Semua pelajar berpusu-pusu masuk kekelas sekarang.Jantung Eunji rasa macam nak terkeluar aja rasanya.Pipi pun dah panas.Eunji tak pernah sekelas dengan crush.Macam mana kalau dia memalukan dirinya sendiri?ah,takpelah,depan Jungkook dekat kedai tu pun dia dah memalukan dirinya sendiri.
“weh..pehal merah je muka ni...eyyy”.Hyeri memeluk leher Eunji sambil mencubit pipinya.
“aish..apalah kau ni”.Eunji menggigit bibirnya.Baru sahaja melangkah masuk kedalam kelas mata dia dah menangkap Jungkook yang sedang berbual dengan beberapa pelajar lelaki.Herk!kenapa comel sangat masa dia berborak?.Kenapa macam ada bintang bersinar-sinar sekeliling dia?kenapa ek?kenapa ek?
“weh..kawal sikit muka tu..”.Tegur Bomi.
“tahulah...”.Eunji menepuk-nepuk pipi berkali-kali.Dia berjalan melintasi Jungkook yang berborak rancak.Pantas dia duduk ditempatnya dan matanya sempat curi-curi lihat Jungkook.
“hurmm..dia tak tengok pun aku..mungkin dia tak perasan aku kut...”.Eunji berbisik sendiri.
“bahagialah kau duduk sini ek..yalah..boleh duk tengook..dia”.Bomi ketawa terkekek-kekek.
“mana adalah...eh..kasi jadual dekat aku jap..sekarang masa apa ek?”.
“sejarah...cikgu Jung”.Jelas Hyeri.
Jungkook berpaling kebelakang.Dia melihat Eunji sekilas yang sedang khusyuk menilik jadual lalu berpaling ke hadapan semula.
*****************Buku-buku disimpan kedalam beg.Peluh didahi dikesat.Hari pertama dah letih macam ni.Macam mana nak hadapi satu tahun belajar?.Air mineral dideguk.
“kau ni...simpan buku macam nak buat buku aja...kitaorang blah dululah..karang terlepas bas”.
“okay!byebye!”.Eunji melambai-lambai tangan.Apahallah hari pertama sekolah dah ada aktiviti kelab.Rasa nak menangis berbaldi-baldi aja.
Krrekkkk...
Erk!bunyi apa tu?.Eunji memandang sekeliling. “janganlah kacau aku hantu!aku ni baik tau!”.Eunji menguatkannya sendiri.Macam gila dah.
“wahai buku..kenapa kau banyak sangat??pensel oi!kenapa kau boleh terkeluar dari pencil box niihh”.
Terketar-ketar tangan Eunji dibuatnya.“kau bercakap dengan siapa?”.soal suatu suara.Eunji berpaling kebelakang.Erk!Jungkook.
“amm..arrhh...am...*matilah!matilah*ermm...dengan... halusinasi aku..haha!Jungkook!donut kau sedap!”.
“pelik”.Dia mengambil buku didalam mejanya dan berjalan keluar dari kelas.
Eunji terduduk.
“habislah..dia anggap aku pelik”.Eunji mengetuk kepalanya sendiri.
Kreekkkkk
Bunyi itu ada lagi.Dengan pantas Eunji mengambil begnya dan berlari menuju ke garaj basikal.Dia mengayuhnya selaju mungkin.Tiba-tiba senyumannya terukir lebar.
“kalau difikirkan..baguslah dia tegur aku...hagagga”.
YOU ARE READING
(Hiatus) Mr. Donut 도넛 I JJK
FanficNamun bukan mudah untuk Eunji meluahkan perasaannya kepada Jungkook apabila Pengurus syarikat omma Eunji bekerja mahu menyatukannya dengan anak tunggalnya Kang Daniel.Kedatangan Yuju pula yang makin mengucar kacirkan keadaan.Mampukah Eunji meluahkan...