terima kasih Taehyung" Baru Ara hendak mengambil telefonnya daripada Taehyung tiba-tiba Taehyung mengangkatnya telefon itu ke atas. Hairan Ara dibuatnya.

Taehyung tersenyum senget."Bila masa saya cakap saya nak bagi telefon awak balik Jung Ara?" Mata Ara membesar. "Tapi Taehyung tu telefon saya!" Ara cuba merampas telefonnya daripada Taehyung.

Tetapi Taehyung lagi pantas darinya. Dia terus menyimpan telefon Ara di dalam poket seluarnya. "Kenapa awak buat saya macam ni? saya nak telefon saya jelah" Ara mula tak berpuas hati. Taehyung mula menunduk kepalanya supaya lebih dekat dengan wajah cantik milik Ara.

Dia mengusap perlahan wajah Ara. Ara mula kaku dengan perbuatan Taehyung. Mata dia terkebil kebil melihat Taehyung. Taehyung pula melihat satu persatu wajah cantik milik Ara lalu tersenyum manis.

"Pretty"

Bisikannya dapat didengari oleh Ara. Ara sedar dengan perbuatan Taehyung lalu menepis kasar tangan Taehyung yang menyentuh mukanya. "Awak cuba buat apa ni?" soal Ara dengan nada marah.

Tanpa Ara menduga secara spontan Taehyung menolak Ara ke arah sofa sampai jatuh. Belum sempat Ara bangun Taehyung terlebih dahulu meletakkan kedua dua tangannya di sisi Ara supaya Ara tidak melepaskan diri.

"Awak cuba cabar saya ke Jung Ara?"

Ara mula meletakkan kedua dua tangannya di dada milik Taehyung apabila Taehyung cuba mendekati dirinya. Dia cuba menahan Taehyung.

"Mana ada saya cabar awak!! sa-sa-ya" Ara mula gagap. "Saya apa hurm?" Taehyung cuba mengusiknya. Ara memejam matanya kerana takut.

Tiba-tiba kedengaran bunyi gelak tawa milik Taehyung. Terus Ara membuka matanya. Dia mula mencebik bila melihat Taehyung ketawakan dia. Ara mula bangun dan ingin beredar dari situ tetapi Taehyung dengan segera mencapai tangan Ara dengan lembut.

"Apa lagi awak nak?!" jerit Ara geram.

Taehyung menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Ara. "Ambil lah. Saya bergurau je pun tadi "hulurnya. Baru Ara hendak merampasnya tiba-tiba Taehyung mengangkat telefon itu ke atas lagi sekali . Ara terus terus jatuh dalam dakapan Taehyung.

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now