o n e

383 42 2
                                    

Kang chaerin's pov

Aku pandang midam di sisi aku. Dia nampak tenang. Aku seorang saja ke yang gelisah? Aku seorang saja ke yang nak berbaik semula?

"midam" kata aku perlahan.

"woi,mengelamun lagi" yujin menepuk perlahan bahu aku.

Aku tersenyum nipis padanya. Rupanya tadi cuma bayangan midam. Aku ni cepat sangat berangan.

Macam manalah aku nak move on dari dia?

"air kau tu tak berusik dari tadi. Kau teringatkan dia lagi ke?" soal yujin.

Aku pandang yujin.

"nampak sangat ke yang aku teringatkan dia?" soal aku.

"nampak dengan jelas. Kau ni pun satu. Lupakan jelah dia" senanglah kau cakap.

Aku susah nak lupakan dia. Dia terlalu baik untuk aku. Dia cinta pertama aku.

"aku rasa kau dah boleh berhenti guna casing tu. Dia yang belikan tu kau kan?" yujin menasihati aku.

Hm. Bukan aku tak nak tukar tapi setiap kali aku cuba rasa bersalah akan timbul. Baju ni pun midam yang pilihkan. Teruknya aku ni.

Kenapalah susah sangat nak lupakan dia?

"tak bolehlah,yujin. Aku rasa bersalah nak tukar"

Yujin menghelakan nafas kasar.

"kenapa kau nak rasa bersalah pula? Dia yang tinggalkan kau dan bukannya kau yang tinggalkan dia"

Aku tahu yujin tengah marah sangat dengan aku. Sudah genap dua minggu aku macam ni. Kalaulah midam tak minta kami putuskan hubungan mesti aku ceria saja.

Tapi aku pasti. Aku pasti dia ada sebab tersendiri. Aku tahu dia masih cintakan aku.

"entahlah,yujin. Mungkin sebab aku dah terlalu sayangkan dia" aku tersenyum.

Aku teringat lagi waktu pertama kali aku berjumpa dengan midam. Kenapa waktu- waktu yang indah macam tu berlalu dengan cepat?

Flashback

Aku dan yujin berjalan bersama-sama di sekitar sekolah. Biasalah, siapa saja nak balik rumah awal? Kami berdua memang suka lepak dekat sekolah sampai lewat petang.

"kau dengar apa-apa tak,yujin?" soal aku.

"dengar apa? Kau jangan macam-macam. Aku tak pernah dengar pula yang sekolah ni berhantu" yujin memeluk lengannya.

Ish penakut betul.

"bukan bunyi hantulah. Tapi bunyi orang bercakap" aku segera berjalan mendekati bangunan kelab.

Bangunan itu khas untuk perjumpaan kelab ataupun latihan kelab. Style tak? Sekolah korang tak ada kan bangunan macam ni? Sedih.

"woi. Kau tak takut ke kalau itu hantu?" yujin menarik lengan aku.

"tak payah nak takut sangatlah" aku menepis lengannya.

Aku baca papan tanda yang berada di hadapan pintu.

ᴋᴇʟᴀʙ ᴘᴇᴍᴇɴᴛᴀsᴀɴ.

Mesti ada budak pementasan tengah berlatih untuk drama akan datang. Hebat betul. Aku tabik dekat diorang sebab boleh seimbangkan pelajaran dan aktiviti kelab.

Aku menolak pintu sedikit dan berjalan masuk ke dalam kelab itu. Yujin turut mengekori aku dari belakang walaupun dia masih takut.

"pulangkan semula barang aku"

Aku terus menepuk tangan kuat. Pergh gempak lakonan dia walaupun hanya dia seorang yang berlatih.

"siapa awak?" soal lelaki itu.

"erm hai. Saya manusia" aku tersengih.

Yujin menepuk kuat bahu aku. Eh betullah aku ni manusia. Kalau alien,memang tak bolehlah nak cakap bahasa macam diorang ni.

Lelaki itu turun dari pentas dan berjalan ke arah kami berdua. Cara dia berjalan pun macam actor. Pergh aku suka.

"awak berdua buat apa di sini?" soalnya.

Aku baca nametag yang berjahit pada bajunya.

ʟᴇᴇ ᴍɪᴅᴀᴍ.

"saya terdengar suara awak dari luar tadi jadi saya masuk dan tengok lakonan awak" kata aku.

Dia tersenyum. Manisnya senyuman dia.

"kang chaerin? Nanti ada masa kita jumpa lagi. Saya kena pergi dulu ni. Dah lewat"

Midam mengambil begnya dan berjalan keluar dari bilik latihan. Aku dan yujin mengekorinya keluar dari bilik itu.

Tak naklah duduk dalam tu kalau tak ada dia.

"boleh tahan muka dia tu" kata aku.

"kau sukakan dia?" soal yujin. Dia memang terkejut. Yelah aku tak pernah suka mana-mana lelaki.

Dengar sini. Tak pernah. Tak.

"entah. Tapi dia ada vibes yang aku suka" kata aku lalu tersengih.

End flashback

Sekali lagi aku tersenyum. Semuanya gara-gara teringatkan midam.

"jomlah kita balik. Macam nak hujan je ni" yujin menarik tangan aku.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now