Jiae menyiku pinggang sunmi pelan dan bibirnya menjuih ke arah ara yang sedang termenung. Dari tadi ara tidak bersuara kalau sebelum ini dia yang selalu bising bersama jiae bila waktu sarapan pagi.
"Ara.."
Ara masih lagi termenung dan tidak sedar sunmi memanggilnya beberapa kali. Jiae mula geram.
"Ara unnie!!"
Terhinjut bahu ara mendengar jeritan jiae.
"Apa?"
Ara memandang ke arah mereka berdua.
Mereka berdua mengeluh lalu menggelengkan kepala. "kau ada masalah ke ara?" tanya sunmi risau. Ara tersengih cuba menyembunyikan hal sebenar.
" Tiada lah cuma ara penat sejak menjak ni tu lah asyik termenung tu" tipunya dan mereka berdua hanya mengangguk faham.
Tiba-tiba Jihyo datang menghampiri mereka bertiga. Terus mereka semua bangun dan mengucap selamat pagi kepada jihyo. Jihyo memberi tugasan kepada jiae dan sunmi kecuali ara. Ara pun pelik pada mulanya tetapi mereka semua hanya mengikut sahaja.
"Awak berdua boleh mulakan kerja sekarang. Ara ikut saya"
Ara mengikuti jihyo daripada belakang dengan patuh manakala jiae dan sunmi hanya memerhati kelibat jihyo dan ara mula menghilang. Tanpa membuang masa mereka berdua mula melakukan tugas masing-masing.
Ara mengikuti jihyo ke satu tempat. Rupanya di halaman belakang rumah. Jihyo menjemput ara untuk duduk.
"Duduk lah dan saya nak bincang dengan kamu pasal sesuatu" Ara mengangguk lalu mengambil tempat duduknya dengan cepat.
"Pasal apa puan? saya ada buat salah ke?" tanya ara sedikit takut fan jihyo tersenyum kecil.
" Bukan tapi pasal taehyung"
Membesar mata ara bila jihyo menyebut nama taehyung. Dia mula takut. jihyo dapat lihat reaksi ara itu.
"Saya tahu yang taehyung suka kamu ara tapi semalam awak tak tahu kan macam mana nak tolak dia elok-elok" Ara hanya menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah.
"Macam ni lah ara. Saya nak buat perjanjian dengan kamu. Layan taehyung dengan baik. Saya akan naikkan gaji kamu dan kawan-kawan kamu" Mendengar tawaran itu terus ara memandang jihyo.
"Layan taehyung?!" Ara cuak.
Jihyo tergelak kecil lalu mengelengkan kepalanya pelan. "Maksud saya bukan layan taehyung macam yeoja murahan dekat luar sana. Tapi layan taehyung macam kekasih kamu sendiri. Saya yakin taehyung akan layan kamu ni orang istimewa buat dia" Ara akhirnya faham.
"Tapi sampai bila puan?"
"Sampai kamu betul-betul berhenti kerja daripada sini" Ara mula berfikir dengan mendalam mengenai tawaran tersebut.
"Tapi macam mana kalau taehyung betul-betul cintakan saya nanti?" jihyo tersenyum lebar.
"Jangan risau biar saya yang uruskan hal itu. Jadi macam mana kamu setuju?".
Ara mengangguk lalu membuat perjanjian dengan jihyo sama yang dilakukan oleh sunmi.
🥀🥀🥀
Sunmi membuka pintu bilik lukisan milik jimin. Dia tahu mesti jimin yang menyuruh jihyo mengarahnya masuk ke bilik itu. Kononnya nak kemas bilik itu. Bukannya dia tak tahu perangai jimin yang sebenar.
"Jimin?"
Sunmi terkejut apabila matanya ditutup daripada belakang. Sunmi tahu yang tangan ini kepunyaan jimin. "Jimin awak buat apa ni?" soalnya.
"Saya ada sesuatu nak tunjuk dekat awak! jalan ke depan dulu" sunmi mengangguk lalu berjalan mengikuti arahan jimin.
"Stop! berdiri dulu dekat situ. Tutup mata awak dulu. Jangan buka dulu" Sunmi faham lalu mengangguk. Jimin menghampiri sebuah lukisan yang ditutup oleh kain putih lalu menariknya.
"Awak boleh buka mata awak"
Perlahan lahan sunmi membukanya. Terkejut dia melihat wajahnya yang dilukis dengan sempurna. Dia suka dan kagum lalu melihat jimin tersenyum manis ke arah nya.
