Ah,hujan diakhir bulan 3.Hahaha.Eunji ketawa seperti orang happy yang baru aja dapat anugerah manusia paling comel diatas muka bumi abad ini.
Macam mana dia boleh lupa nak ambil duit untuk makan malam hari ini?omma dah pesan awal-awal untuk ambil duit atas meja makan sebab ada hal dan akan balik lewat malam ini.Dahlah kunci rumahnya tertinggal dalam rumah.
Apa Eunji nak makan dengan duit RM0.70??.Ah,tulah excited sangat nak keluar rumah.
“Eunji-ah..apa kau nak makan ni...perut kau dah sibuk buat konsert free dah ni”.Eunji mencebik bibir.
Kepalanya digaru berkali-kali.Sekarang dia berjalan dengan paying ditangan.Hujan renyai-renyai.
Kini matanya terpandang satu kedai roti dan donut beberapa langkah dihadapan.Senyuman terukir dibibir.Manalah tahu kan..kalau kedai tu buat tawaran hebat sempena malam hujan-hujan macam ni.Hahahahhaha.
Eunji meletak payung tersebut diluar kedai dan membuka pintu kedai.
Uwah,bercahaya dan indah betul kedai ini.Bau pun sedap aja.Rasa dah kecur meleleh air liur dibuatnya,walaupun hanyalah roti dan donut aja yang ada dalam kedai ini.
“cik cari apa?”.soal seorang lelaki berumur lebih kurang 40-an gitu.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.Eunji pun turut mengukirkan senyuman.
“ehhehe...saya..nak cari...makanan..haha”.
Lelaki tersebut memandang Eunji dengan hairan namun dia tersengih dan anggukkan kepala.Dia terus masuk kedalam.Mungkin dia nak biarkan Eunji cari apa yang Eunji berkenan nak beli untuk dimakan.
Eunji memegang lehernya.Mesti mahal roti dan donut dekat sini.Dekorasi kedai ini bukan main hebat lagi.Mengalahkan dekorasi bilik Eunji.Dahlah tu makanannya nampak sedap dan bermutu.Eunji menjilat bibir bahagian atasnya.Matanya ralit memandang satu donut strawberry.
“cik...cik nak beli apa?”.satu suara menegur.Tapi ini suara lelaki muda.Eunji mengalihkan pandangannya kearah suara tersebut.
“comelnyaa....”.Eunji terkelip-kelip mata dan menggengam tangannya. Lelaki tersebut memandang Eunji dengan hairan.
“aduh!malunya!apa aku cakap ni!macam manalah boleh terkeluar plak??”.Eunji menyumpah seranah dirinya sendiri.
“ah..maksud saya...donut ni..comel..hahah...comel dan sedap aja”.
“cik beli ajalah..harga dia RM3.60”.Ujar lelaki tersebut.Eunji meneguk air liur.Sekarang dia terasa amatlah miskin dan hina kerana sebiji donut.
“tapi malam ini ada promosi..1 biji 50 sen...cik bertuah tau~kami hanya ambil satu hari dalam sebulan untuk buat promosi macam ini”.Ujar lelaki tersebut dengan tersenyum.
“haaa..??betul ke??”.Eunji macam nak menangis.Dahlah mamat ni comel!.huhuhu,sah gilo.
“cik nak satu aja?”.
Eunji anggukkan kepala.
Lelaki tersebut pun mengambil donut itu dan meletakkannya didalam kotak dan menuju kekaunter.
“ish...1 biji 50 sen..biar betul..kotak pun dah berapa sen tu hum...”.Eunji berbisik sendiri.
“nah bilnya..sila datang lagi”.Ujar lelaki tersebut.Saat itu,dengan haruman bau kedai roti dan donut yang bercampur baur ini dengan senyuman lelaki dihadapannya ini,jantung dia berdegup kencang macam baru disambar petir aja.
“te...terima kasih”.Pantas Eunji merampas bil tersebut dan dengan segera berjalan keluar dari kedai.Tiba-tiba dia terlanggar pintu kedai dan melantun bergolek dengan drastiknya.Ouch!.
“erk!cik okey tak!?”.soal lelaki tersebut.
“ahh!okey!okey!hahaha”.Pantas Eunji berjalan keluar dari kedai dengan muka dah merah menyala.Gila tak malu kau!.
“fuhhh...malunya tadi!!agaknya dia duk tergelakkan aku entah!eishh!clumsy punya Eunji!”. Eunji mengetap gigi dan berlari dengan pantas.Walaupun hujan dah berhenti dia masih menggunakan payung.Mungkin tak sedar agaknya.
“secara officialnya aku ada crush sekarang~dan dia bekerja dikedai roti dan donut tu~dan aku akan berjanji jadi pelanggan tetap kedai tu dan bongkar identity dia..miahahahah..okey..”.Eunji berjalan gembira dengan muka tersengih.
+++++++++++
“wow!Daebak!1 biji 50 sen!promosi!promosi!sejak bila tu?Boss aka appa kau tak kasi tahu pun pekerja dia yang hencem ni??”. Donghae mengerdip-ngerdipkan mata.
“alah...saja aja..lagipun muka dia nampak cam kebuluran..lagi-lagi muka dia memancarkan muka cam tak cukup duit..so aku buatlah camtu..dia pun sebenarnya budak sekolah aku...”.Jelas Jungkook sambil menyusun roti yang baru dimasak diatas rak.
“ooo..budak sekolah kau...sama tahun ek?”.
“hurmm..maybe..”.
“oooo...dahlah..jangan banyak sangat buat kerja..kau tu anak boss..aku yang pekerja pula duduk saja bersembang dengan kau..dahlah kau nanti nak masuk sekolah tahun 2 dikatakan..hahaha”.Donghae ketawa terkekek-kekek.
“eleh..anak boss jelah alasannya..ceh..”.
Donghae dan Jungkook ketawa serentak kemudian Encik Do membuka pintu pejabat dan mengejutkan dua manusia tersebut yang bergelak sakan.
“apa ketawa-ketawa ni!??buat kerja tu!”.
“Baik boss!”.
YOU ARE READING
(Hiatus) Mr. Donut 도넛 I JJK
FanfictionNamun bukan mudah untuk Eunji meluahkan perasaannya kepada Jungkook apabila Pengurus syarikat omma Eunji bekerja mahu menyatukannya dengan anak tunggalnya Kang Daniel.Kedatangan Yuju pula yang makin mengucar kacirkan keadaan.Mampukah Eunji meluahkan...