"Jimin awak salah faham! Dia kawan saya! beberapa kali saya nak terangkan dekat awak ni!!" jimin ketawa sinis. Dia susah mahu percaya.
"Jimin jangan lah buat saya macam ni! saya tak selesa!" jerit sunmi kuat dan cuba melepaskan diri. Dia betul-betul tak tahan dengan sikap jimin yang makin melampau batas bila bersamanya.
"Awak tak selesa dengan saya tapi awak selesa dengan dia?"
"Jimin tolonglah lepaskan saya. Sakitlah!!"
Dengan kudrat masih ada sunmi menolak kuat dada jimin dengan kuat sampai jimin terjatuh. Dia mula turun dari katil dengan pantas ingin mencapai tombol pintu tersebut.
Belum sempat tangannya hendak mencapai tombol pintu. Bajunya ditarik kasar oleh jimin lalu menolaknya kasar ke atas katil semula.
"Lepaskan saya jimin!!!" jerit sunmi kuat dan jimin geram lalu mencium bibir sunmi dengan kasar. Sunmi menolak jimin beberapa kali. Dia tidak mahu ciuman yang dipaksa.
"Jimin?!"
Jerit jihyo terkejut melihat keadaan mereka berdua.
"Unnie!!"
Baru sahaja sunmi hendak bangun. Dengan pantas jimin memeluknya dari belakang. Erat.
"Unnie!! tolong sunmi!!" rayu sunmi dan jihyo dapat lihat dengan jelas yang sunmi ketakutan.
Jihyo melirik ke tepi. Tangan kanannya dibawa ke belakang. Dia menyorok jarum suntikan buat jimin. Perlahan lahan dia mula menghampiri mereka berdua.
"Chim lepaskan sunmi, sakit dia kalau jimin buat dia macam tu" ujar jihyo lembut menyuruh jimin melepaskan sunmi. Dia dapat lihat bibir sunmi bengkak dan beberapa kesan hickey di leher sunmi. Jimin merenung tak suka.
"Nuna jangan sibuk boleh tak?! ni hal jimin dengan sunmi biar jimin selesaikan sendiri!"
"Jimin buat dia sakit. Dengar cakap nuna hmm?" pujuk jihyo dan perlahan lahan kakinya bergerak menghampiri mereka berdua.
"Tak nak! nuna keluar sekarang juga!!" jerit jimin lalu mempereratkan lagi pelukannya. Dia tidak mahu urusannya diganggu.
Jihyo dapat lihat keadaan jimin sudah tidak terkawal lagi. "Jimin dengar lah cakap nuna kamu"pujuk sunmi.
"Awak diam!" tengkingnya kasar dan sunmi mula rasa takut. Keadaan mula tegang. Jihyo takut jimin akan bertindak yang bukan-bukan kepada sunmi bila-bila masa.
Jadi dia kena bersabar dan jarum suntikan disembunyikannya di belakangnya. "Baiklah kalau macam tu. Sunmi kamu peluk jimin sekarang juga" arah jihyo dan mata sunmi terkebil kebil.
"Sekarang juga sunmi peluk dia semula" lantang suara jihyo menyuruhnya. Sunmi mengangguk
Jimin tersenyum sendiri lalu membalas pelukan sunmi. "Sekarang tahan dia!" jerit jihyo kuat lalu sunmi bertindak menahannya. Dengan pantas jihyo berlari ke arah jimin. Mereka berdua sedaya upaya menahan jimin yang sedang memberontak seperti orang gila.
"Lepaskan aku lah?!!"
Akhirnya jimin bertenang setelah diberi suntikan sebentar tadi. Jihyo menyuruh jimin tidur dan jimin menurut apa yang disuruhnya. Setelah memastikan jimin tidur. Jihyo menarik tangan sunmi keluar dari bilik itu.
"Beritahu saya apa yang dah jadi antara kamu dengan jimin?" Tajam jihyo memandang sunmi.
Sunmi mula menceritakan segalanya pada jihyo dari mula. Jihyo mengeluh kecil kerana jimin mempunyai sikap cemburu yang keterlaluan.
"Maafkan saya sunmi nanti saya ganti balik telefon kamu yang dah rosak tu. Sekarang saya nak kamu masuk bilik dan berehat"pinta jihyo.
Sunmi hanya mengangguk lalu pergi.
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Fanfic" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...