"Macam mana awak suka tak?" tanya jimin dan dia risau sunmi tidak menyukai lukisannya itu.
"Cantik! saya suka sangat! bila awak buat?" Sunmi melihat lukisan itu. Jimin menghampiri sunmi lalu memeluknya dari belakang.
Dia meletakkan dagunya di atas bahu sunmi. Diciumnya sekilas wajah sunmi. "Dua hari lepas. Saya lega awak suka" Dia mengeratkan lagi pelukannya. Sunmi hanya membiarkannya.
"Sunmi awak cintakan saya kan?"
Soalan itu membuatkan sunmi diam. Dia memandang jimin sambil tersenyum manis.
🥀🥀🥀
Ara mencari cari keberadaan taehyung. Puas dia mencari taehyung dekat situ.
"Mana taehyung ni? tadi puan song kata dia ada dekat sini?" Dia mengaru kepalanya yang tak gatal itu. Dia buntu. Dia mengeluh lalu berpusing ke belakang.
Kepala nya terkena dada seseorang. Perlahan lahan ara mendongak ke atas. "Buat apa dekat sini?" tanya taehyung dingin. Ara tersengih lalu menjarakkan diri daripada taehyung sedikit.
"Saya nak minta maaf pasal semalam" luah ara lembut. Taehyung tersenyum sinis. "Awak ingat senang ke saya nak maafkan awak?"
Ara hanya bersabar. Kalau bukan disebabkan permintaan puan song jangan harap dia datang sini nak minta maaf dengan lelaki ini.
"Habis tu awak nak saya buat apa taehyung?" Ara tersenyum manis. Kening taehyung terangkat lalu senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mula rasa hatinya tak keruan.
"Teman saya makan"
"Apa?"
Taehyung hanya tersenyum kecil lalu menarik tangan ara dengan lembut. Sekali
sekala dia suka mengusik ara.🥀🥀🥀
"Selamat datang!"
Joongki mula berjabat tangan dengan tiga orang bersama anak-anak mereka untuk bekerjasama dengannya. Yoongi hanya tersenyum lalu duduk di sebelah tuan min.
Yoongi melihat dua orang sebaya dengannya. Dikenali sebagai kim namjoon dan jung hoseok. Yoongi tahu mungkin diantara salah seorang ini yang ingin merampas syarikat keluarga song. Tuan min sudah memaklumkannya awal-awal.
Tuan min juga memberi peringatan kepadanya supaya menghalang mereka semua. "Lama tak jumpa kamu semua terutamanya kamu joongki! Sihat?" Tanya tuan kim.
Joongki hanya tersenyum. "Saya sihat tuan kim jangan risau. Nampaknya kamu bertiga membesar dengan baik. Nanti bolehlah bekerjasama dengan jungkook, jimin dan taehyung" mereka bertiga tersenyum kekok.
Joongki mula menyerahkan satu persatu dokumen yang penting untuk ditandai. Sebagai bukti kerjasama antara mereka semua.
"Gomawo sebab sudi bekerjasama dengan saya" ujar joongki. Yang lain hanya tersenyum dan mengangguk. Selepas 30 minit mesyuarat antara mereka semua selesai. Masing-masing meminta diri untuk pulang.
Tanpa mereka semua sedar ada seseorang tersenyum sinis walaupun luarannya nampak baik di mata orang. "Jangan ingat syarikat keluarga song ni akan jatuh dekat tangan kamu semua! Tak lama lagi syarikat ini akan jadi milik aku dengan mutlak!" dalam dia berkata.
Dia hanya tersenyum lebar menipu niatnya yang sebenar. Melalui kerjasama ini antara semua orang dan lagi-lagi syarikat song sendiri yang termasuk. Membuatkan dia senang untuk melakukan rancangannya.
Dia mempunyai agenda tersendiri dan rancangan licik untuk memperdayakan semua orang. Sememangnya dia seorang yang berdendam dan pentingkan diri sendiri.
🥀🥀🥀
Jangan lupa vote tau!
fighting!❤️
TBC..
YOU ARE READING
[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK
Fanfic" Your love is like poison, Its killing me slowly" PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJK ---------------------------------------- Tiga orang sahabat baik yang berumur 21 tahun dikenali sebagai Song Jiae, Jung Ara dan Choi Sunmi hidup di dalam kesus...