e i g h t

110 22 0
                                    

Chaerin's pov

"thanks weh sebab hantarkan aku" aku tersenyum pada yujin.

"no problem. Kalau nak aku ambil nanti roger je"

Aku mengangguk. Tangan aku dilambaikan dan keretanya terus meluncur laju meninggalkan bangunan itu. Aku memandang pas pekerja aku dan mencium sekilas.

"fighting chaerin!"

Aku melangkah masuk ke dalam bangunan itu dan menghirup udara di dalamnya. Pas aku diseretkan pada tempat masuk.

Beep!

Aku rasa nak menangis. Aku berjalan masuk dengan wajah yang gembira. Jangan nervous weh. Kau boleh buat chaerin. Kau hebat.

"awalnya kamu sampai chaerin" ceo sajangnim menegur aku.

"kenapa saya rasa macam dah terlewat tadi?" aku tergelak kecil.

Mungkin aku tak nak terlewat jadi aku datang lebih awal. Punctual kan aku? Mestilah.

"kalau macam tu kita masuk bilik meeting dululah. Nanti pelakon-pelakon drama terbaru ni akan sampai pula"

Aku menganggukkan kepala laju. Mesti aku akan menguruskan pakaian untuk drama terbaru ni. Hm aku kena tahu rekaan yang fancylah untuk kali ni.

"tempat duduk kamu di hujung sana. Nanti di sebelah kamu tu rakan sekerja stylist kamu"

Wow aku ada rakan sekerja. Jadi tak adalah susah sangat kerja aku ni. Syukur.

"saya duduk dulu" aku berjalan ke tempat duduk aku dan duduk di atas kerusinya.

Empuk sia kerusi ni. Kenapalah aku jakun sangat dalan bilik meeting? Tak bolehlah orang nampak aku jakun, nanti diorang gelakkan aku.

Aku mula berdiri apabila ada dua orang memasuki bilik meeting. Nampaknya seorang itu managernya dan sebelahnya mungkin actor.

"awalnya kamu sampai rae" kata ceo sajangnim lalu berjabat tangan dengan kedua-dua mereka.

Rae? Takkanlah raesung? Aku memandang tajam ke arah mereka berdua. Kalau itu raesung,actor tu mestilah midam.

"hm tak mungkin"

"apa yang tak mungkinnya chaerin" soal ceo sajangnim.

Aku menggelengkan kepala laju. Ceo sajangnim memanggil aku ke hadapan.

"perkenalkan ini stylist terbaru kami. Kang chaerin. Chaerin,kamu mesti kenalkan pelakon ni. Ini lee midam"

Midam menurunkan cermin mata hitamnya dan memandang ke arah aku. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Kenapa aku tak perasan bibirnya tadi?waitㅡaku bukannya pervert yang nak usha seseorang melalui bibir.

"selamat berkenalan,encik midam" aku tersenyum.

Midam menghulurkan tangannya dan berjabat tangan dengan aku. Aku menggenggam tangannya sekuat mungkin.

Oh inilah hal dia tu. Kenapalah dia tak terus terang je? Izinkan aku tampar midam menggunakan kuali yujin.

"saya duduk dulu" kata aku padanya dan terus berlalu ke tempat duduk aku.

Midam dan raesung pula duduk di tempat yang paling berdekatan dengan ceo sajangnim. Aku syak dia pelakon utama untuk drama terbaru ni.

Hm terpaksalah aku hadap kiss scene dia lagi. Redha jelah jadi girlfriend kepada actor macam dia ni.

Skip

Midam's pov

Akhirnya mesyuarat ni tamat dan keputusan telah dibuat. Akulah watak utama untuk drama terbaru ni. Nayana! Nayana!

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now