18🥀

1.8K 246 10
                                    

"Jimin! jangan macam ni!"

Sunmi mula menolak kuat dada jimin. Dia bergelut untuk melepaskan diri.

"Lepaskan saya! lepaskan saya!!" jeritnya kuat. Tetapi pegangan jimin erat. "Shuh.. jangan degil" dia mula mencium lembut leher sunmi dan sunmi cuba menolaknya lagi.

"Jebal! tolong!!"

Melihat sunmi masih berdegil lagi membuatkannya jimin geram. Dia mula mencempung badan sunmi dan menuju ke arah katil lalu mencampaknya. Belum sempat sunmi ingin bangun daripada katil tersebut jimin sudah pun berada di atas badannya.

"Jimin kita boleh bincang baik-baik!! awak tak boleh buat saya macam ni!!"

"Kenapa saya tak boleh buat awak macam ni? awak kan milik saya" jimin ketawa kecil. Sunmi tahu emosi jimin tidak stabil ketika ini. Dia takut melihat perubahan jimin sebegini. Tanpa membuang masa jimin mencium bibir sunmi dengan rakus.

"Hmmph!!"

Sunmi menolak dan tidak mahu. Dia mengigit kuat bibir jimin sampai jimin melepaskan ciuman tersebut. Dia tersenyum sinis.

"Pandai awak sekarang ya? cuba awak ikut apa saya nak?!!!!"

"Tak!! saya takkan jimin!! awak lepaskan saya sekarang!!!!" Sunmi sedaya upaya menolak dada jimin dengan kudrat yang masih ada.

Tiba-tiba jimin pengsan dan sunmi terkejut lalu mengalihkan badan jimin. Dia melihat jihyo berada di hadapannya.

"Unnie!!"

Tubuh jihyo dipeluknya erat dan jihyo dapat merasakan badan sunmi mengeletar teruk mungkin masih takut apa yang berlaku sebentar tadi.

"Jangan risau. Kamu selamat sunmi. Nasib baik saya pergi bilik jimin tadi kalau tak. Saya tak tahu apa yang jimin akan buat dekat kamu tadi" ujarnya sambil menenangkan sunmi yang masih lagi ketakutan.

Jihyo cuba melihat keadaan jimin yang pengsan kerana suntikan yang diberi oleh jihyo tadi. Dia menghela nafas lega kerana sempat menghalang perbuatan jimin.

"Sunmi tolong saya angkat jimin pergi bilik atas" sunmi mengangguk faham lalu menolong jihyo untuk memapah jimin ke atas.

Jihyo mengusap rambut jimin dengan lembut lalu memandang sunmi. "Sunmi maafkan unnie atas apa yang jimin buat dekat kamu tadi. Dia masih lagi sakit sunmi. Jimin lah orang yang paling saya risau antara mereka bertiga. Dia jadi macam ni disebabkan masa silam yang teruk. Kamu tahu kan sunmi?"

"Bukan saya cuba paksa kamu sunmi. Tapi saya yakin hanya kamu seorang sahaja dapat tolong sembuhkan jimin. Lagi pun dia betul-betul sayangkan kamu dan cintakan kamu. Saya tahu dia buat macam tu tadi sebab dia takut kehilangan kamu" terang jihyo.

"Saya nak minta tolong sangat-sangat yang kamu sudi beri kerjasama dengan saya sunmi. Lagipun saya dah anggap jimin ni macam adik kandung saya sendiri. Awak jangan risau sebab dia takkan ingat perkara yang berlaku tadi sebab saya dah bagi ubat dekat dia" tambah jihyo.

Sunmi akhirnya mengangguk dan dia ingin sekali menolong jimin untuk sembuh. Jihyo tersenyum lebar lalu memeluk sunmi dengan erat.

"Gomawo sunmi saya hargai pertolongan kamu"

"Saya akan cuba yang terbaik puan song"

____________________

"Bodoh! lembab! kerja yang senang aku suruh kau buat pun kau tak boleh buat?! nak aku pecat ke hah?!"

Dia melempar file-file tersebut tepat-tepat mengena muka orang suruhannya itu.

