Bab 1

1.1K 21 11
                                    



RAYBAN hitam yang tersangkut di batang hidung ditarik Qalif Mikael keluar. Melilau mata mencari muka seseorang di celah ramai yang menunggu di situ. Tiada. Belum sampai agaknya.

Baru tiga langkah kaki diorak, pandangannya bertembung semula dengan gadis yang melanggarnya di kawasan tuntutan bagasi tadi. Dijelingnya kecil sebelum membelok ke arah bertentangan. Masakan tak marah kalau sampai retak skrin handphonenya terjatuh! Boleh bayangkan tak bagaimana kuatnya dia kena dilanggar tadi. Hampir saja dia tersadung depan orang ramai!

Troli yang membawa dua bagasinya ditolak ke kerusi panjang depan butik. Nafas dilepas kepenatan. Rasa nak patah pinggangnya, bahu dan lehernya. Baru seminit dua dia memejam mata, tiba-tiba bau aroma kopi menggamit hidungnya harum. Bingkas dia bangun.

15 minit kemudian dia kembali dengan secawan coffee di tangan. Baru nak dilabuh semula punggung, suara Faez menerobos lubang telinga.

"Qal..." Tinggi Faez angkat tinggi menyapa si sahabat dari jauh. Sengih melebar.

"Whats up bro... sihat?" Tangan mereka berjabat. Qalif dipeluknya erat. "Sorry la lambat sikit, tadi aku singgah office kejap ada barang tertinggal."

"Alhamdulillah, sihat. Takde hal la. Aku pun baru je sampai, tak sempat duduk pun lagi."

"Jom la gerak. Aku parking kat luar tu je, tak boleh lama-lama. Karang habis kena clamp, tak balik sudahnya kita." Nak masuk parking bawah leceh pula sebab sekejap saja.

"Jom." Bag galas kulit atas kerusi disangkut Qalif ke bahu.

Troli tepi kerusi ditolak Faez. Muka tu nampak sangat kepenatan.

"Kau tak kerja ke?" Tanya Qalif.

"Tak. Aku ambil cuti terus. Pagi tadi aku pergi renew passport, bulan depan nak fly pergi Jerman pulak ada kerja."

Mereka beriringan keluar menuju ke kereta Mazda CX-5 Faez yang diparkir tepi jalan sana. Beberapa minit kemudian kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan airport.

"Bila kau lapor diri?"

"Dua minggu lagi." Air kopi yang mula suam diteguk. Ahh... lega rasa.

Faez terangguk. "Lama lagi tu. Boleh la aku bawa kau ronda-ronda KL ni. Iyelah... dah lama sangat duduk dekat US tu, sampai negara sendiri pun dah lupa-lupa ingat kan?" Perlinya sekadar bergurau.

"Mustahil la aku lupa bro. Dah kata pun mata hitam, bukannya biru ke hijau sampai nak lupa asal usul!" Sangkal Qalif mengundang ketawa si kawan.

"Nasib baik bahasa melayu tahu lagi. Kalau tidak, speaking berabuk la aku!"

Kalau dicongak-congak, sudah hampir sembilan tahun Qalif duduk di bumi Amerika itu. Sebaik mereka tamat pengajian civil engineering di Universiti Of Chicago dulu, dia terus pulang ke tanah air. Cuma Qalif saja yang terus bekerja di sana.

Kalau dah kerja sana, bab gaji tak payah cakap la... dollar kot! Masyuk! Mungkin kerana faktor itu juga, ramai sahabat mereka yang lain tolak untuk berkerja di tanah air sendiri. Dia saja yang rindukan sambal belacan ibunya. Kalau dah lidah melayu tu, makanlah cheese bertahun-tahun pun, belacan juga yang dirindu!

"Aku duduk sana bukannya tak balik sini langsung. Mama, papa, adik aku still ada dekat sini. Raya dua tahun lepas kan aku ada datang rumah kau!" Kalau tak dikenangkan tangisan mama dua bulan lepas yang memintanya kembali ke sini, memang tak balik dia agaknya.

QALIF: WATAK CINTA TERINDAHWhere stories live. Discover now