"tuanku, tuanku yakin mahu setuju dengan permintaan tuanku puteri dengan memutuskan tali pertunangan mereka sekarang juga? "
Maharaja li berdiri di hadapan pintu gerbang laman buluh di mana puteri kesayanganya tinggal dahulu sebelum menjelajahi dunia.
"beta yakin sebab ramalan itu telah tiba, kita tidak boleh melengahkan masa. Sampaikan tintah beta pada putera li you song bahawa dia bukan lagi tunangan puteri agung tertinggi negara ini. "
Penasihat raja beransur pergi menyampaikan titah raja.
_________
"apa beta bukan lagi tunangan kepada puteri tertinggi ini? Mengapa pula putus bukanya maharaja yang mahu beta yang menggantikan dia? "
Penasihat raja hanya mengeleng tanda tidak tahu dan segera pergi.
"hun sung, nampaknya beta bukan lagi bakal raja di negera ini. " hun sung hanya diam.
Bagi putera raja ini adalah peluang keemasan dia untuk bertindak. Sebab dia akan mengahwini li yu ra.
Segera!
____________
"Tuanku, tuan yu mahu berjumpa dengan tuanku"
Aku berdiri di depan pintu kamarku
Dengan senyuman di bibir aku berikan padanya."jemput masuk"dia masuk ke kamarku dengan pantas.
"ada apa kamu mahu berjumpa dengan beta?" tuan yu hanya senyum seraya meminum air teh yang telah di bancuh oleh you rong.
"beberapa bulan ini saya akan kembali ke istana yang telah lama saya bertugas sebagai panglima, saya harus membantu mereka kerana keadaan di sana sekarang agak darurat."dia berjeda seketika mungkin menanti reaksi ku?
"teruskan"aku berkata.
"negara bai di serang oleh musuh dari negara utara mereka hampir di jajah jadi saya dipanggil untuk membantu. Oleh itu saya harus tinggalkan tuanku untuk beberapa bulan ini."
Aku diam lagi, entah apa yang harus aku katakan.
"oleh itu saya minta maaf kerana saya tidak dapat mengotakan janji saya yang saya akan membawa tuanku menjelajahi dunia"
Aku tersenyum, walau ada sedikit kedukaan namun aku mengerti menjadi seorang panglima bukanlah mudah.
"tidak mengapa beta faham tugas kamu sebagai seorang pemimpin besar di satu negara beta izinkan kamu pergi tapi cepat pulang ya"
Aku mahu dia kembali dengan selamat itu saja!
"saya pasti akan kembali tuanku hanya perlu tunggu patik mungkin ambil masa yang lama, jadi saya akan menghantar tuanku kembali ke istana "
Istana? Rumah yang di rindukan mungkin!
_____________
2 bulan kemudian.
Kini sudah 2 bulan aku kembali keistana yang indah ini.
Namun hingga kini tiada khabar berita dari dia. Tapi yang menarik adalah you song dan li yu ra telah dikahwinkan kerana yu ra telah hamil sekarang jadi mereka dikahwinkan pada bulan lepas. Ahhh ingin saja aku ceritakan pada dia. Namun aku tahu sekarang dia sedang membaca minda ku. Atau berperang.
"apa yang anakhanda menungkan tu? "
Aku terkejut seraya berdiri dan menunduk hormat pada bonda dan ayahanda."hmm tiadalah bonda, ayahanda cuma menanti suatu yang tidak pasti" aku tersenyum saja. Hah kini aku percaya dengan ramalan itu sungguh!
"anakhanda kalau tidak sanggup menanti kamu lepaskan saja ramai lagi jejaka atau cendiakawan yang layak dengan kamu"
Aku diam.
"tapi dia takdir anakhanda. "
Ayahanda dan bonda saling berpandangan dan melepaskan keluhan berat.
Mungkin risaukan aku."kamu rehatlah anakhanda ya bonda dan ayahanda akan teman kamu"
Aku di baringkan di katil aku menutup mata dengan rapat agar dapat melupakan segalanya. Harap ada kabar berita dari dia.
------------
Maharaja dan sang permaisuri duduk di dalam kamar mereka Selepas kembali dari kamar puteri kesayangan mereka.Entah apa yang harus mereka katakan pada puteri itu.
"kanda, dinda rasa kita beritahu pada wei xi yang tuan yu telah hilang dan tidak ditemui lagi. Entah dia mati atau hidup"
Satu keluhan berat lagi dilepaskan oleh maharaja, ini adalah kali pertama dia runsing sebegini dan runsing bukan disebabkan oleh masalah negara tapi anak kandungnya puteri kesayangan dia.
"dinda mungkin kita ada cara lain selain cara mengawinkan dia sebab yu memang takdir dia namun masih belum pasti, jadi kanda minta pendapat dinda "
Permaisuri mendekati maharaja seraya duduk di sebelah maharaja.
"apa dia kanda katakan pada dinda apa cadagan kanda, dinda akn terima asalkan baik untuk puteri kita"
"kita lumpuhkan ingatan dia lumpuhkan ingatan dia tentang tuan yu dia. " permaisuri terkedu. Baiklah jika itu yang terbaik dia sanggup demi puteri kesayangan dia.
"dinda setuju biarlah kita lihat saja kalau tuan yu kembali maka benar dia adalah jodoh puteri kita. "
"penasihat raja ambil serbuk ini tiupkan di wajah puteri beta biar dia lupa siapa yu pada dia beta tidak mahu melihat dia sedih menangis lagi seakan beta yang menyeksa dia. "
Penasihat raja berlalu.
"ini demi kebaikan kamu. "mereka mengeluh lagi.
*Ahh agak sedih di sini pleazeee vote

YOU ARE READING
Princess In The Cage.
FantastikHIDUP JADI SEORANG PUTERI?, HAHA TIDAK PERNAH TERLINTAS DALAM HIDUP HAIRIS HERA BINTI MAZLAN. NAMUN GADIS YG BEUMUR 17 TAHUN INI TELAH DITAKDIRKAN UNTUK HIDUP MENJADI SOEORANG PUTERI YG DIA SENDIRI TIDAK TAHU BAHAWA DIA ADALAH PUTERI KEPADA KELUARGA...