"Maaf Tuan! lain kali saya akan buat terbaik!" Kepalanya ditundukkan dan dia takut dirinya akan diberhentikan kerja.

"Kau keluar?! kalau aku tengok kau tak berjaya lepas ni! siap kau aku kerjakan!" dia mengangguk faham lalu bergegas keluar. Takut tuannya mengamuk lagi.

Tiba- tiba pintu biliknya diketuk.

"Nak apa lagi?!" jeritnya kuat dan masih dalam keadaan marah dengan geram.

"Maafkan saya tuan. Dah sampai masa tuan makan ubat. Nanti keadaan tuan makin tak terkawal" ujar setiausahanya lalu masuk.

Dengan cepat dia menelan dua biji pil bewarna putih itu dan meminum air kosong dengan rakus lalu menghempaskannya di atas meja dengan kuat.

"Bawa bertenang tuan. Tuan kena kawal sifat marah tuan tu" Pujuk pembantunya dengan lembut dan dia menarik nafasnya sedalam yang mungkin untuk bertenang.

Dia cuma takut semua kerjanya akan diketahui tak lama lagi. Sia sia sahaja dia membuat kerja terkutuk iaitu membunuh seluruh keluarga song dulu pada 15 tahun lepas.

Dia kena bertindak dan dia perlu mencari mangsa untuk menggantikan dia dalam masalah ini. Tiba-tiba dia tersenyum senget. Dia teringatkan seseorang yang sama buruk dan sama jahat seperti dirinya. Tidak jauh beza.

Dia akan buat semua bukti itu tertuduh kepadanya. Lagipun orang tersebut musuh ketatnya sendiri.

"Selain keluarga song aku musnahkan apa kata keluarga kau aku musnahkan"

Dia tersenyum sinis. Tidak sabar memulakan permainan iaitu rancangan liciknya.

             _____________________

"Ara boleh ambilkan aku air tak? aku tak nak air manis" pinta sunmi. Dia melihat ara masih lagi belum tidur waktu tengah malam sebegini kerana masih lagi melayani movie. Dia kelelahan kerana menjaga jimin sepanjang hari.

"Baik lah unnie"

Ara mula bangun lalu turun ke bawah menuju ke dapur. Dia membuka lampu dapur. Mengambil segelas air kosong buat sunmi tak lupa juga sedikit makanan ringan buatnya.

Tanpa dirinya sedar. Seseorang memerhatinya dan dia mula menghampiri ara yang membelakanginya. Betapa bertuah dirinya bertemu dengan ara waktu sebegini. Dia pun turut kehausan tetapi tidak lagi selepas melihat ara di depan matanya.

"Sexy huh?"

Terus berhenti pergerakannya apabila mendengar suara dalam berbisik di telinganya. Matanya membesar lalu melihat apa yang tersarung di tubuhnya.

Dia terlupa bahawa dia mengenakan gaun malam yang material satin bewarna hitam yang amat seksi. Gaun itu pendeknya sampai dipehanya dan mendedahkan belakangnya dalam huruf V.

Belakangnya dikucup sekilas oleh taehyung membuatkannya berdebar lalu berpusing cepat dan menatap taehyung. Baru sahaja dia hendak pergi taehyung memerangkapnya sehingga kedudukan mereka berdua amat lah rapat.

"Saya tak selesai lagi dengan awak ara"

Nada itu seolah olah mengodanya. Ara diam dan tidak bergerak. Bibir ara diciumnya lembut dengan mendalam. Ara begitu terkejut tetapi gerakannya tangannya ditahan lembut oleh taehyung.

Melihat ara mula tidak bernafas kerana ciumannya. Taehyung mula berhenti. Ara menarik nafasnya terlebih dahulu. Taehyung tersenyum kecil. Dikucupnya sekilas bibir mungil tersebut. Muka ara merah menahan malu.

"Saranghae Jung Ara"

Wajah ara diusapnya lembut. Ara hanya membisu mendengar luahan daripada taehyung. Dia sendiri tidak pasti akan perasaanya. Ara hanya tersenyum nipis.

               ___________________

Jangan lupa vote tau! fighting❤️

TBC

[C] PSYCHOPATH SIBLINGS + PJM + KTH + JJKWhere stories live. Discover now